Memaparkan catatan dengan label Bengkel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel. Papar semua catatan

22 Februari 2012

Staf / Pensyarah KMNS didedahkan gaya baru penerbitan buletin



Sebahagian pensyarah serius menggunting bahan daripada akhbar untuk membuat reka bentuk majalah secara manual dalam Bengkel Penerbitan Buletin KMNS di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, baru-baru ini.



KUALA PILAH 21 Feb. - Keinginan untuk menjayakan buletin yang bakal diterbitkan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di sini mendorong lebih 30 pensyarah dan kakitangannya menyertai bengkel sehari baru-baru ini.
Bengkel berkenaan yang bertujuan meningkatkan kualiti penerbitan selain keceriaan pada reka bentuk dan pengisian bahan dikendalikan oleh wartawan TV3, Faizal Abas dan Ketua Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan, Ainol Amriz Ismail di kampus tersebut.
Menurut Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas KMNS, Hasanuddin Yahaya, bengkel sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk melihat daya pemikiran dan garapan baru dari kacamata wartawan serta editor.
"Kita mahukan pembaharuan dalam penerbitan Buletin KMNS supaya ia lebih matang dan mampu menjadi tarikan kepada pembaca," katanya di sini baru-baru ini.
Bengkel penerbitan Buletin KMNS diadakan buat pertama kali oleh pihak kolej sebagai usaha mendapatkan maklumat betul daripada mereka yang terlibat dalam industri penerbitan.
"Mereka yang menyertai program ini dibimbing untuk mendapatkan bahan berita, letak gambar terbaik selain diajar membuat reka bentuk secara manual," katanya.
Jelas Hasanuddin, kerjasama yang baik antara 'orang media' dengan KMNS akan diteruskan pada masa hadapan khususnya dalam penerbitan buletin ini.
Dalam pada itu, editor buletin, Pamelyn Tan-Corsi berkata, bengkel itu telah menjana idea baru dalam menghasilkan buletin dengan konsep santai, kontemporari serta mudah dibaca berbanding tulisan yang panjang, gambar yang kecil serta ruang yang terlalu sendat.
"Saya mengharapkan kerjasama ini diteruskan kerana ia memberi inspirasi serta pengalaman baru kepada pensyarah di sini terutama dalam menghasilkan buletin yang lebih bertenaga," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 22/02/2012










28 Oktober 2011

Bengkel Fotografi Staf & Pensyarah

Bengkel Fotografi Berkesan anjuran Unit Arkib & Dokumentasi KMNS telah diadakan pada 4-5 Julai 2011 bertempat di Bilik Bangkuet KMNS. Bengkel ini telah ditakwinkan dalam takwin kolej 2011. Dirancang sebagai salah satu aktiviti Unit Arkib dan Dokumentasi KMNS.Iinisiatif menganjurkan bengkel ini bagi menambahbaik kemahiran dan teknik fotografi khusus kepada AJK Unit Arkib & Dokumentasi dan wakil-wakil pensyarah dan staf.



























Laporan Bengkel Fotografi
Sila klik pada imej diatas untuk buka

19 Oktober 2011

Bengkel Aset Alih Kerajaan

Bengkel Aset Alih Kerajaan antara kolej-kolej KPM telah diadakan di KMNS pada Oktober 2011. KMNS adalah selaku tuan rumah bagi bengkel tersebut.