01 Oktober 2008

Cara Menggunakan Fungsi 'Drop Down' - MS Excel

Menu drop down ialah menu yang membolehkan pengguna memilih jawapan yang telah ditetapkan dan menjadikan worksheet kita lebih mesra pengguna dan interaktif. Contoh menu dropdown adalah seperti dibawah.



Terdapat pelbagai cara untuk membuat menu dropdown didalam microsoft excel 2003.

Didalam jadual yang ditunjukkan dibawah, buat satu header column baru untuk jantina kenalan kita. Dan klik cell C2

Setelah selesai, pergi ke

-->Data>validation


-->Setting>Validation criteria>allow>list


-->Source>(isi pilihan jawapan yang dikehendaki. Asingkan setiap jawapan dengan koma(,)) seperti contoh dibawah


-->Ok


Klik bucu bawah cell bahagian kanan sehingga keluar tanda "+" dan drag hingga ke hujung jadual untuk menyalin format.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan