12 Ogos 2008

Menggunakan Fungsi Print Screen

Menyalin gambar atau paparan yang ada di screen komputer adalah dikenali dengan PrintScreen.
Contohnya jika pada masa sekarang anda sedang membaca tutorial ini. Secara automatik kita dapat mengabadikannya dalam bentuk gambar jpg/bitmap dengan menekan butang PrintScreen. (sila lihat gambar diatas). Pendek kata Print screen adalah satu kaedah untuk mengambil gambar di desktop atau fail dokumen dengan cara yang paling mudah. Dibawah ini adalah cara untuk menggunakan printscreen

1. Anda cuma tekan  button 'Prt Scr' pada keyboard anda itu. Lihat gambar diatas.  Biasanya dia akan berada di atas sebaris dengan button F1, F2...... (Prt=print Scr= screen).

2. Selepas tekan Print Screen anda buka paint atau pun powerpoint ataupun MS Word. Macam saya suka guna powerpoint. Selepas itu right click dan paste. Nanti apa yang terpapar kat screen lappy or pc anda akan wujud di situ. Magic tak??? hahaha.. Selepas itu sekiranya anda nak crop ke nak edit ke buat la ikut suka hati anda.

3. Kemudian save as picture gambar tadi. Kalau anda guna paint dia memang dah save dalam format gambar tapi kalau anda guna powerpoint anda kena tukar dulu dekat save as type sebagai format jpeg atau png sebelum anda save.

4. Hasilnya sila lihat contoh gambar dibawah yang telah dibuat print screen.


Nota: Gambar diatas saya PrintScreen dengan menggunakan MS Word. Untuk crop kena klik pada imej gambar tersebut dan terpapar menu Format di bahagian Menu bar. Klik pada Menu Format tersebut dan klik ikon crop. Untuk mengecilkan gambar, klik pada penjuru gambar tersebut dan seret mengikut saiz yang dikehendaki.

Anda juga boleh menggunakan perisian yang lain dengan lebih mudah,cepat dan interaktif dengan melawat laman web PrintScreen Me  disini.