06 Ogos 2008

Menghantar Email Dengan Lampiran Beberapa Fail Dalam Satu Folder

1. Mula-Mula buat satu folder baru, namakan folder tersebut, kemudian salin (copy) beberapa fail yang ingin dikirimkan ke dalam folder tersebut.

2. Klik kanan pada folder tersebut dan pilih Send To, selepas itu pilih pada Compressed (zipped) Folder

3. Secara automatik, fail tersebut telah dimasukkan dalam folder zip seperti gambar dibawah

 
Adalah dimaklumkan bahawa Fail lampiran doc, pdf,xls, zip, jpg dan yang lainya boleh dilampirkan melalui email atau sebagaimana disebut fail lampiran (attachment files). Beberapa jenis fail tertentu ada yang tidak boleh untuk dikirimkan seperti fail .exe atau aplikasi dan fail yang sudah terkena virus.

Berikut adalah cara bagaimana untuk  mengirimkan  fail lampiran (attachment files) melalui yahoomail, atau gmail.

1. Buka akaun email yahoo atau gmail anda dengan username dan passwordnya.
2. Klik compose message atau create message , isi email penerima, tajuk pesanan dan isi kandungan lalu klik attachment dan klik attach files seperti yang tertera pada gambar di bawah ini.


3.  Cari Fail Folder zip yang telah di compressed tadi. Klik 2x pada folder berkenaan atau  klik butang Open
4. Tunggu seketika sehingga keluar paparan seperti dibawah


5. Tunggu hingga proses upload fail selesai.
6. Selepas itu klik butang Send (lihat gambar diatas). Tunggu beberapa saat dan email beserta folder file lampiran telah terkirim.

Nota: Anda boleh mengirim beberapa folder fail atau fail dalam satu kali pengiriman email. Maksimum fail pengiriman (sehingga artikel ini ditulis) adalah 25 MB.