Gambar yang boleh dikecilkan ialah gambar yang bersaiz besar.
1. Buka Folder yang mengandungi beberapa keping gambar/foto
2. Klik kanan pada salah satu gambar tersebut - Pilih Open with - Pilih Microsoft Office Picture Manager
3. Sekiranya anda ingin mengecilkan saiz beberapa keping gambar, sila klik pada icon Thumbnail View dalam picture manager tersebut dan secara automatik gambar-gambar dalam folder yang anda pilih tadi akan tertera.
4. Pilih gambar-gambar yang ingin anda kecilkan saiznya - caranya ialah dengan menekan pada keyboard kekunci Ctr + butang kiri mouse. Tekan Ctr + dan klik pada gambar-gambar yang anda kehendaki.
5. Setelah di pilih (select) gambar-gambar tersebut, sila klik pada Resize pada paparan sebelah kanan skrin
6. Tandakan pada Percentage of original width x height
7. Kecilkan (reduce) kepada 20 - 40%
Sekiranya anda ingin memasukkan gambar tersebut dalam laman web, anda boleh gunakan juga size pada Predefined width x height. Pilih Web-Small (448 x 336px) atau mengikut saiz yang anda inginkan.
8. Klik butang OK
9. Savekan
10. Anda akan dapati gambar-gambar tersebut telah dikecilkan mengikut saiz sebagaimana yang dikehendaki.