06 Julai 2008

Memilih Beberapa Perkataan atau Ayat yang berbeza Dalam MS Word

Untuk memilih beberapa kata dan ayat sekaligus pada tempat yang berbeza adakalanya amatlah menyukarkan kepada kita kerana kadangkala kata dan ayat yang diedit berada pada tempat yang tidak saling berurutan. Untuk melakukan pekerjaan tersebut bolehlah anda lakukan dengan trik ini.

1. Taipkan dokumen anda dalam MS Word seperti contoh dibawah:


2. Selepas itu tekan dan tahan butang Ctrl kemudian klik 2x pada perkataan atau ayat yang anda inginkan.


Maka dengan cara tersebut perkataan yang berbeza tempat tersebut akan terpilih seperti gambar dibawah ini.


Dengan memilih atau menghitamkan perkataan dan ayat tersebut maka anda boleh memberikan warna, menebalkan huruf, memperbesar huruf, membuat tulisan jadi condong, menjadikan tulisan rata kiri, tengah atau center, menjadikan tulisan subscribe dan supscribe, mengubah jenis huruf dan perintah-perintah lain yang terdapat pada Ms Word.

Menggunakan Fungsi Word Count Dalam MS Word 2007

Dalam microsoft Word telah tersedia kemudahan atau fungsi untuk mengira jumlah kata, jumlah huruf / karakter, jumlah paragraf, jumlah baris. fungsi tersebut adalah Word count. Dengan fungsi word counter tersebut semua data tentang jumlah kata dan sebagainya akan anda perolehi secara cepat dan terkini. Andapun dapat mengira kata atau huruf sesuai dengan kata atau ayat tertentu saja dimana ayat tersebut harus dihitam atau dipilih terlebih dahulu. Jika tidak ada yang dihitamkan atau dipilih, bermakna seluruh ayat akan dikira. Untuk memaparkan fungsi Word count di Ms Word 2007, silahlah ikuti langkah berikut :

1. Buka fail MS Word dan taipkan dokumen anda seperti diabawah

Selepas itu klik menu Review kemudian pada group menu proofing klik Word Count


Maka tetingkap Word Count akan terpapar dengan perincian jumlah yang diperlukan.