26 Ogos 2008

Memasukkan Angka Kosong Di Awal Angka Pada MS Excel

Dalam proses memasukkan data yang berupa angka ke dalam sebuah table, contohnya 5 digit seperti 00001, 00235, 23451, dan sebagainya. Dengan jumlah digit tertentu seperti itu, maka jika angka yang dimasukkan jumlah digitnya lebih sedikit, maka harus ditambahkan angka 0 (nol) didepan angka-angka yang lain agar jumlah digit angka tersebut sama.
Pada Ms Excel secara default angka 0 didepan sebuah angka tidak dipaparkan  secara automatik. Walaupun anda menaip dengan awalan angka 0 didepan seperti 00234, maka setelah ditekan kekunci enter maka yang tertera  atau yang tercantum adalah 234. Angka 0 tidak ikut tertera. Agar angka 0  ikut tertera diawal angka pada Ms Excel, Bolehlah dicuba langkah-langkah dibawah ini sebagai panduan :
  1. Blok atau pilih sel yang akan disusun penulisan angka dengan awalan (0).
  2. Tekan serentak kekunci Ctrl + 1 untuk membuka format cell Number atau klik pada tanda panah pada ribbon Home, group menu Number.
 3.  Terpapar tetingkap format cells tab Number, pada category pilih custom.


5.  Pada ruangan Type masukkan angka 0 (nul) sebanyak digit angka yang dikehendaki. Jika 5 (lima) digit, maka taipkan angka 0 sebanyak lima kali, dan seterusnya. kemudian klik OK.

6. Mulakan untuk menguji atau mencuba, sila masukkan angka 23 pada sel yang telah disusun tersebut. Maka angka 0 akan secara automatik tertera didepan angka 23, sehingga menjadi 00023.