09 Ogos 2008

Fungsi dan Kegunaan Notepad

Untuk membuka Notepad, sila ikuti langkah-langkah berikut:
  • Klik butang Start
  • All programs
  • Accessories
  • Notepad
Antara fungsi Notepad  ialah :

1.Notepad Sebagai digital diari
Bagi anda yang menggemari dan suka menulis, dapat menggunakan notepad sebagai buku catatan digital anda. Anda boleh menggunakan notepad sebagai diari digital dan secara automatik memasukkan tarikh dan maklumat waktu untuk setiap baris yang Anda taip di notepad. Sebagai contoh buka file notepad baru taipkan ".LOG" dibagian atas.
Kemudian taipkan beberapa baris seperti contoh diatas dan simpan. Buka fail tersebut dan anda akan melihat ttarikh dan waktu di setiap baris teks notepad. Atau anda dapat menambahkan waktu secara manual dengan menekan kekunci F5.

2. Notepad menyokong pelbagai jenis file
Boleh membuat dan membuka pelbagai jenis fail, sekaligus membuat editing kepada file tersebut, contohnya ekstension yang boleh terus di edit: .txt, .lrc, .bat, .vbs, .js, .css, .vbs, .html, .php, .cmd, .php, cpp, .java, .pl, dan bahasa pemprograman lain

3.Notepad sebagai HTML Stripper
Dengan notepad, Anda boleh mengambil catatan teks pada laman web. Anda cuma copy dan pastekan  dari halaman webnya ke dalam notepad dan boleh di simpan untuk digunakan pada masa lain.

4. Notepad adalah ringan dan bersaiz kecil
Notepad adalah ringan dan bersaiz kecil. Fail juga mudah untuk dibuka dimana saja yang ada pengolah kata. Ianya juga boleh berfungsi sebagai pengganti program jika program utama tiada. contohnya kalau tidak ada dreamweaver dan anda ingin mengedit file jenis php, anda boleh gunakan notepad.

5. Tidak mudah dijangkiti virus
Fail yang menggunakan Notepad.txt  jarang di jangkiti virus dan tidak berisiko terkena virus.

6.Notepad sebagai penjimat biaya Mencetak
Ketika anda menggunakan laman web dan ingin mencetaknya, tetapi kandungan yang ada dalam web sudah bercampur dengan gambar dan warna yang beraneka ragam. Jika Anda copy paste ke Notepad, maka Anda hanya mendapatkan komponen teksnya saja tanpa warna dan gambar. Sehingga dapat menjimatkan kertas, dakwat dan juga wang Anda.

7.Notepad sebagai HTML Creator
Dengan Notepad Anda dapat membuat koding/script suatu halaman website yang berformat HTML.  Walau bagaimanapun Anda haruslah  mempelajari dulu tentang HTML atau script itu sendiri.

8.Notepad sebagai pembuat pelbagai script  baik dan script jahat
Program apapun dapat digunakan sebagai tujuan  yang baik dan yang jahat, begitu  juga dengan notepad. Ketika Anda sudah menguasai  script atau HTML, maka sekarang terpulang kepada Anda. Akan membuat program yang baik atau yang jahat?

9.Notepad sebagai Teks Replacer
Notepad sebagaimana pada MS Word, boleh juga berfungsi  sebagai find & replace. Anda boleh menggantikan  tulisan yang anda buat. Dengan menekan "Ctrl + H" dan memasukan perkataan  yang diganti.

Nota: Anda boleh gunakan notepad sebagai asas untuk menghasilkan sebuah laman web. Cuba salin kod dibawah dan copykan ke dalam Notepad. Savekan sebagai Latihan1.html. Tukarkan .txt kepada .html
Selepas save buka semula fail Latihan1.html tadi. 
 
<html>
<head>
<title>KELAB KESBA</title>
</head>
<body>
<font color="#9966FF" size="5">
Menggunakan fungsi tag PRE
</font>
<p>
<pre>
Kelab Kesba 1
     Kelab Kesba 2
          Kelab Kesba 3
               Kelab Kesba 4
</pre>
</p>
</body>
</html>