30 Oktober 2009

Senang bukan syarat tenang

Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita:


Dalam abjad rumi, huruf s dan t berjiran. Tapi bila jadi perkataan senang dan tenang, bunyinya boleh membuat orang yang baru belajar Bahasa Melayu atau orang pekak "confuse". Sebenaranya pakar bahasa Melayu dan orang yang tak pekak pun selalu "confuse" tentang dua perkataan nie. Buktinya, ramai orang mencari senang untuk mendapat tenang tak kira tau cakap Melayu atau tak, tak kira telinga pekak atau peka, sedangkan senang bukan syarat tenang.....

Orang tinggal di banglo besar, kita kata dia orang senang- tapi tak semua orang di banglo besar hidupnya tenang. Sebab tu pasang alat penggera dan ada juga yang mengupah pak guard untuk mengawasi rumahnya. Bukan kerana senang tapi kerana tak tenang. Takut dan bimbang setiap masa kalau-kalau waktu kita masuk ikut pintu depan, pencuri dan penyamun masuk ikut pintu belakang.

Buat dosa juga senang, tapi side-effectnya membuat hati jadi tak tenang, resah gelisah. Kerja mengata orang misalnya, boleh dibuat dengan senang. Gerakkan lidah, betulkan makhraj dan keluarkan bunyi dari mulut. Tapi lepas tu.... hati dilanda serba salah dan serba tak tenang.

Yang payahnya, orang nak nampak tenang dengan senang. Tenang tu berharga....perkara berharga tidak akan dapat dimiliki dengan bersenang-senang. Nak kunyah agar-agar pun berpuluh-puluh otot yang perlu bekerja!

Senang itu nampak di mata sedangkan tenang dirasai oleh hati. Banglo besar boleh dilihat dengan mata, kereta besar boleh dilihat dengan mata, wang banyak dan orang gaji yang ramai boleh dilihat dengan mata....segala yang berbentuk lahir dapat dilihat dengan mata atau disentuh oleh pancaindera. Tapi tenang hanya dapat dirasai oleh hati.

Bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang....tapi bila hati resah, padang bola pun terasa menghimpit seperti lif yang penuh sesak.

Tenang hanya dapat dimiliki dengan zikrullah mengingati Allah. Bila sebut zikrullah, kita selalu bayangkan duduk ditikar sembahyang dan baca ayat zikir bejam-jam. Sebab itu kita merasa pelik kalau dikatakan zikrullah boleh buat hati tenang. Kerana ramai orang yang dah berzikir tapi tetap tak tenang. Di mana salah dan silapnya?

Tenang itu dirasa oleh hati, oleh itu kalau zikrullah hanya disebut dimulut. hati tak akan terkesan. Zikrullah dengan hati, memahaminya dan menghayati....mengingati Allah alam setiap detik perjalanan hidup-itulah hakikat zikrullah. Kalau sekadar membaca " Alhamdulillah " beribu kali tapi hati tak ingat ALlah itu dikatakan berzikir, maka silap tekaan kita.Sekadar baca ayat zikir, rasanya burung kakak tua pun boleh buat kalau dilatih tiap-tiap hari.

Hanya hati yang bergantung sepenuhnya dengan Allah dapat merasa nikmat tenang. Bagaimana boleh tenang kalau lidah menyebut "Alhamdulillah " tapi hati berkata " Tak patut Allah tak makbulkan doa aku".

Bila ingat Allah ketika susah, Allah akan berikan ketenangan.Bila lupa Allah ketika senang, Allah cabut rasa tenang di hati.Bila ingat Allah diwaktu susah dan senang, hati tetap tenang.

Lebih baik dapat tenang daripada senang. Tapi kalau dapat dua-dua lagi OK!!!!

Atasi Tekanan Dengan Bercakap Pada Diri Anda Sendiri

HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...


1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3)

Menjana Kehebaatan Diri Dalam Pergaulan!

Jangan Ada Benci Di Hati


Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita pula. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dgn memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tentu boleh kan kalau kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?

Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalinkan hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang
berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.

8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

RM100.00 dan harga diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. . "Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
"Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. "Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa
itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan
merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

Jika orang ketawakan anda...

Seringkali bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan.

Selepas itu, Anda rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila Anda berdepan dengan keadaan sebegini?

Cara terbaik, lupakan saja. Saya tahu, memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi Anda turun. Kesannya, Anda tak bersemangat.

Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk Anda memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan Anda, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian Anda!.

Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita.

Tak kira Anda seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat Anda.

Bila di ingat saat mereka mentertawakan Anda, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga.

Walau sekuat mana usaha Anda mengejar kejayaan, jika Anda selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda Anda bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa Anda sedari.

Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian Anda, kerana ia membuat Anda semakin bersemangat serta melatih minda Anda supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita Anda.

Fikir kejayaan, minda Anda akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda Anda perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.

Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk Anda semakin rajin berusaha.

Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan Anda, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

Bina Peribadi Waktu Makan

Jadikanlah waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.


Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu makan:

1. Tunggu orang yang paling tua

"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok waktu makan."

2. Baca bismillah dan guna tangan kanan

"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan kanan.

Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."

3. Ambil lauk terdekat dulu

"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa? Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa, itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak. Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita. Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah waktunya."

4. Kawal suapan

"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan, baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."

"Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia mempengaruhi roh."

Kesalahan yang lebih bersalah

"Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri."

JANGAN hairan kalau orang melihat anda, lalu berkata, "Dia tu dulu sama kubang parit dengan aku. Masa sekolah bukan main bodoh. carang jadi profesor. Aku macam tak percaya."

Mungkin ada pula orang yang berkata begini di belakang anda, "Masa karni muda-muda dulu dia pernah ajak aku curi rambutan di dusun orang. Sekarang dah jadi ustaz. Ustaz apa bendanya tu?"
Tidak mustahil juga tanpa pengetahuan anda ada orang berkata, "Sekolah sama dengan aku. Aku lulus dia kantoi. Bila aku dah kerja dia masih terkial-kial ambil periksa. Tiba-tiba dia jadi orang kaya. Tak percaya aku dia dapat dengan cara betul. Ini mesti ada muslihat di mana-mana."

Jangan hairan, manusia sentiasa akan berkata sesuatu terhadap anda. Biarpun anda tidak pernah kenal atau tahu siapakah mereka itu. Tidak kira anda orang kecil atau orang besar, anda akan tetap menjadi perbahasan manusia.

Sebenarnya, tradisi sesuatu ilmu itu perlukan tiga tahun untuk dikuasai, maka manusia tradisi akan berpegang pada tempoh masa berkenaan untuk memberikan pengiktirafan. Lebih pendek daripada itu akan dianggap mengguna "kabel".

Begitu juga tradisi jawatan tertinggi dalam satu-satu jabatan terisi dalam tempoh-tempoh tertentu, maka manusia tradisi akan menganggap kenaikan pangkat anda secara mendadak sebagai "kipas" kuat.

Manusia selalunya begitu. Usah bersedih atau terlalu ambil hati. Jangan kecewa dengan tanggapan salah manusia, tetapi anda perlu gembira dengan pencapaian itu. Tidak akan ada sudahnya kalau memerhati kata-kata manusia. Yang berselirat dengan seribu satu pertanyaan itu tidak akan ada noktah jawapannya.

Dahulu A seorang penagih, sekarang tidak lagi, tetapi orang ramai tetap menganggap dia menagih. Maka susah sekali bagi A hendak berubah. Pinangan A mungkin ditolak. Percubaan A untuk memulakan sejarah baru mungkin diperlekeh. Usaha-usaha A akan dipertikai. "Dia tu penagih. Engkau percaya dengan dia lagi? Silap-silap dengan duit engkau sekali dia kapur." Kata-kata itu akan kekal dan sinonim dengan nama A. Apabila orang bercakap tentang A, untuk pasti orang akan bertanya, "A yang mana?" dan orang akan menjelaskan, "A yang penagih tu..." padahal A sudah lama berhenti.
Begitulah manusia, selalu memberikan trade mark kekal kepada apa yang dilihatnya pada suatu ketika, tanpa mahu mengakui bahawa tiada manusia yang sempurna segalanya dan tiada manusia tanpa kesalahan.

Kita lebih seronok untuk mengatakan sesuatu yang negatif tentang seseorang apabila bercerita tentangnya, "Dia tu dulu, masa sekolah, selalu kena berdiri atas bangku, sebab tak buat kerja sekolah, sekarang jadi YB." Jarang kita dengar orang berkata, "Dia tu memang patut berjaya, sebab sejak kecil kuat berusaha. Dia sanggup buat apa saja untuk hidup. Dia memang hebat." Ibaratnya, kebanyakan manusia seperti tiga budak di bawah:

Budak A: Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hang kerja apa?
Budak B dan Budak C menjawab: Bapak kami pun ahli sukan jugak.

Budak A pun bercerita, "Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tu sebelum jatuh ke tanah."
Budak B: Itu tak hairan. Bapak aku lagi tangkas. Bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru itu.

Budak C: Itu taklah hebat. Mari dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ni. Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada kat rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari.

Begitulah keadaan mereka yang suka memperkatakan hal orang. Mohon direnungkan.

Titisan air ke batu - tiada alasan negatif untuk berjaya

PADA zaman dahulu, ada seorang kanak-kanak yang sangat pemalas tinggal di sebuah kampung bersama-sama ibunya. Sikapnya yang malas dan lembap ketika belajar telah membuatkan dirinya sering dimarahi oleh tuan guru. Rakan-rakannya juga selalu mengejeknya. Oleh hal yang demikian, dia sentiasa ponteng kelas pengajian agama kerana tidak tahan mendengar leteran tuan guru dan ejekan rakan-rakannya terhadapnya itu.

Perkara ini tidak disedari oleh ibunya yang berada di rumah. Ketika rakan-rakannya yang lain sedang mengaji agama di rumah tuan guru, dia lebih suka merayau-rayau bersendirian di pinggir hutan sementara menanti kepulangan rakan-rakannya itu.

Pada suatu petang, seperti biasa dia merayau-rayau di pinggir hutan yang berhampiran kampungnya itu. Tiba-tiba dia terlihat sebuah gua yang berada tidak jauh dari situ. Hatinya terdetik untuk mengetahui apa yang ada di dalam gua itu. Lalu, dia pun menghampiri dan memasuki gua tersebut. Sebaik sahaja masuk ke dalam gua tersebut, dia terlihat seketui batu besar yang keras menjadi lekuk akibat terkena titisan air. Maka terfikir dalam benak fikirannya, "Alangkah ajaibnya ciptaan Allah. Titisan air yang lembut ini pun mampu membuatkan batu yang sebegini keras menjadi lekuk. Kalaulah aku bertindak seperti air ini, asakan walaupun sedikit tetapi istiqamah nescaya aku juga akan mampu menjadi pelajar yang berjaya seperti rakan-rakanku yang lain. Oleh sebab itu mulai hari ini, aku tidak mahu ponteng kelas lagi dan aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku akan buktikan bahawa aku juga mampu untuk berjaya seperti mereka."

Demikian kisah yang memaparkan watak seorang kanak-kanak yang malas meskipun plotnya agak ringkas, namun sarat dengan iktibar yang sesuai untuk dijadikan teladan. Kisah ini mungkin bersesuaian dengan apa yang berlaku baru-baru ini yang memperlihatkan sebahagian pelajar yang dahulunya lemah beroleh keputusan yang cemerlang.

Mungkin kita tidak begitu percaya bahawa di kalangan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan sama ada Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia baru-baru ini dahulunya pernah mengalami kegagalan. Namun, kegagalan yang dialami itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit untuk mencipta kejayaan malah lebih berjaya daripada individu yang pernah berjaya sebelum ini.

Inilah semangat positif yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu bagi mengelakkan ber-lakunya keciciran di kalangan remaja. Sikap putus asa akibat gagal dalam peperiksaan harus diabaikan. Orang tua-tua pernah berkata, "gagal hari ini tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya."

Kita harus berasa bangga kerana di kalangan para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang itu terdiri dari golongan kurang upaya. Bahkan, ada yang mencatatkan sejarah tersendiri dengan menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar terbaik dikalangan rakan-rakannya yang normal. Kegigihan mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pelajar yang normal seharusnya menjadi motivasi.

Terdapat juga di kalangan mereka yang berasal dari keluarga yang miskin dan tinggal di luar bandar. Namun mereka selain tidak pernah menyesal dengan kekurangan yang dimiliki, kemiskinan itu menjadi motivasi dan cabaran untuk merangkul kejayaan. Kejayaan itu sekali gus menafikan tanggapan masyarakat umum yang mengaitkan kemiskinan sebagai salah satu faktor penghalang kejayaan.

Pada masa yang sama, kejayaan golongan ini telah membersihkan imej pelajar kawasan luar bandar yang sebelum ini sering dianggap ketinggalan dalam pelajaran tertentu. Peningkatan keputusan dalam subjek teras termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains dalam peperiksaan yang lalu satu kejayaan yang besar.

Inilah bukti betapa pelajar yang gigih berusaha tanpa jemu seumpama titisan air di atas batu, mampu menitipkan kejayaan seperti melekuknya batu yang pejal. Ternyata kejayaan tidak datang bergoiek, malah memerlukan usaha yang tidak mengenali erti penat. Bayangkan betapa sukarnya untuk pelajar istimewa mengulang kaji pelajaran. Dengan berbekalkan buku rujukan biasa yang diterjemahkan kepada tulisan Braille hasil bantuan rakan-rakan dan guru-guru, mereka menggagahkan diri. Mereka berhempas pulas semata-mata untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Jiwa dan semangat mereka begitu kental. Jika tidak, masakan mereka mampu melakukan ini semua. Sikap rajin dan tidak pernah berputus asa di samping mempunyai perasaan ingin tahu serta berfikiran positif turut membantu mereka dalam hal ini. Apatah lagi setelah mendapat dorongan dan sokongan moral ahli keluarga dan guru-guru.

Pelajar yang berasal daripada keluarga yang kurang berada, mereka perlu mempunyai matlamat untuk mengubah taraf hidup keluarganya. Itulah yang menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk mereka berjaya. Kemiskinan yang dialami selama ini bukanlah penghalang kejayaan masa depannya. Mereka harus yakin bahawa dengan pendidikan, seseorang individu itu mampu mengecap kehidupan yang lebih baik berbanding yang dirasai oleh ibu bapanya dahulu. Perkara ini telah banyak dibuktikan dalam sejarah negara.

Sebenarnya, kebanyakan personaliti yang berjaya pada hari ini, dahulunya ialah seorang kanak-kanak yang lahir dalam keluarga miskin yang berlatarbelakangkan sosioekonomi yang serba kekurangan. Namun, berkat kesungguhan mereka, kini individu-individu yang terbilang ini mampu menerajui kepimpinan negara. Kini mereka sedang menyumbang ke arah pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Walaupun kita berbangga dengan kejayaan pelajar yang cemerlang melalui sistem peperiksaan, kita tidak seharusnya lupa akan nasib ratusan ribu pelajar yang tercicir. Memang ada pelajar yang boleh diasah untuk berjaya dalam pelajaran tetapi ada juga pelajar yang boleh diasah bakatnya dalam bidang lain.

Mereka yang kurang cemerlang atau gagal dalam peperiksaan tidak seharusnya diketepikan sama sekali. Hal ini demikian kerana kemungkinan mereka berkebolehan dalam bidang teknikal. Jadi, kecemerlangan bukan sekadar diukur berdasarkan keputusan peperiksaan semata-mata. Oleh sebab itu, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, sahsiah, dan budi pekertinya juga perlu diambil kira. Semua itulah yang melengkapkan pakej pelajar cemerlang yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara.

Belajar melalui titisan air di atas, ibu bapa seharus tidak rasa kecewa dengan kegagalan anak-anak mereka yang kurang cemerlang dalam akademiknya. Mereka masih ada peluang untuk berjaya bahkan cemerlang dalam bidang kemahiran dan profesional. Taraf mereka sama^di sisi masyarakat.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, ternyata ramai pelajar yang menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Hal ini terbukti apabila sekurang-kurangnya 27 mata pelajaran bidang kemahiran mencatatkan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan SPM yang lalu. Oleh sebab itu, ibu bapa harus tahu menilai kecenderungan, kebolehan, bakat, dan potensi anak-anak. Anak-anak sewajarnya diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing sebelum ibu bapa mengenal pasti kepakaran mereka.

Menyedari kedudukan ini, ibu bapa hendaklah membaiki cara asuhan dan didikan agar anak mereka boleh berkembangan mengikut fitrah. Fersekitaran pendidikan anak-anak tidak harus dilihat seperti mengongkong hingga terencat perkembangan pembesaran minda mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak merupakan individu yang berbeza mentaliti antara satu dengan yang lain.

Kesungguhan ibu bapa menggilap kualiti yang ada pada anak-anak mereka penting demi masa depan mereka. Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith baginda yang menyatakan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi anak-anak. Waktu pendidikan yang paling sesuai untuk memulakan usaha ini ialah ketika mereka masih kecil. Dalam hal ini, bijak pandai pernah berkata, "Mengajar ketika kecil laksana mengukir di atas batu, manakala mengajar ketika dewasa laksana mengukir di atas air."

Jadi, ibu bapa tidak boleh lagi menjadikan kegagalan anak-anaknya dalam pendidikan sebagai alasan untuk memberhentikan persekolahan mereka. Sebaliknya, ibu bapa perlu sedar bahawa pendidikan merupakan pelaburan untuk masa hadapan keluarga mereka.

Ibu bapa harus bersedia untuk berkorban demi masa hadapan anak-anak mereka kerana dengan pengorbanan ibu bapa ini, anak-anak akan lebih bermotivasi untuk belajar. Memang benar kata pepatah, "Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kisah yang dipaparkan ini boleh menyedarkan golongan yang malas dan mudah berputus asa. Alasan yang negatif seharusnya ditinggalkan demi kejayaan semua pihak terutama umat Islam.

Setiap Kekurangan Ada Kelebihannya...

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.

Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.


Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.


Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Moral: Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

Mengenali Dan Menghadapi Masa Depan!

Masa depan. Sering kali kita memikirkan samaada secara sedar atau tidak. Adakalanya masa depan muncul secara tersurat dan adakala pula ia berbentuk tersirat. Apakah yang bermaksud masa depan. Jika hendak ditafsirkan definisinya, lebih kurang masa depan bermaksud, masa yang akan tiba dan bukan masa sekarang ataupun masa lampau. Rata-rata antara kita mengaitkan masa depan dengan sesuatu yang akan berlaku. Apakah perasaan masyarakat bila memikirkan masa depan mereka. Sesetengah mereka gembira, dan ada juga takut dan tidak kurang juga yang tidak menghiraukan apa yang akan terjadi. Apakah perasaan anda pula? Sebab?

Sejak bila wujudnya pemikiran tentang masa depan. Sejak lahir lagi kita sudah dikaitkan dengan masa depan. Sesetengah keluarga yang baru dibina, sudah tentulah sering merancang masa depan mereka. Sesetengah keluarga apabila baru sahaja melahirkan atau sebelum melahirkan (bakal mendapatkan cahaya mata) sudahpun berfikir bagaimanakah corak dan apakah yang perlu dilakukan oleh mereka untuk masa depan bayi tersebut. Masa depan muncul hanya pada dua keadaan iaitu keadaan baik dan keadaan kurang bernasib baik (buruk). Sudah tentulah apabila masa depan yang tiba adalah tidak begitu baik, sesetengah manusia sukar untuk menerimanya. Ia bergantung kepada tahap samaada teruk, lebih teruk ataupun sangat-sangat teruk. Untuk masa depan yang baik sudah tentulah manusia secara semulajadi gembira juga bergantung kepada tahap samaada sederhana, baik atau sangat-sangat baik. Bagaimana anda manangani soal masa depan?.


Masa depan sering dikaitkan dengan cita-cita. Apakah yang dimaksudkan sebagai cita-cita. Cita-cita lebih kurang bermaksud sesuatu yang ingin kita capai pada masa depan. Sejak lahir lagi kita mungkin sudah memiliki cita-cita. Bukan bermakna bayi yang baru lahir boleh berfikir soal cita-cita tetapi sesetengah ibu-bapa yang menetapkan apakah yang patut dicita-citakan oleh bayinya. Tidak hairanlah jika dikatakan ibu-bapa merupakan pencorak masa depan anak-anak mereka. Pada masa-masa yang lepas juga wujud satu slogan yang membawa maksud segalanya bermula dirumah. Bagi saya, tidak setuju dengan pendapat ini. Anda pula bagaimana. Kita perlu ingat dimana kita bukan hidup secara berseorangan, bermakna masa depan kita juga ditentukan oleh apa yang berlaku disekeliling kita. Walaupun benar ibu-bapa wajib mengawal anak-anak mereka untuk membentuk masa depan yang beretika, maju, selamat tetapi dengan adanya cabaran sosial, kemewahan belum tentu ibu-bapa dapat berbuat begitu secara sempurna. Lebih baik jika dikatakan begini, segalanya bermula dimana-mana, apabila kesuatu tempat mula sekali lagi, ketempat lain mula lagi dan begitulah seterusnya.

Masa depan memang boleh dirancang tetapi samaada ia akan tercapai itu bergantung kepada aktiviti sekitar. Masa depan yang dirancang dan berjaya dicapai seperti yang dicita-citakan biasanya berlaku pada masa yang singkat. Masa depan yang memerlukan jangkamasa yang lama biasanya tidak menjadi kenyataan. Sebagai contoh anda terlihat satu model komputer yang anda inginkan dan anda bercita-cita untuk membeli secepat mungkin. Biasanya pada jangkamasa waktu yang singkat model tersebut mungkin kurang berubah dari segi harga, bentuk ataupun ciri-cirinya yang lain. Apapula jika model yang sama tetapi anda merancang proses tersebut yang memakan masa begitu lama. Model komputer tersebut mungkin akan habis dipasaran, atau bertambah mahal atau sudah diluar kemampuan (teknologi sudah usang). Begini anda terpaksa merancang semula sesuatu yang lain dan rancangan anda dahulu dianggap gagal. Salah satu lagi contoh masa depan yang dirancang dan memerlukan masa yang lama ialah memilih kerjaya. Sesetengah manusia ingin menjadi doktor (famous), jurutera dan sebagainya tetapi berapa ramai yang mencapai cita-cita tersebut. Apakah cita-cita terawal anda?. Tercapai?.


Itu merupakan sebahagian dari persoalan masa depan diri sendiri. Tapi bagaimana pula dengan nasib individu yang lain. Adakah mereka memiliki masa depan. Pernahkah kita mengambil berat masalah ini. Kita cuba lihat tentang masa depan orang-orang tua, masa depan remaja-remaja lepak, masa depan kanak-kanak cacat. Pernahkah kita fikirkan. Kebanyakan kita sememangnya sibuk. Jika dibandingkan dengan urusan pada zaman-zaman lampau. Kini ternyata manusia semakin sibuk. Jika dahulu kekuatan adalah segalanya, tetapi kini tidak lagi. Kepintaran mengatasinya. Untuk mencapai masa depan yang cerah, manusia diajar berfikir hingga ketahap tertinggi yang tidak akan ada batasan dan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Jika dulu untuk menjadi pegawai hanya memerlukan sijil darjah enam, kini tingkatan enam dikatakan tidak layak. Golongan bijak pandai semakin bertambah sejajar dengan pertambahan penduduk dan teknologi maklumat. Pada masa depan sudah tentu masyarakat terpaksa bersaing hebat. Jadi itulah masa depan masyarakat. Untuk menangani masa depan masyarakat yang gagal ini kita lebih senang menyerahkan kepada kerajaan. Dengan alasan kerajaan telah melaksanakan biro kebajikan masyarakat. Melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan, adakah itu berpatutan?

Kesimpulannya masa depan adalah sesuatu yang rumit dan sukar untuk dipastikan. Merancang masa depan hanya boleh dijadikan kata pandu kearah mencapai cita-cita. Oleh kerana masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti, maka dipengaruhi oleh banyak faktor persekitaran, samaada datangnya dari telatah individu, masyarakat mahupun peranan negara yang memandu, mengurus hal-hal ekonomi, politik mahupun sosial."

Ambilah sedikit bukan semua.

Tidak semua apa yang disampaikan secara lisan merupakan perkara penting yang perlu diambil oleh pendengarnya. Setiap apa yang disampaikan kepada anda mempunyai tujuan yang tersendiri dan memerlukan anda untuk bertindak bijaksana untuk memilih apa yang penting dan menapis mesej-mesej yang bukan menjadi keutamaan anda untuk memberi perhatian.


Menjadi pendengar yang baik mementingkan keperluan, kualiti, penilaian terhadap mesej yang diterima. Jadilah pendengar yang kritikal agar anda tidak dibebani dengan maklumat-maklumat yang tidak membantu anda dalam membuat keputusan. Pendengar yang kritikal akan terbuka kepada kedua-dua mesej negaif dan positif sebelum memilih salah satu daripadanya.

Ada individu yang menyampaikan mesej yang tidak logik dengan kenyataan-kenyataan mengelirukan. Boleh jadi ia bertujuan untuk menguatkan mesej dengan menyokongnya melalui alasan-alasan yang dirasakan bersesuaian dan boleh diterima.

Kenalpasti sama ada mesej tersebut boleh diterima, relevan, tepat dan bukannya sesuatu yang dibuat-buat. Ambil pendekatan yang sesuai untuk mengenalpasti kepalsuan maklumat dalam kelompok berikut.

“Jika ia berlaku begitu, maka beginilah jadinya.”

Ada yang sengaja membuat-buat cerita untuk menguatkan keadaan bahawa sesuatu yang berlaku pasti akan berlaku kesan yang sama. Namun begitu, mesej kesan dan akibat tidak semestinya berlaku dalam setiap keadaan.

Ada waktunya, seseorang percaya dengan situasi demikian kerana telah disogok dengan kenyataan demikian berkali-kali. Misalnya kepercayaan, jika mengambil gambar bertiga pasti salah seorangnya akan pendek umur adalah kesan dan akibat yang tidak wujud dan tidak ada perkaitan sama sekali

“Pendapat kita sama seperti orang lain”

Anda akan berhadapan dengan individu yang sedaya upaya untuk mendapat persetujuan anda dengan memberi alasan mesej yang disampaikan adalah perkara yang turut dipersetujui orang lain. Misalnya, “Semua orang bersetuju jika saya katakan ketua kelas itu bukanlah seorang yang bertangungjawab.”

“Pilih sama ada itu atau yang ini?

Pendengar kritikal ada waktunya berhadapan dengan individu yang seboleh-bolehnya hanya akan memberi dua pilihan sama ada untuk anda menerima mesej yang disampaikan meskipun anda sebenarnya mempunyai pilihan ketiga. Anda mungkin sedang berbincang berkenaan isu pelajar yang tidak aktif dalam persatuan, namun pilihan yang anda dengar hanyalah mewajibkan atau mendenda pelajar yang ingkar. Boleh jadi anda mempunyai pandangan ketiga, iaitu menggalakan ganjaran berbentuk sijil dan markah untuk mereka yang aktif.

“Kenyataan umum adalah benar.”

“Sahabat saya selalu didenda oleh ketua pengawas meskipun tiba awal di sekolah tersebut. Awak juga akan didenda jika berpindah ke sekolah itu keranan awak pelajar baru,” kata Suhaidah kepada rakannya yang bercadang berpindah ke sekolah tersebut. Pengalaman sahabat Suhaidah dijadikan kenyataan umum olehnya dan menjadi alasan untuk disampaikan kepada rakannya agar tidak berpindah. Kenyataan umum seperti ini tidak disokong oleh bukti-buki yang kukuh kerana ia mungkin berkaitan dengan keadaan dan individu yang berbeza.

“Memang dia selalu begitu.”

Pernahkah anda mendengar mesej-mesej negatif berkenaan sikap negatif seseorang yang disampaikan kepada anda? Jika ya, anda sedang berhadapan dengan mesej yang bersifat menyerang peribadi yang timbul kerana penyampainya berasa tidak berpuas hati terhadap individu tersebut. Ia boleh timbul apabila seseorang tidak dapat menerima idea dan pandangan yang dikongsi, maka menjadikan identiti sebagai sumber serangan untuk menyokong kehendaknya.

“Semuanya terlalu banyak!”

Dengan membiarkan anda mendengar terlalu banyak maklumat, ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian anda terhadap isu utama yang sedang dibincangkan. Jika dalam perbincangan kumpulan, anda mungkin telah mengagih-agihkan tugasan agar setiap ahli menyerahkan salinan nota untuk tajuk yang dibincangkan sebelum ini. Tetapi, salah seorang daripada ahli kumpulan bercerita tentang perkara lain yang kelihatan besar dan penting untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang isu tersebut kerana dia belum menyiapkan lagi.

“Serupa tetapi tidak sama”

Isi sebuah mesej yang disampaikan kepada anda mungkin kedengaran janggal apabila apa yang disampaikan seawalnya dan penutupnya tidak ada kaitan sama sekali walaupun penyampainya sedang cuba mendapat persetujuan anda. Anda mungkin kehairanan apabila seseorang memberi alasan ketiadaan elektrik di rumah jiran mengakibatkan dia tidak sihat untuk ke sekolah atau alasan seumpamnya. Tujuan sekadar untuk meraih simpati anda atas kesihatannya, tetapi alasan disebaliknya tidak munasabah sama sekali dan ganjil bunyinya.

Tetapi, jangan terkejut ada yang menyampaikan mesej dalam kategori ini kerana yakin bahawa anda pasti mempercayainya

Hati yang tenang tanda kebahagiaan hidup

"BELAJARLAH MENGHARGAI DIRI DENGAN CARA KITA SENDIRI. TERIMALAH DIRI KITA SEADANYA".


Setiap makhluk yang hidup di dunia ini mengimpikan sebuah kehidupan yang tenteram dan sejahtera. Pastinya, tiada seorang pun yang mahu hidup gelisah, fikiran berserabut dan dirundung pelbagai masalah. Namun hakikatnya, kehidupan yang kita lalui ini penuh dengan dugaan.

Pelbagai peristiwa mencorakkan sejarah kehidupan kita. Susah dan senang silih berganti setiap hari. Dalam menempuhi pelbagai rintangan dan halangan hidup ini, sebagai umat Islam kita sangat bertuah kerana Islam sentiasa membimbing dan menunjukkan kepada umatnya jalan selamat yang dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Terpulanglah kepada diri kita sendiri sama ada mahu mengikut jalan yang telah ditunjukkan atau sebaliknya.

Sekiranya kita mencari ketenangan hati dengan cara yang dianjurkan Islam kita akan mencapai kesejahteraan hidup. Jangan kita memilih jalan yang dilarang dan diharamkan oleh syariat seperti mengambil dadah, minum arak dan sebagainya. Langkah yang sedemikian sebenarnya tidak pernah menjanjikan ketenangan hakiki malahan menjadikan fikiran kita semakin berserabut dan kalut. Jika kita memilih jalan yang salah seolah-olah kita sengaja mencari padah bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat.

Menerima hakikat bahawa hidup ini adalah suatu perjalanan yang penuh berliku, menuntut kita memiliki hati yang tenang dan tenteram untuk mengharunginya. Ketenangan hati bagi seseorang manusia adalah anugerah Allah yang sangat berni-lai. la merupakan modal permulaan yang besar ke arah mencapai hidup yang bahagia dan sejahtera. Ketenangan hati bukannya sesuatu yang datang secara semulajadi. Sebaliknya ia menuntut suatu usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan.

Islam telah mengajar kepada umatnya suatu cara yang paling mudah dan ringkas untuk mendapatkan ketenangan hati ialah dengan berdoa dan sentiasa mengingati Allah sebagaimana firman-Nya yang ber-maksud: "Ingatlah dengan mengingati Al-lahlah hati menjadi tenteram." - al-Ra'd : 23 Sebagai hamba-Nya adalah menjadi kewajipan untuk mengingati Dia di sepanjang jalan kehidupan kita agar sentiasa ditunjukkan jalan yang benar dan terhindar dari perkara-perkara yang tidak sihat dan merosakkan.

Selain itu, Islam juga menganjurkan umatnya mencari ketenangan hati dengan cara beriktikaf iaitu berhenti (diam) di dalam masjid dengan niat dan cara yang tertentu untuk beribadat kepada Allah. Beriktikaf mempunyai hikmah dan ganjaran yang besar di dalam mencari ketenangan hati dan mendekatkan diri kepada Allah. Justeru ia menjadi amalan Rasulullah S.A.W khususnya di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Imam Ahmad b. Hanbal meriwayatkan di dalam sebuah hadis ; Daripada Aisyah Radiallahuanha beliau berkata, "Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W heriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat kemudiaw para isteri Baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya." Semasa beriktikaf terdapat amalan-amalan yang sangat baik untuk dilakukan iaitu sembahyang, berzikir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, berdoa dan membaca al-Quran. Cara-cara ini juga amat baik dijadikan amalan seharian kerana ia dapat melatih jiwa dan fikiran kita sentiasa mengingati Allah S.W.T Bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi. Dengan bersyukur, kita akan sentiasa insaf dan sedar bahawa segala nikmat yang kita kecapi adalah datangnya dari Allah. Justeru, dapat mengelakkan diri kita dari menjadi takbur dan bongkak dengan apa yang kita perolehi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Sesungguhnya jika kamu 'bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim: 7)

Carilah ketenangan hati dengan amalan-amalan sunat umpamanya berpuasa dan solat-solat sunat. Biasakan diri dengan puasa-puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Dengan berpuasa, emosi akan mudah dikawal. Selain berpuasa sunat, solat-solat sunat juga memberikan ketenangan hati seperti solat sunat 'Tahajud', solat sunat 'tasbih, dan solat sunat 'Dhuha'.

BERFIKIRAN POSITIF.
Hidup ini tidak sendasa ceria dan bahagia. Adakalanya duka dan hiba menyelubungi kita kerana pelbagai masalah dan musibah yang melanda. Hadapilah setiap permasalahan dengan fikiran yang positif dan berbaik sangka bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang sangat bernilai untuk kita. Pasti hati kita menjadi tenang dan terhindar dari salah sangka dan fitnah yang boleh memporak perandakan hidup kita.

Jadilah orang yang pemaaf dan ffludah meminta maaf jika menyedari kita telah melakukan kesilapan. Sikap bermaaf-maafan menjadikan diri kita sentiasa tenang kerana ia menghapuskan perasaan dendam yang boleh mendatangkan akibat yang buruk jika tidak dapat dikawal. Bermaaf-maafanlah tan-pa menunggu masa yang tertentu kerana sebagai manusia biasa sudah pasti kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Lazimilah kehidupan seharian kita dengan bersilaturrahim. Sayangi dan hormatilahlah orang-orang yang berada di sekeliling kita tanpa mengira darjat dan pangkat. Bersilaturrahimlah dengan jiran tetangga, sahabat handai dan sebagainya. Jadikan diri kita seorang yang mudah didekati oleh orang lain. Perbaiki cara kita bersosial dan berkawanlah dengan ramai orang. Kawan yang baik yang boleh menceriakan hidup kita semasa kita dalam kebuntuan.

Luahkan apa yang mengganggu pemikiran kita dengan cara menulis dan berbincang dengan orang yang kita percayai. Dengan menulis umpamanya di-ari, cerpen, puisi dan artikel, kita dapat menyalurkan keresahan, kesedihan, kekecewaan dan segala perasaan yang memberikan tekanan kepada kita mengikut cara kita sendiri.Jika kita tidak mahu menulis, kita boleh bercerita kepada orang yang kita percayai bahawa beliau boleh mendengar dan menyimpan segala apa yang kita luahkan. Dengan kedua-dua cara ini sebenamya kita berkongsi perasaan dan secara tidak langsung akan dapat melapangkan pemikiran kita dan hati akan semakin tenang.

Belajarlah menghargai diri dengan cara kita sendiri. Terimalah diri kita seadanya. Apabila kita mencapai sesuatu kejayaaan, walaupun kecil, berikan ganjaran untuk diri sendiri. Umpamanya kita telah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan, hadiahkan untuk diri kita sesuatu yang kita sukai seperti makan di restoran yang kita gemari dan sebagainya. Selain itu, sentiasalah memotivasikan diri dengan kata-kata yang boleh menguatkan semangat hidup. Contohnya katakan kepada diri sendiri, "Yakinlah saya boleh, saya pasti boleh!"

Bersikap 'Asertif iaitu berani untuk berkata tidak, jika kita merasakan tidak mampu untuk melakukan sesuatu apabila diminta untuk melakukannya. Jika kita menerima sesuatu tanggung-jawab yang kita pasti tidak dapat melakukannya, sebenarnya kita cuba menggalas beban yang hanya akan memberatkan fikiran dan diri kita sendiri. Bebaskan diri untuk berkata apa yang kita ingini kerana ia akan mengelakkan diri kita dari perasaan tertekan.

Makan makanan yang halal, baik dan berzat. Sentiasa peka dengan apa yang kita makan terutamanya makanan segera dan yang telah diproses. Pastikan kandungannya halal. Makanan yang halal dan berzat amat penting untuk . ketenangan hati dan menjamin tubuh badan yang sihat. Bersenam secara teratur, rehat secukupnya. Ingatlah, "Badan Sihat, Otak Cergas". Gunakan peluang hari minggu untuk bersenam. Tidurlah secukupnya kerana rehat yang paling baik ialah tidur yang cukup.

Itulah di antara cara-cara yang baik untuk mewujudkan ketenangan hati. Semoga kita dapat menempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini dengan tabah dan sentiasa di bawah bimbingan serta rahmat dari Ilahi. Hadapilah hidup ini tenang dan senyuman.

Belajar Berdepan Dengan Situasi..

Agar hidup lebih sihat dan bahagian, jalinkanlah hubungan baik dengan sesiapa sahaja, mulakan dengan diri sendiri, keluarga, pasangan, teman sepejabat dan rakan-rakan. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kita mempunyai hubungan baik dan mesra dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Hidup menjadi lebih sempurna. Setiap pagi, telinga kita mendengar sapaan mesra dan mata melihat senyuman manis dari pasangan, keluarga, rakan-rakan dan teman sepejabat.

Menjalin dan membina hubungan baik dan mesra bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukan juga sesuatu yang terlalu susah untuk dilakukan. Bagaimanakah harus anda memulakan langkah untuk menuju ke arah itu agar hidup ini lebih bermakna.

DIRI SENDIRI

> Berteman dengan diri sendiri
Menjadi teman yang baik kepada diri sendiri merupakan langkah pertama memiliki hubungan yang sihat. Katakan pada diri sendiri, “Saya suka pada diri saya seadanya”. Katakan dengan sekerap mungkin. Perlakukan diri anda dengan istimewa, orang lain akan melihat anda seorang yang istimewa juga. Perlakuan mereka terhadap anda merupakan cermin perasaan anda terhadap diri sendiri.

> Cipta keseimbangan
Jangan berharap seseorang, baik pasangan mahupun rakan-rakan dapat memuaskan semua kehendak emosi anda. Jika anda berharap seseorang dapat menjadi kawan, orang yang dipercayai, pasangan jiwa sekali gus penasihat, dan setiap saat dapat membahagiakan anda, maka bersiaplah untuk menghadapi kerenggangan hubungan. Variasi dalam perhubungan akan menjadikan hubungan lebih baik biarpun tidak seperti yang anda harapkan.

> Belajar meminta maaf
Meminta maaf perlu kena dengan caranya. Untuk menjadikan permintaan maaf anda diterima dengan ikhlas, terdapat tiga perkara yang perlu anda lakukan :

- Luahkan penyesalan anda, perlihatkan keikhlasan dengan tindakan.
- Berani memikul tanggungjawab akibat tindakan anda.
- Jangan membuat alasan untuk diri anda sendiri atau menyalahkan orang lain.

Sarankan cara untuk memperbaiki kesalahan. Anda memang tidak dapat mengulang masa lalu, namun anda dapat mencuba untuk memperbaiki kesilapan yang telah terjadi. Berjanjilah anda akan melakukan sesuatu agar hal tersebut tidak akan berulang lagi.

> Cubalah bersungguh-sungguh memaafkan
Sekiranya anda berani meminta maaf, anda juga harus berani memaafkan. Menerima permintaan maaf orang lain dengan hati yang ikhlas akan membuatkan hati anda lebih tenang. Lakukan perkara berikut :

- Harapan. Katakan pada orang yang meminta maaf tentang harapan anda terhadap dirinya.
- Sabar. Anda perlu menerima dengan baik sekiranya situasi yang terjadi tidak seperti yang diharapkan.
- Ketegasan. Lakukan sesuatu yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan di masa depan. Anda bolehlah mengajak teman yang pernahmenyakiti anda untuk berbincang dan membuat persetujuan untuk ‘melupakan’ masa lalu.
- Jangka panjang. Daripada anda terus mengingat-ingat kesalahan orang lain, lebih baik anda fokuskan diri untuk mencapai tujuan masa depan dengan lebih baik.

KELUARGA

> Bersikap mesra dengan keluarga dan teman
Terima perubahan yang terjadi pada orang lain. Hidup ini umpama roda yang sering berubah. Ada orang yang bertemu jodoh dan berkahwin, ada yang mempunyai anak dan sebagainya.Ada saatnya anda tidak dapat menghabiskan masa dengan teman-teman seperti dahulu. Cubalah memahami keadaan orang lain sekiranya tiada lagi di antara mereka yang menghubungi anda atau tidak menjawab panggilan telefon anda. Ini bukan bermakna perhubungan anda sudah berakhir.

> Buat batasan dengan keluarga
Walaupun satu keluarga, tidak seharusnya hubungan sentiasa baik dan mesra. Ada kalanya anda bertengkar dan berselisih pendapat dengan keluarga, lebih-lebih lagi sekiranya ia menyentuh hal peribadi. Oleh itu, anda perlu membuat batasan yang jelas tentang perkara yang boleh atau tidak boleh dicampurkan oleh anggota keluarga. Namun begitu, jangan bersikap kurang ajar, pertimbangkan juga kepentingan ahli keluarga lain. Dengan ini, kehidupan peribadi anda tidak diganggu dan hubungan kekeluargaan tetap terjalin mesra.

PASANGAN

> Katakan sesuatu yang baik tentang si dia
Terdapat dua perkara baik yang akan terjadi sekiranya anda melakukan tindakan ini. Pertama, anda semakin menyedari perasaan cinta anda dan kedua, si dia akan lebih menyenangi anda.

> Tingkatkan komunikasi
Sesibuk mana pun anda dengan urusan seharian, cubalah untuk meningkatkan frekuensi perbualan dengan pasangan anda. Tanya dia akan harinya, apakah perkara terbaik yang berlaku dan sebagainya. Namun begitu, anda juga perlu tahu bila masanya untuk berdiam.

> Berhenti untuk mengubahnya
Anda mahukan hubungan lebih kuat dan tahan lama? Terima dan hargai perbezaan. Jangan fikirkan sangat apa yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh pasangan anda. Fokuskan pada perkara-perkara yang anda cintai dan yang baik pada dirinya.

> Membuat ‘ruang’ peribadi
Menurut Dr. Judy Kuriansky, pakar perhubungan dan pengarang buku The Complete Idiot’s Guide To A Healthy Relationship, jika anda tidak pernah sendiri, maka anda akan menghadapi kesukaran untuk merasa benar-benar bersama. Luangkan masa secara teratur untuk bersantai tanpa pasangan, keluar membeli belah atau sekadar minum petang bersama teman-teman.

KENALAN BARU

> Berikan kesan pertama yang baik
Semasa menghulurkan salam pertama, lakukan dengan baik. Menurut Leil Lowndes dalam buku How To Be A People Magnet, cara bersalaman yang baik adalah dengan menyelipkan tangan anda ke tangan orang lain hingga ibu jari terkunci dan telapak tangan menyentuh serta dengan lembut menekan tangan orang itu. Telapak tangan lurus, memberi kesan keyakinan diri. Telapak tangan menghadap ke bawah menggambarkan anda suka mengawal, sebaliknya telapak tangan ke atas menyifatkan sikap mudah menyerah.

> Serlahkan tarikan
Selepas berkenalan, mesrakan perbualan dengan bertanya tentang diri mereka seperti hobi, kerja dan sebagainya. Cara ini lebih berkesan berbanding berusaha menarik perhatian mereka atau cuba menghiburkan mereka. Serlahkan bahawa anda tertarik dan ingin menjalin persahabatan dengan perbualan mesra anda.

> Gunakan terapi suara
Suara yang dalam dan tenang dapat membuatkan orang lain menyukai anda. Begitulah pendapat Nicholas Boothman, pangarang buku How To Make People Like You In 90 Seconds Or Less, untuk mendapatkan suara tersebut cubalah lakukan teknik ini, letak salah satu telapak tangan pada dada dan telapak tangan yang lain pada perut. Berlatih bernafas hingga tangan pada dada tidak bergerak, yang bergerak naik turun hanyalah tangan di perut. Ulangi latihan ini dengan tangan pada tempat di mana suara berasal. Pindahkan suara anda dari dada ke perut. Suara harus lebih rendah, perlahan dan penuh.

TERAKHIR…

> Jadilah orang yang optimis
Orang yang optimis akan lebih bahagia dan sihat secara emosi. Cubalah untuk melihat kebaikan dalam diri orang lain. Hidup akan lebih tenang dan sempurna.

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!
"Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria. Sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat terguncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai. Dan tidak mudah menyadari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sadar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus sukses, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang sukses tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakekat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rizki, jabatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sadar mendikte Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar mendikte Allah: "Pokoknya harus dia Ya Allah! Harus dia, karena aku sangat mencintainya. " Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Bisa jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah karena niat kita yang terkotori.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar dipikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Karena seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Berbincang Lebih Baik Daripada Berdebat

Memang tabiat manusia sentiasa hendak menang. Untuk menang, manusia sanggup berbuat apa saja. Jalan hendak tunjuk hebat dan meraih kemenangan ialah dengan berdebat.

Remaja yang kuat minda dan ilmu tidak ketinggalan menggunakan cara ini demi juara dalam kalangan teman-teman.

Berdebat bukan saja dalam isu tempatan dan global, malah dalam perkara agama. Mereka yang tidak pandai cakap, boleh kalah. Mereka yang pandai cakap sering menang walaupun cakapnya tiada isi dan fakta.

Sebenarnya berdebat dalam perkara agama banyak tidak membawa faedah, apa lagi kalau pendebat itu sama-sama tidak cukup alat (ilmu).

Jika berbincang rasanya lebih bermanfaat. Biasanya debat dengan tidak beretika lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan yang merugikan.

Memang tidak dinafikan berdebat adalah satu cara atau uslub berdakwah, tetapi itu adalah antara jalan yang terakhir selepas buntu dengan pengajaran dan pendekatan secara berhikmah.

Kalau hendak berdebat juga, ia hendaklah secara berhikmah dan dengan adab yang tinggi. Firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah bersama mereka dengan baik.” (an-Nahl:125)

Ayat ini meletakkan debat sebagai jalan terakhir selepas pendekatan nasihat dan berhikmah. Ini bukan bermakna ia tidak berkesan, tetapi kerana kesukaran mematuhi aturan adab dan akhlak ketika berdebat.

Mungkin ramai suka berdebat, tetapi kurang ramai boleh ikhlas. Tidak ramai yang hendak cari kebenaran.

Yang biasa ialah yang hendak cari menang saja. Mengalah sama sekali tidak. Kalau pun ada yang mengaku, itu hanyalah di gelanggang, tetapi di luar belum pasti lagi. Perdebatan selalunya dikuasai mereka yang pandai bercakap walaupun tiada isi. Dalam pertandingan debat di sekolah atau universiti sebenarnya tidak termasuk dalam perbincangan ini kerana pertandingan itu ada juri dan hakimnya yang akan menentukan jumlah markah.

Acara di peringkat sekolah dan universiti itu untuk melatih pelajar bercakap serta mengeluarkan hujah dan fakta. Ia patut diteruskan.

Bagaimanapun, antara akhlak dan adab yang perlu ada kepada remaja yang berdebat supaya dapat menghasilkan natijah yang baik adalah seperti berikut:

i. Elakkan daripada menggunakan perkataan kasar dan kesat yang menggambarkan tidak menghormati pemikiran lawan. Jika perlu, adakan pengadil supaya perdebatan itu berhasil.

Malah, jika perlu, adakan kad kuning dan kepada yang berhak dapat kad merah pun perlu diberi agar tidak ada mereka yang langgar disiplin.

2. Hendaklah banyak mencari titik persamaan antara kedua-dua pihak. Ini kerana lebih banyak persamaan yang dicari lebih banyak hasil diperoleh.

3. Usah memperbesarkan perkara remeh-temeh.

Kepada adik-adik remaja, tajamkanlah minda untuk mencari dan membela kebenaran bukannya untuk bermegah dan mendabik dada. Jadikanlah buku sebagai mentor dan penasihat ketika kekusutan. Kebenaran akan muncul dan kebatilan akan lenyap.

Diri anda tiada duanya,tiada tiganya

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.


Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal sepuluh inci?.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah buatan yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, Buta ke dia??

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Pemikiran mempengaruhi tindakan dan harga diri individu

Pemikiran mempengaruhi tindakan dan harga diri individu KUNCI ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu!. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh Walter Doyle Staples, 1991 dalam bukunya berjodol "Think Like A Winner!". Pemikiran dapat menentu dan mencorak destinasi kehidupan seseorang individu.

Kata-kata…"engkaulah apa yang engkau fikirkan, terkandung dalam pemikiran…" menunjukkan bahawa diri kita ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.

Setiap orang inginkan kejayaan. Dalam erti kata yang lain setiap orang inginkan "kemenangan" dalam kehidupan masing-masing. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan kita setiap hari telah membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu ke arah ‘kekalahan"?

Setiap orang inginkan ianya dihormati, dipuji dan disanjung tinggi. Tetapi tahukah anda bahawa setiap hari diri kita ini dikeji dan dihina oleh kita sendiri! Bagaimanakah situasi ini berlaku?

Dalam sebarang tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian sama ada sebagai seorang pelajar, pekerja, peniaga dan sebagainya, sering kali kita berhadapan dengan situasi berikut yang merupakan punca ke arah "penghinaan" dan "kekalahan" diri.

Mengelak atau menolak tugas.
Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu cuba mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan "tidak tahu" "tidak mahir" atau "tidak boleh". Perkataan "tidak" pada situasi di atas adalah merupakan perkataan yang membawa implikasi yang statik, bercorak negatif, serta tidak akan membawa apa-apa perubahan dan perkembangan yang positif.

Perkataan-perkataan di atas yang dilahirkan oleh seseorang individu itu sebenarnya dengan secara tidak langsung cuba "membuka pekong di dada" masing-masing atau dengan lain perkataan cuma menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri. Perkataan "tidak" seharusnya ditukar kepada perkataan "ingin" yang lebih dinamik serta lebih menuju ke arah pemantapan dan pengukuhan diri dari aspek kepercayaan, keyakinan dan harapan terhadap potensi dan prestasi diri sendiri selagi tugasan yang diberikan itu tidak bercanggah dengan suruhan agama, etika kerja dan etika sosial .

Mengagongkan kebolehan orang lain.
Menghargai kebolehan orang lain adalah sesuatu yang baik tetapi ada batasannya. Kadangkala akan terjadi di mana kerana terlalu mengagongkan kebolehan orang lain seseorang individu itu akan menyerah bulat-bulat sesuatu tugasan itu kepadanya dengan alasan…"dia lebih best!….dia boleh!……..dia pasti berjaya!." Maka oleh kerana kita mengatakan dia lebih best, dia boleh dan dia pasti berjaya maka kata-kata itu menjadikan dia lebih bersemangat dan akhirnya berjayalah dia dalam tugasan tersebut.

Apakah yang terjadi pada kita? Tahukah anda setiap kali kita mengatakan.".dia lebih best….dia boleh…..dia pasti berjaya…." dengan secara tidak langsung kita mengatakan pada diri kita "….saya tak best…….saya tak boleh….saya gagal". Maka kita tidak akan bergerak untuk melakukan sebarang tindakan dan pasti segalanya akan menemui jalan buntu yang berakhir dengan kegagalan dalam kehidupan. Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan pada diri kita sendiri! Alangkah rugi dan teraniaya diri kita mangsa dari pemikiran kita sendiri.

Oleh itu sesuatu perubahan perlu dilakukan terhadap pemikiran kita.

Mengikut Walter Doyle Staples:
APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA…
Anda mengubah kepercayaan anda,
Apabila anda mengubah kepercayaan anda….
Anda mengubah harapan anda,
Apabila anda mengubah harapan anda….
Anda mengubah sikap anda,
Apabila anda mengubah sikap anda….
Anda mengubah tindakan anda,
Apabila anda mengubah tindakan anda….
Anda mengubah prestasi anda,
Apabila anda mengubah prestasi anda…..
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungi kata-kata di atas dan membuat refleksi terhadap setiap tindakan yang telah berlaku pada diri kita dan juga pada setiap tindakan yang akan dilakukan berdasarkan apa yang sedang difikirkan dalam minda kita sekarang. Apakah anda perlu mengubah pemikiran anda? Jawapannya terdapat di dalam fikiran anda!

Kopi Menunggu Petang..

Ramai daripada kita menyimpan cita-cita, bekerja keras sekarang supaya apabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat.

Kita merasakan apabila umur 55 ataupun 56 tahun, kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab. Bangun pagi, sesudah sembahyang Subuh dan membaca al-Qur’an, dapat membaca suratkhabar sambil minum kopi, kemudian berehat menunggu petang. Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan rumah sambil makan kuih-muih serta juadah lain, sementara menunggu waktu malam.

Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu sebenarnya kepenatan dan tanggungjawab berlipat ganda di hadapan kita. Kita menjadi cepat sensitif. Kita mahu dikenali, diingati dan berbagai-bagai perasaan yang sesuai dengan naluri orang pencen.

Seorang yang sibuk pada usia muda terus sibuk pada usia tuanya. Apabila dia sibuk mencari harta, dia terus sibuk mencari harta, tidak senang duduk di rumah minum kopi menunggu petang.


Apabila seseorang itu pada usia mudanya sibuk menolong orang lain, berkhidmat untuk saudaranya, maka itulah kerjanya apabila dia tua. Sebaliknya apabila pada usia muda dia tidak sibuk, maka pada usia tua pun dia senang berada diatas bangku panjang minum kopi menunggu petang.

Sebabnya, apa yang kita lazimkan sehari-harian, maka pada usia tua ia menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang suka bangun pagi pada usia muda bersikap demikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Orang yang rajin membaca, suka bersedekah, solat berjemaah ketika muda, berterusan ia hingga ketua. Itulah tabiat.

Patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak usia muda supaya tabiat itu melekat tua. Biasakan melentur ketika masih rebung.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.

Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila  tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Adakah anda seorang yang berfikiran positif?

Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif. Dengan berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk berjaya. Saya teringat satu cerita...

Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh. Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil baru sahaja menaiki bas tersebut.

Anak-anak kecil tersebut tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau orang dan sebagainya. Bayangkan... anda berada dalam bas tersebut dan anak-anak kecil tersebut membuat bising. Kemudian, ketika anda sedang membaca surat khabar... anak-anak kecil ini datang dan tarik
surat khabar anda. Ayah kepada anak-anak kecil itu pula hanya senyum dan buat tak tahu.

Saya pasti sudah tentu anda sangat marah dengan anak-anak kecil tersebut bukan? Saya pasti jika diberi peluang sudah tentu anda mahu lempang anak-anak kecil tersebut hahaha! Ada seorang mak cik di atas bas tersebut begitu hairan. Kenapa ayah beliau tidak marah kepada anak-anak kecil tersebut? Mak cik tersebut segera menanyakan soalan kepada pak cik tersebut. "Kenapa tak melarang anak-anak kamu yang sedang membuat kacau dalam bas ni?" tanya mak cik tu kepada ayah anak-anak kecil tersebut. Beliau menjawab "Biarlah... biarlah mereka bergembira seketika kerana anak-anak kecil tersebut masih tidak tahu bahawa ibu mereka meninggal pagi tadi di hospital. Kami ni naik bas untuk ke sana" jawab pak cik tersebut tunduk.

Kini, jika anda berada dalam bas tersebut... saya yakin anda tidak akan marah terhadap anak-anak kecil tersebut. Betul tak? Jika sebelum ini anda stress dengan kelakuan anak-anak kecil tersebut, kini anda tidak marah lagi. Kenapa? Bukan kerana ibu anak-anak kecil tersebut mati... tetapi kerana ANDA BERFIKIRAN POSITIF! Jika anda berfikiran positif, pasti semua masalah yang datang akan dapat
diselesaikan dengan cara yang terbaik.

Selepas ini, beranggapan baiklah sesama manusia

Menghargai ruang dan peluang

INGATAN kita sudah tentu masih segar terhadap bencana alam yang pertama kali melanda negara ini, iaitu ombak besar Tsunami. Ombak besar Tsunami telah mengakibatkan kehilangan lebih 150,000 nyawa di beberapa negara Asia apabila ombak itu melanda pantai kawasan pesisir pantai di beberapa negara Asia pada 26 Disember, 2004. Kemusnahan, keperitan hidup, kematian dilaporkan berlaku di serata tempat sehingga sukar diungkap dengan kata-kata.

Kepada remaja-remaja yang terlibat dalam bencana ini, mungkin belum terlalu terlewat untuk penulis merakamkan ucapan takziah dan merafakkan simpati yang tidak terhingga. Penulis amat terharu dan sebak apabila melihat golongan remaja yang masih di bangku sekolah, dilanda kesedihan dek kehilangan bukan sahaja ahli keluarga, malah persiapan sekolah seperti buku-buku teks, pakaian, dan sebagainya yang baru sahaja dibeli, namun sudah musnah akibat bencana alam yang dahsyat itu.
Bagi remaja lain yang tidak terlibat dalam bencana, jadikan bencana yang melanda sebagai iktibar yang tidak terhingga nilainya. Iktibar yang penulis maksudkan ialah iktibar dan pengajaran dari segi ruang dan peluang.

Ruang, bermaksud kawasan lapang. Misalnya ruang tamu merujuk kepada kawasan lapang di rumah kita untuk dijadikan kawasan tetamu bersembang dengan kita. Peluang pula ialah kesempatan. Misalnya, kesempatan untuk hidup, kesempatan untuk mencari rezeki dan berusaha.

Dalam hal kehidupan, ruang dan peluang bererti nikmat kelapangan dan kesempatan yang dianugerahi oleh Allah kepada kita untuk menjalani kehidupan. Antara nikmat kelapangan dan kesempatan itu termasuklah:

- Nikmat hidup
- Nikmat sihat
- Nikmat mempunyai keluarga
- Nikmat mempunyai kekayaan
- Nikmat mempunyai kelapangan masa
- Nikmat menjadi muda remaja.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda yang bermaksud, rebutlah lima sebelum
lima iaitu hidup sebelum mati, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit dan muda sebelum tua. Ingatan baginda itu disebabkan manusia selalu alpa dengan kesenangan dan kemewahan.

Berapa ramaikah antara anda yang benar-benar bersyukur dengan nikmat yang diberi dan menggunakan nikmat diberi secara bermanfaat, sebelum nikmat itu direnggut sekelip mata?
Jika anda mengambil iktibar daripada bencana Tsunami, anda harus ingat bahawa nikmat ruang dan peluang kurniaan-Nya boleh pergi sekelip mata. Harus diingat bahawa mangsa-mangsa tsunami langsung tidak menduga bahawa bencana itu menimpa mereka sekelip mata. Ketika sedang asyik menikmati keindahan pantai, menangkap ikan-ikan di tepi pantai, mandi-manda di laut ataupun mungkin ada yang sedang asyik menonton TV, tiba-tiba sahaja ombak setinggi pokok kelapa menderu menghempas pantai dan memusnahkan segala nikmat yang diraih sebelum ini.

Oleh itu, ingatlah bahawa walau apa pun anda lakukan pada saat dan tika ini, nikmat yang anda rasai sekarang boleh ditarik pada bila-bila masa. Jadi, sementara nikmat itu masih anda rasai, sementara ruang dan peluang masih ada, gunakannya dengan sepenuh hati untuk meraih kejayaan dan mencari keredaan Allah s.w.t.

Amat malang jika remaja tidak menggunakan ruang dan peluang yang dianugerahi Allah dengan bijaksana dan penuh kesyukuran. Misalnya, diberi nikmat masa lapang, anda gunakan sepenuhnya untuk berhibur dan berlibur tanpa batasan. Diberi nikmat muda remaja, anda gunakan untuk bersantai puas-puas dengan alasan - muda hanya sekali. Diberi nikmat sihat, anda gunakan untuk berlumba haram, melakukan maksiat dan noda tanpa mengenal batas.

Jika ruang dan peluang sudah tiada, yang tinggal hanyalah tangisan. Misalnya, ada seorang remaja yang mengambil keputusan PMR dengan perasaan yang sebak, menangis teresak-esak kerana keputusannya amat mengecewakan. Tangisan anaknya itu disahut oleh bapanya; "engkau menangis air mata darah pun tidak berguna lagi."

Menangis selepas kehilangan ruang dan peluang tidak berguna lagi. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Dalam konteks remaja di atas, tangisannya amat bererti jika itu dilakukannya setahun sebelum PMR. Tangisannya dijadikannya tekad untuknya menerokai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Penulis juga pernah bertemu dengan seorang pelajar yang lumpuh selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta, selepas dia terbabit dalam perlumbaan haram. Dia menangis, dia menyesal dan dia kecewa dengan tindakannya. Namun apakan daya, kini hidupnya bergantung kepada belas ihsan orang lain dan bantuan ibu bapanya untuk memapahnya ke sana dan ke mari.

Alangkah baiknya jika pelajar ini menyesal sebelum dia terlibat dalam perlumbaan haram. Alangkah baiknya jika dia beringat sebelum terkena. Misalnya mungkin dia boleh menggunakan nikmat sihat yang diraihnya atau nikmat kemampuan memiliki dan menunggang kenderaan dengan belajar bersungguh-sungguh, meminjam buku di pusat sumber atau menghadiri kelas tuisyen.

Oleh itu, jika anda menatap berita-berita menyedihkan seperti bencana tsunami, renung-renungkan pula pada diri anda. Sejauh manakah aku mensyukuri nikmat Allah sebelum segalanya ditarik-balik?

Fokus minda pada perkara positif

KITA semua maklum, perbezaan di antara manusia dengan haiwan ialah, manusia ada akal dan boleh berfikir, manakala haiwan dikatakan tidak berakal walaupun mempunyai otak.

Berakal boleh dimaksudkan mempunyai minda. Oleh itu, seseorang individu mampu menilai dan membezakan antara yang baik dan buruk.

Mereka yang berakal sentiasa berazam memperbaiki diri, di mana hidup diisi dengan pedoman dan kesejahteraan.

Mereka yang tidak menggunakan akal dianugerah Allah untuk membina hidup sejati pula akan sentiasa dilanda pelbagai kesukaran dan permasalahan.

Sebab itu ada ayat dalam al-Quran menyebut, wujud golongan manusia yang menzalimi diri sendiri.

Ini menunjukkan mereka tidak menggunakan akal dan minda yang dianugerahkan untuk menuju jalan benar, sejahtera dan bahagia.

Menjadi kelaziman manusia apabila hendak sesuatu perkara, dia ingin perkara itu dalam keadaan terbaik.

Begitu juga dengan hidup di dunia, semua orang yang berminda sihat mahukan hidup serba senang dan selesa.

Kepada yang arif mengenai kebaikan kualiti hidup dihajati, mereka tidak juga lupa kebaikan yang sedang dan akan dinikmati di dunia. Kalau boleh, mereka ingin juga keadaan sama diperoleh di akhirat.

Oleh itu, selain memiliki minda positif dan disusuli amalan sewajarnya, mereka sentiasa memohon dan meminta restu serta keredaan Allah supaya segala amalan mereka diberkati dan dirahmati.

Individu yang menggunakan minda dan akal untuk menikmati kebahagiaan sentiasa berkata-kata kepada diri dengan penuh yakin bahawa mereka pasti berjaya, sentiasa mengiyakan bahawa pendirian mereka benar, rasional dan realistik.

Mereka boleh dikatakan dipengaruhi bisikan kalbu atau gerak hati untuk terus berjuang bagi mengecapi kecemerlangan.

Pemikiran positif seperti disebut di atas terbukti akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku yang terbaik. Oleh itu, segala impian dihajati pasti menjadi nyata jika diizinkan Yang Maha Berkuasa.

Fikiran kusut

Bagaimana pula mereka yang menghadapi pelbagai kesulitan hidup hari demi hari. Segala sesuatu dibuat tidak menjadi dan berhasil. Pemikiran bertambah kusut, emosi tidak tenang dan perilaku mencurigakan.

Mungkinkah mereka tidak menggunakan akal fikiran dan minda dengan betul?

Kajian dalam bidang perubatan psikologi menunjukkan jika seseorang bertekad bahawa dia akan berjaya, mampu mengatasi rintangan dihadapi serta boleh menyelesaikan permasalahan dialami, dia pasti berjaya berbuat demikian.

Dalam hal ini, perkara pokok adalah sejauh mana individu itu dapat meyakinkan mindanya bahawa dia boleh berjaya, sedalam mana dia mampu mengiyakan apa dilakukan adalah amalan murni dan bagaimana bisikan kalbu serta gerak hatinya memberi rangsangan untuk meneruskan cita-cita dan rancangannya.

Dalam konteks minda yang diperkatakan di sini, ia perkara abstrak dan subjektif.

Bagi memudahkan penjelasan mengenai fungsi dan daya minda seseorang, boleh diperkatakan minda dibahagi kepada dua aspek, iaitu sedar dan separuh sedar.

Minda sedar berkaitan dengan apa kita semua fikir, rasa dan lakukan setiap hari. Oleh itu kita sedar apa kita buat dan amalkan, kita tahu hasil susulan perbuatan itu dan kita bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dilakukan.

Fungsi minda sedar ini dipengaruhi keadaan sekeliling dan segala yang kita lihat, dengar dan rasa. Ia mempengaruhi minda sedar, sekali gus menentukan hala tuju kegiatan kita.

Manakala minda separuh sedar, seperti makna istilah digunakan, ia bermaksud secara tidak langsung, apa-apa yang difikirkan, perkara dihajati dan impian boleh mempengaruhi masa depan kita.

Oleh itu, nasihat yang sering dikemukakan ialah kita selalu diingat supaya memikir perkara positif, membina dan yang memberi faedah. Apabila berbuat demikian, kita merangsang minda separuh sedar kita untuk berusaha mencari jalan penyelesaian kepada cabaran dan dugaan dihadapi.

Dalam konteks mekanisme, fungsi minda separuh sedar dikatakan paling baik untuk merangsangnya adalah apabila kita berasa tenang dan selesa seperti ketika hendak mula tidur.

Dalam keadaan ini, minda tidak dihujani 1,001 macam stimulus (rangsangan). Oleh itu, minda lebih fokus dan mampu mencari jawapan kepada cabaran dan dugaan dihadapi.

Walau apa pun hajat dan harapan kita, perkara yang penting difahami adalah biar sesuatu kerja dan tugas yang dibuat dilaksanakan dengan sempurna kerana memang kita betul-betul berminat membuat kerja itu.

Ini diikuti perasaan untuk menjalankan tugas itu sebaik mungkin supaya kita menjadi mahir menjalankannya dan boleh berasa bangga serta berpuas hati dengan kejayaan kita.

Susulan itu, kita mampu membantu orang lain mengendalikan urusan dan kerja mereka kerana sikap membantu orang lain untuk turut berjaya bersama mencerminkan sifat peribadi mulia dan dihormati.

Justeru, untuk mengecapi kejayaan dan kesejahteraan, kita harus fokuskan minda kita terhadap perkara positif dan membina. Sekali gus, usaha seperti ini akan menyematkan pemikiran membina dalam minda kita.

Jika berlaku sebaliknya, di mana kita sentiasa memikir yang negatif dan risau dengan pelbagai dugaan dan cabaran, secara tidak langsung kita terbawa-bawa dengan pemikiran negatif itu dan akhirnya kita rugi.