17 Ogos 2008

Cara Memasukkan Font Theme Dalam MS Office

1. Klik pada Laman web http://www.dafont.com/


 
2. Klik pada menu script dalam laman web berkenaan dan pilih handwritten

3. Cari Font yang anda inginkan, contohnya saya memilih font 'The Only Exeption' (lihat gambar diatas)

4. Klik pada butang Download untuk muat turun


5. Selepas itu cari semula fail font 'The Only Exeption' yang telah anda download tadi dalam PC anda. Ianya berada dalam fail winzip. (lihat gambar diatas)


6. Klik pada fail 'TheOnlyException.ttf'  dan seret keluar ke desktop anda (lihat gambar diatas)

7. Selepas itu Klik pada ikon 'Computer' (lihat gambar diatas)


8. Klik pada Local Disk (C:)


9. Klik pada folder Windows (lihat gambar diatas)

 
10. Klik pada folder 'Fonts' (lihat gambar diatas)


11. Masukkan Fail 'TheOnlyException.ttf' tadi dalam Folder Fonts seperti diatas.
12. Untuk mengujinya, sila buka fail dalam MS Word > Klik pada Theme Fonts > Pilih Font 'The Only Exeption' seperti gambar dibawah.

Anda bolehlah mula menaip dengan menggunakan font yang baru dimasukkan. Selamat berjaya.
(Nota: Font yang anda masukkan ini hanyalah  berfungsi dalam PC anda sahaja, dan jika anda hendakkan ianya boleh dibaca pada PC yang lain. Sila lakukan perkara yang sama (seperti panduan diatas) pada komputer tersebut.