Memaparkan catatan dengan label Pengisian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengisian. Papar semua catatan

30 Oktober 2009

Didikan rohani bermula dari rumah

Kebelakangan ini kita sering didedahkan menerusi media massa khususnya akhbar-akhbar mengenai fenomena negatif yang berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini, seperti rasuah, penagihan dadah yang terus berlaku dan sukar dibendung. Kesemuanya amat memalukan masyarakat Islam dan sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej Islam.

Kemudian, gejala yang boleh kita sifatkan paling buruk dan menyedihkan, ialah berlakunya kes rogol dan sumbang mahram. Kita merasakan ia suatu bala besar yang mungkin boleh menggelapkan masa depan mereka yang menjadi mangsa. Betapa sedih dan pilu serta terhirisnya hati kita kalau ia berlaku kepada anak dan anggota keluarga kita.

Di mana hendak disembunyikan wajah kita dan wajah anak-anak yang terlibat daripada jiran tetangga dan kaum kerabat yang mengetahui berlakunya kejadian buruk itu. Kalau mereka masih menjadi pelajar, mungkin peristiwa buruk dan malang itu akan menjejaskan prestasi pengajian mereka dan seterusnya akan menggelapkan masa depan mereka.

Anggaplah fenomena buruk yang berlaku itu sebagai satu penyakit. Dan, seseorang doktor yang hendak merawat sesuatu penyakit, terlebih dulu perlu tahu sebab-sebab atau punca berlakunya penyakit tersebut, selepas itu baru diberi ubat untuk menyembuhkannya.

Walau bagaimanapun, langkah terbaik dan bijak ialah kita harus berwaspada mengawal diri daripada terkena penyakit. Islam agama ciptaan Ilahi ialah sebaik-baik pedoman untuk manusia yang menjalani liku-liku hidup di alam maya yang penuh cabaran dan dugaan ini.

Insan sebenarnya adalah makhluk yang unik. Dalam dirinya wujud dua kekuatan yang sentiasa bertarung antara satu sama lain. Unsur pertama ialah nafsu dalam bentuk sifat semula jadinya mengajak dan mendorong ke arah keburukan dan kejahatan. Dalam pada itu Allah juga membekalkan kepada manusia akal dan gharizah diniah (naluri keagamaan) - akal berperanan membezakan antara buruk dan baik, sementara naluri keagamaan mendorong manusia agar memilih yang bersih, murni, indah dan baik.

Selagi hayat dikandung badan, kita sebenarnya masih belum terkeluar daripada lingkungan kemanusiaan yang terdedah kepada dua unsur yang tersebut di atas. Justeru setiap insan tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, demikian jua apa-apa kedudukan dan kerjaya yang diceburinya, maka perlu menjalani 'Pendidikan Rabbani' sepanjang hayat terutama solat fardhu yang lima.

Menerusi solat ini kita diberi suntikan rohani yang berterusan dari satu waktu ke satu agar kita mengingat dan membesarkan Allah. Hasil solat khusyuk dan dengan memelihara waktu-waktunya, maka insya-Allah akan tertanam di sanubari kita dan anggota keluarga kita 'jiwa takwa' yang sentiasa subur dan segar.

Ketakwaan itu bagai pagar yang memelihara diri daripada terlibat kepada perbuatan keji dan mungkar. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dengan sabdanya bermaksud: "Tidak akan berzina orang yang berhasrat melakukan zina, ketika hendak melakukannya dia masih beriman kepada Allah (yakni hatinya merasa dilihat dan disaksikan oleh Allah)." "Tidak akan mencuri orang yang merancang untuk mencuri, tetapi ketika dia hendak mencuri, dia masih beriman."

Pendidikan solat dalam sesebuah keluarga harus dimulakan sejak anak itu masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: "Suruhlah anak-anak kamu ketika mereka berusia tujuh tahun, dan sewaktu berumur sepuluh tahun jika mereka tidak mendirikan solat hendaklah dipukul (pukul sebagai mendidik bukan mendera)."

Pendidikan Rabbani juga mengkehendaki anak yang berusia sepuluh tahun dipisahkan tempat tidurnya, dipisahkan anak lelaki dengan perempuan, bahkan anak lelaki dipisahkan daripada ibunya dan anak perempuan daripada bapanya.

Islam memberi penekanan agar dijauhi bunga-bunga atau bibit-bibit yang boleh membawa kepada perzinaan. Firman Allah s.w.t. maksudnya: "Dan janganlah menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." (Surah al-Isra': 32).

Bibit-bibit yang boleh mengakibatkan perbuatan zina itu ialah seperti pergaulan bebas tanpa sekatan (termasuk anak lelaki dengan anak perempuan tidur satu katil, demikian juga bapa tidur bersama anak perempuan dan anak lelaki pula tidur bersama ibunya, sedang si anak telah sepuluh tahun atau lebih), pendedahan aurat, bergayut di telefon berjam-jam (perbualan antara remaja putera dan puteri bukan mahram hingga membawa kepada senda gurau dan membangkitkan nafsu syahwat), berjalan atau duduk berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan mahram terutama di tempat sunyi dan lain-lain lagi.

Demikian keprihatinan Islam menggariskan etika pendidikan diri dan keluarga agar sentiasa dalam keadaan terpimpin, terhindar daripada apa-apa jua perbuatan keji dan mungkar. Tetapi sayangnya, umat Islam telah mengabaikan bentuk pendidikan yang mulia dan luhur ini, sebaliknya lebih terpengaruh dengan cara hidup barat yang bebas daripada ikatan disiplin agama dan budaya yang bermoral. Akibatnya berlakulah gejala yang tidak diingini dalam masyarakat.

Oleh itu mari kita kembali kepada agama. Hidupkanlah jiwa dan norma keagamaan (Islam) pada diri dan keluarga kita. Sabda Nabi s.a.w. maksudnya: "Aslim taslam". Maksudnya: "Patuhilah ajaran Islam, tentu anda akan selamat."

Bertafakur dalam berhibur

Ada kalanya kita terlalu dimomokkan dengan pandangan satu sisi mengenai sesuatu benda atau Oleh isu, sehingga kita lupa melihat benda atau isu itu secara menyeluruh. Misalnya, apabila memperkatakan tentang tumbuh-tumbuhan seperti lalang atau rumput di tepi jalan yang tumbuh meliar, kita hanya memandangnya sebagai tumbuh-tumbuhan yang sekadar 'menyemakkan' pandangan mata. Begitu juga dengan haiwan. Tikus dilihat sebagai perosak yang menjijikkan. Dari segi isu, hiburan umpamanya sejak akhir-akhir ini sering kali dimomokkan sebagai bahan negatif yang melalaikan, merosakkan, dan menjahanamkan remaja.

Namun adilkah jika kita sekadar membuat rumusan tentang sesuatu perkara hanya dari satu sisi lantas melupakan sisi yang lain? Pernahkah anda mendengar cerita orang buta dengan gajah. Apabila beberapa orang buta diminta memegang dan meraba gajah lalu menceritakan tentang bentuk binatang yang mereka lihat, wujudlah beberapa versi. Ada yang mengatakan, gajah itu panjang dan boleh melilit orang seperti ular. Hal ini demikian kerana dia memegang belalai. Ada yang mengatakan gajah itu seperti telinga yang besar kerana dia memegang telinga gajah. Ada yang mengatakan gajah itu seperti tempayan besar kerana dia meraba perut gajah. Sedangkan rupa gajah itu amat berlainan daripada yang digambarkan.

Demikian juga dengan analogi-analogi yang saya gambarkan tadi. Lalang umpamanya, menurut kajian di Jepun boleh mengubati penyakit lelah dan dijadikan bantal. Tikus berperanan dalam kawalan biologi dalam bidang pertanian. Jelasnya, Allah tidak menjadikan sesuatu benda atau perkara itu hanya dari satu sisi. Allah menjadikan setiap kejadian ada dua sifat asas; baik dan buruk.

Hiburan juga sedemikian. Hiburan boleh menjadikan manusia lalai, leka, alpa, dan berangan-angan kosong hingga melupai alam ukhrawi. Namun, hiburan juga boleh dimanfaatkan secara positif. Hiburan boleh menjadi penawar stres umpamanya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti California, ketawa dua saat boleh membantu meningkatkan degupan jantung dan ini boleh membantu melegakan kita daripada serangan sakit jantung. Ketawa bukan boleh dibuat suka-suka. Hanya setelah berhibur, biasanya kita akan ketawa. Ahli-ahli perubatan Islam pada zaman silam juga ada yang menggunakan muzik sebagai salah satu terapi. Dalam bidang perubatan psikologi moden, kita biasa mendengar terapi muzik, terapi drama, dan terapi tarian yang menerapkan unsur-unsur hiburan bagi merawat pesakit mental dan trauma.

Soalnya, bagaimana cara kita melihat dan memanfaatkan hiburan itu sendiri? Sewaktu saya menonton televisyen dan mendengar radio atau cakera padat, saya terfikir. seandainya remaja bijak berfikir, mereka boleh bertafakur sambil berhibur. Bertafakur dalam hal ini ialah berfikir, mencerakin, dan menjadikan inti pati hiburan itu untuk pengajaran. Dalam pada itu, pandai-pandailah memilih bidang hiburan. Jika anda tersalah pilih, misalnya, memilih aliran muzik black metal, dikhuatiri anda terjebak dalam kesesatan akidah ekoran lirik-liriknya yang lebih mirip kepada pemujaan syaitan dan mengetepikan agama. Begitu juga jika anda ke disko atau berkaraoke di kelab malam, risikonya, anda akan terdedah kepada gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan seks bebas.

Sesuatu yang penting, jangan asyik berhibur tanpa memikirkan intipati pengajaran di sebalik dunia hiburan itu sendiri. Drama, filem, dan teater umpamanya, sarat dengan pengajaran dan nilai-nilai murni, jika anda bijak memilih. Lagu-lagu juga banyak yang mengandungi lirik-lirik yang baik seperti mengajar kita mengagungkan Tuhan, merawat kesedihan, dan mengajar erti kehidupan.

Dari segi drama, misalnya, saya tertarik dengan beberapa drama televisyen yang sarat dengan pengajaran seperti drama Cinta Tsunami, Biarku Sentuh Cintamu, Natasha, Mya Zara, Meniti Bara, Gerak Khas, dan Mahligai Gading. Cinta Tsunami umpamanya, memaparkan nilai-nilai kejujuran, keikhlasan, dan ketabahan hati dalam menghadapi dugaan hidup yang amat hebat. Jangan sekadar asyik maksyuk dengan ketampanan hero dalam drama tersebut atau keanggunan heroinnya atau kisah cinta mereka, tetapi pelajarilah nilai-nilai yang diterapkan.
Dalam siri drama Biarku Sentuh Cintamu pula, saya amat tertarik dengan dendangan lagu Felix yang menjadi naib juara Akademi Fantasia 3, iaitu Warkah Berlagu Pilu. Antara bait-bait liriknya yang harus menjadi renungan ialah seperti berikut:
....lupakanlah kenangan lalu yang bisa membuat kau bersedih...
Dari segi psikologi, bait-bait lirik itu jika dihayati seharusnya mampu menenangkan jiwa seseorang yang bersedih. Ada baiknya kita melupakan sahaja kenangan-kenangan yang menyedihkan perasaan, kerana jika dikenang, ini akan merobek jiwa.

Demikian juga dengan lagu Biar Bulan Bicara, yang melatari siri drama Cinta Tsunami. Hayatilah bait lirik lagunya yang sarat dengan pengajaran:
Biarlah bulan bicara sendiri Biarlah bintang kan menjadi saksi Tak kan kuulangi walau sampai akhir nanti Cukup derita sampai di sini o

Bait lirik lagu di atas memberi pengajaran besar kepada kita agar jangan mengulangi kesilapan bodoh yang menyebabkan kita sengsara dan derita. Hanya orang yang bermasalah mental mengulangi kesilapan lalu dan enggan belajar daripada kesilapan.

Dalam dunia sebenar, kita semua sudah tentu mengenali insan-insan seperti Jackie Chan, Misbun Sidek, dan Profesor Datok Dr Ismail Salleh, yang berjaya dalam bidang masing-masing. Namun, tahukah anda mereka merentasi kehidupan yang pahit sebelum dinobatkan sebagai insan cemerlang? Misalnya Jackie Chan, dipaksa belajar di akademi seni di China yang mendidik pelajar secara kekerasan dan ganas, sebelum akhirnya menjadi pelakon handalan. Misbun Sidek pula dilatih secara tegas dan penuh dengan disiplin oleh Allahyarham bapanya. Profesor Datok Dr Ismail Salleh yang cacat penglihatan tetapi merupakan pakar ekonomi dan menjadi Presiden Persatuan Kolej Swasta, 'dipaksa' belajar di sebuah sekolah yang khusus untuk orang sepertinya sewaktu berusia 13 tahun. Jarak sekolah itu pula beratus-ratus batu di selatan tanah air sedangkan beliau berasal dari Kelantan.

Demikianlah saratnya dunia hiburan dengan pengajaran, ilmu, dan nilai untuk dipelajari jika kita bertafakur dalam berhibur. Bukannya asyik maksyuk dengan dunia hiburan hingga terlupa pelajaran dan nilai-nilai agama yang diajar oleh ibu bapa.

Menganjak paradigma diri

SATU matlamat, satu sasaran dan satu fokus. Hanya ada satu cara untuk kita mencapai matlamat.

MINDA mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Minda yang bersih akan memancarkan individu yang hebat, berani menghadapi cabaran, reda dengan takdir dan melihat setiap peristiwa dengan kebaikan dan kesyukuran.

Menganjak paradigma bermaksud mengubah kerangka pemikiran sedia ada ke arah pembentukan kerangka pemikiran yang baru dan dapat membawa kejayaan serta kecemerlangan dalam hidup seharian. Kata pepatah lama, 'sekiranya anda mahu berkuasa, berlagaklah seolah-olah anda sedang berkuasa'.

Rasululah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sungguh menakjubkan segala perkara bagi orang yang beriman. Dan semua itu baik baginya dan hal itu tidak dimiliki oleh lain, selain orang yang beriman iaitu jika dia mendapat kebaikan atau kesenangan, dia akan bersyukur dan yang demikian itu baik baginya, dan jika dia terkena hal yang tidak menyenangkan, dia akan bersabar dan hal yang demikian itu baik baginya." - Hadis riwayat Muslim.

Mengambil kisah, Victor Seribriakott adalah seorang pelajar yang sama seperti rakan-rakannya yang lain. Ketika berumur 15 tahun, gurunya merendah-rendahkan keupayaannya dan mencadangkannya berhenti sekolah kerana bodoh.

Gurunya turut mencadangkan supaya Victor mencari kerja biasa. Victor mengiyakan kata-kata gurunya. Semasa berumur 32 tahun, Victor tergerak untuk mengambil ujian kepintaran dan keputusannya? Beliau mendapat 161 markah yang mengukur kecerdasan intelektual (IQ), lebih tinggi daripada rakan-rakannya yang lain.

Sejak itu, beliau bertukar daripada individu yang dikelilingi 'kebebalan diri' kepada 'aku cemerlang' sebagai tanda azamnya terhadap perubahan diri. Beliau menjadi penulis dan akhirnya dilantik sebagai Presiden Mensa International Society.

Tetapkan matlamat. Inilah kunci kepada kejayaan kita. Hampir kesemua individu yang berjaya dan mencetuskan perubahan adalah mereka yang menjadikan matlamat sebagai sebahagian daripada hidup. Jika kita mahukan kehidupan yang berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan tindakan yang sama.

Pastikan matlamat kita khusus dan jelas supaya ia memberi tenaga kepada setiap usaha fizikal dan mental. Tenaganya samalah seperti yang terdapat pada anak panah murid pendeta yang meluru tepat ke arah mata burung.

Satu matlamat. Satu sasaran. Satu fokus. Hanya ada satu cara untuk kita mencapai matlamat. Hanya ada satu formula yang kita boleh percaya. Hanya ada satu petua untuk membuat perubahan positif dalam hidup kita. Satu cara itu ialah usaha. Kita memerlukan keupayaan dan keberanian untuk melaksanakan impian dan memperuntukkan masa yang cukup ke atas usaha berkenaan.

Kurang daripada satu peratus kejayaan bergantung kepada nasib. Selebihnya, 99 peratus adalah usaha dan doa anda. Jika kita bersedia untuk bekerja kuat, gigih dan berdisiplin, ruang untuk kita gagal amatlah tipis. Sambil kita menulis dan melihat catatan impian masa depan, sering bermain di fikiran kita apa yang akan berlaku jika kita gagal.

Mesti bijak tangani kekusutan emosi

 
KEHILANGAN atau kematian seorang ahli keluarga yang tersayang lazimnya menyebabkan seisi keluarga sedih dan pilu. Jika suami meninggal dunia, selalunya isteri akan bersedih, jika ayah meninggal, anaknya pula akan mengalami perubahan emosi sama.

Perubahan emosi seperti ini dikatakan normal kerana setiap ahli keluarga mempunyai perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Dalam keadaan sedemikian, orang terbabit kerap terkenang-kenang dengan orang yang meninggal.

Malah, untuk sementara waktu, dia juga akan mengalami gangguan tidur dan selera makan. Individu berkenaan juga tidak suka bermesra dengan orang lain, lebih gemar bersendirian dan kurang minat bergaul seperti sebelum kejadian.

Perubahan emosi seperti ini selalunya akan beransur-ansur menjadi normal dalam jangkamasa dua bulan hingga enam bulan.

Untuk mempercepatkan proses pemulihan, individu terbabit digalakkan bercakap dan berbual mengenai orang yang meninggal supaya apa-apa perasaan yang disimpan di hati dapat diluahkan dengan sempurna.

Pendekatan seperti ini memberi peluang kepada mereka mencurahkan perasaan dan lama kelamaan mereka dapat menerima hakikat yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali lagi. Kepada orang Islam, kita reda dengan apa yang terjadi dan berserah kepada Tuhan yang maha kuasa untuk mencucuri rahmat ke atas roh orang yang kembali ke alam barzakh.

Biasanya, selepas kesedihan ini reda, mereka boleh secara beransur-ansur berfungsi seperti sediakala dan mampu menjalankan tanggung jawab masing-masing.

Namun, ada juga individu menunjukkan reaksi emosi yang jauh berbeza. Contohnya perasaan sedih dan pilu menjadi amat sangat hingga boleh menjejaskan tugas dan tanggung jawab mereka.

Mereka tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan memerlukan bantuan dan rawatan. Kekusutan emosi yang dialami boleh mengganggu tidur dan selera makan, hingga badan menjadi susut. Mereka tidak bermaya, perasaan bersalah menyelubungi jiwa dan berasa mereka tidak lagi berguna.

Ada kalanya kekusutan emosi yang mereka alami berpanjangan hingga melebihi enam bulan. Apabila perubahan emosi ini berpanjangan, ia dikatakan terkeluar daripada paras normal, oleh itu golongan ini memerlukan bantuan dan rawatan.

Ada dua keadaan perubahan emosi susulan daripada berlakunya kematian dalam keluarga. Pertama ialah perubahan emosi yang memang diduga akan berlaku, ia tidak begitu teruk dan orang yang terbabit masih mampu mengawal diri sendiri.

Mereka tidak perlu ubat-ubatan, mereka hanya perlu sokongan sosial dan moral. Lazimnya, mereka akan pulih kembali dan boleh menjalankan tanggung jawab dengan sempurna.

Keadaan kedua membabitkan individu yang menunjukkan kekusutan emosi yang keterlaluan hingga mereka tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Mereka memerlukan bantuan dan rawatan sewajarnya supaya gangguan emosi yang dialami dapat diatasi secepat dan sebaik mungkin.

Faktor yang membezakan antara reaksi emosi yang normal daripada reaksi emosi tidak normal, dalam keadaan seperti ini ialah pertama: aspek kualiti kekusutan emosi, dan kedua: selama mana gangguan berkenaan berlaku.

Sebagai contoh, dihuraikan dua kes di mana kekusutan emosi terjadi akibat kematian ahli keluarga.

Pertama seorang isteri berumur 40 tahun mengalami gangguan kemurungan yang amat serius selepas suaminya berumur 45 tahun meninggal dunia akibat serangan strok.

Kematian suami terjadi secara mengejut dan tidak disangka-sangka, oleh itu isteri ini mendapati sukar untuk menerima hakikat mengenai apa yang berlaku. Lama kelamaan disebabkan gangguan pada emosi dan pemikirannya, dia menjadi agresif dan perlu rawatan sebagai pesakit.

Selepas diberi ubat-ubatan antidepresan yang bersesuaian, akhirnya dia mampu kembali kepada keluarganya yang tersayang untuk mendidik anaknya.

Soalannya, kenapa balu ini menunjukkan reaksi emosi yang keterlaluan? Tidakkah boleh beliau menerima hakikat sebenar?

Jawapannya ialah emosi seseorang insan sangat kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor. Ini termasuk perwatakan seseorang, jaringan rakan yang ada, sokongan moral daripada sanak saudara, hubungan antara balu dengan arwah suaminya, situasi yang menyebabkan kematian, kehilangan sumber pendapatan dan sejarah kesihatan mental balu (jika ada).

Justeru, dalam proses memberi bantuan kepada balu ini, perkara berkenaan perlu diambil kira bagi menentukan pendekatan terbaik untuk mempercepatkan status mentalnya menjadi stabil semula.

Keduanya adalah seorang remaja yang kehilangan ayahnya. Remaja berkenaan mendapati sukar untuk menjalankan tugas harian tanpa ayahnya. Oleh itu, dia mudah mengalami tekanan jiwa. Dalam keadaan demikian, adakala dia hilang kewarasan dan membuat sesuatu di luar dugaan.

Dalam keadaan seperti ini, ia agak serius dan perlu kepada rawatan intensif. Apabila dia pulih daripada permasalahan dialaminya, dia boleh terus bekerja seperti biasa.

Kes ini menunjukkan hubungan rapat remaja dengan arwah ayahnya.

Kehilangan ayah tersayang memberi kesan mendalam kepadanya kerana di peringkat remaja, ia sangat memerlukan bimbingan dan mencari-cari model terbaik untuknya.

Apabila berlaku kematian ayahnya, dia hilang sumber ilham dan ini membuatkan jiwanya menjadi kosong.

Yang dihuraikan adalah kekusutan emosi yang mungkin berlaku susulan daripada pemergian orang tersayang. Ada golongan mampu mengatasi tekanan ini dan ada juga kumpulan yang memerlukan bantuan.

Bagi umat Islam, semua yang datang daripada Allah, akan kembali kepada-Nya juga. Sebagai insan biasa, kita diberi akal untuk berfikir dan berikhtiar bagi menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran.

Dengan berkat kesabaran dan pendekatan yang bersesuaian, mereka mampu mencari jalan penyelesaian kepada masalah dihadapi.

26 Oktober 2009

Ingin Menjadi Isteri Idaman

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati#60991; an berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok- olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok- olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir
(pemandu)#60991; an pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q. S. An Nissa 4.34

Kasih Sayang Asas Keluarga Islam

KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir.

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (Al Nisa': 1). Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik.

Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji.

Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Si kecil ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling.

Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Justeru itulah baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. Perkara ini dijelaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang bermaksud: Kahwinilah wanita yang boleh beranak ramai serta bersifat penyayang. Sesungguhnya aku pasti berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat manusia yang lain pada hari Qiamat. Kemampuan seseorang wanita untuk melahirkan anak yang ramai dapat dinilai secara umumnya menerusi jumlah adik-beradiknya atau adik beradik ibu atau bapanya.

Masyarakat barat hari ini meletakkan keseronokan adalah matlamat utama kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh al Quran yang bermaksud: Dan mereka yang kufur berseronok dan makan minum seperti mana binatang ternakan makan dan minum dan neraka pasti menjadi tempat perlindungan mereka (Muhammad : 12). Kemuncak keseronokan dan kenikmatan hidup bagi mereka adalah menerusi hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan kenikmatan hubungan jenis menerusi seks bebas tanpa ikatan tali perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya akan membataskan pergerakan mereka dan meletakkan mereka di bawah satu tanggungjawab yang hanya akan membebankan mereka dan mengikat mereka dengan seseorang.

Bagi yang memilih cara yang lebih bersih menerusi perkahwinan juga meletakkan keseronokan dan kenikmatan sebagai matlamat utama perkahwinan. Justeru kelahiran bayi hanya akan mengganggu hubungan mereka dan membataskan kenikmatan seks mereka. Lantaran itu mereka melakukan pelbagai cara untuk menyekat kehamilan berlaku. Atau sekurang-kurangnya mencadangkan perancangan keluarga dengan menjarakkan anak atau menghadkan bilangan anak yang akan diperolehi.

Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga. Di samping penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya.

Justeru baginda memberikan satu pedoman untuk orang muda dengan sabdanya: "Wahai sekelian pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menjaga mata kamu dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu menjadi benteng kepadanya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasanganpasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas" (Ar-Rum : 21).

Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. Firman Allah yang bermaksud: Lelaki-lelaki merupakan tunggak kepada wanita-wanita kerana nafkah yang diberikan menerusi harta-harta mereka. Maka wanita yang baik pula ialah yang taat, menjaga kemaluan di kala ketiadaan suami menerusi apa yang disuruh oleh Allah menjaganya - (An Nisa' : 34).

Sebuah keluarga yang damai juga pasti berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Sebarang masalah kehidupan dapat dibincangkan bersama dan berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkecamuk. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Itulah nikmat sebuah perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud: "mereka (isteri-isteri kamu) merupakan pakaian (ketenangan) bagi kamu, dan kamu juga merupakan pakaian (ketenangan) bagi mereka" (Al-Baqarah : 187).

Perkataan "pakaian" dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai perbagai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, pelindung dari panas, ketenangan kepada jasad dan perhiasan bagi badan. Begitulah gambaran hubungan suami isteri. Begitulah pasangan suami isteri saling berusaha menutup aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali.

Kebanyakan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu hubungan seks semata-mata. Ia adalah cinta palsu yang hanya didorong oleh keinginan nafsu seks semata-mata. Cinta itu akan lupus di kala kepuasan seks dari pasangan tidak dapat dinikmati. Cintanya pasti beralih kepada lelaki dan wanita yang lain yang dirasakan boleh memberikan kepuasan yang lebih. Malah cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama.

Justeru sesebuah keluarga yang ingin dibentuk perlu mengambil kira tiga matlamat asasi agar lahir sebuah keluarga Islam yang harmoni yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.

Mahu disayangi suami?

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit atau berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?

2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?

4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya.

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahumenghapus dosa-dosa mereka.

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi.

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka..

Zuriat

Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”.
(al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.”
(Maryam: 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti.

Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, “.... dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”.

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).

Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan.

Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?

Renungkan lah.

Suami, Pemimpin bagi Keluarga

Awal mula kehidupan seseorang berumah tangga adalah dimulai dengan ijab kabul. Saat itulah yang halal bisa jadi haram, atau sebaliknya yang haram bisa jadi halal. Demikianlah Allah telah menetapkan bahwa ijab kabul walau hanya beberapa patah kata dan hanya beberapa saat saja, tapi ternyata bisa menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Saat itu terdapat mempelai lelaki, mempelai wanita, dan saksi lalu ijab kabul dilakukan, sahlah keduanya sebagai suami-isteri. Status keduanya berubah, ada asalnya kenalan biasa tiba-tiba jadi suami, adapula yang tadinya tetangga rumah tiba-tiba jadi isteri. Orang tua pun yang tadinya sepasang, saat itu tambah pula sepasang, dialah orang tua isteri atau suami. Kerananya, andaikata seseorang berumah tangga dan dia tidak siap serta tidak mengerti bagaimana memposisikan diri, maka rumah tangganya hanya akan menjadi awal berdatangan aneka masalah.

Ketika seorang suami tidak sedar bahawa dirinya sudah beristeri, lalu bersikap seperti seorang yang belum beristeri, akan jadi masalah. Dia juga punya mertua, itupun harus menjadi bahagian yang harus disedari oleh seorang suami. Setahun, dua tahun kalau Allah mengizinkan akan punya anak, yang bererti bertambah lagi status sebagai bapa. Ke mertua jadi anak, ke isteri jadi suami, ke anak jadi bapa. Bayangkan begitu banyak status yang disandang yang kalau tidak tahu ilmunya justeru status ini akan membawa mudharat. Kerananya menikah itu tidak semudah yang diduga, pernikahan yang tanpa ilmu berarti bersiaplah untuk segera mengharungi aneka derita. Kenapa ada orang yang stress dalam rumah tangganya? Hal ini terjadi kerana ilmunya tidak memadai dengan masalah yang dihadapinya.

Begitu juga bagi wanita yang menikah, ia akan jadi seorang isteri. Tentu saja tidak bisa sembarangan kalau sudah menjadi isteri, kerana memang sudah ada ikatan tersendiri. Status juga bertambah, jadi anak dari mertua, ketika punya anak jadi ibu. Demikianlah, Allah telah menjadikan sedemikian rupa sehingga suami dan isteri, keduanya mempunyai peranan yang berbeza-beza.

Tidak bisa isteri menuntut emansipasi, kerana memang tidak perlu ada emansipasi, yang diperlukan adalah saling melengkapi. Seperti halnya sebuah bangunan yang menjulang tinggi, ternyata dapat berdiri kukuh kerana adanya prinsip saling melengkapi. Ada simen, bata, pasir, beton, kayu, dan bahan-bahan bangunan lainnya lalu bergabung dengan tepat sesuai posisi dan proporsinya sehingga kukuhlah bangunan itu.

Sebuah rumah tangga juga demikian, jika suami tidak tahu posisi, tidak tahu hak dan kewajiban, begitu juga isteri tidak tahu posisi, anak tidak tahu posisi, mertua tidak tahu posisi, maka akan seperti bangunan yang tidak diatur komposisi bahan-bahan pembangunnya, ia akan segera runtuh tidak keruan. Begitu juga jika mertua tidak pandai- pandai jaga diri, misal dengan masuk campur langsung pada pentadbiran rumah tangga anak, maka sang mertua sebenarnya tengah mengaduk-aduk rumah tangga anaknya sendiri.

Seorang suami juga harus sedar bahawa ia pemimpin dalam rumah tangga. Allah SWT dalam hal ini berfirman : "Laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita, kerna Allah telah melebihkan sebagian dari mereka atas sebagian yang lainnya dan karena mereka telah membelanjakan sebagian harta mereka..." (Q. S. An-Nisa [4]:34)

Dan seorang pemimpin hanya akan jadi pemimpin jika ada yang dipimpin. Ertinya, jangan merasa lebih dari yang dipimpin. Seperti halnya presiden tidak usah sombong kepada rakyatnya kerana kalau tidak ada rakyat lalu mengaku presiden, bisa dianggap orang gila. Makanya, presiden jangan merendahkan rakyat, kerana dengan adanya rakyat dia jadi presiden.

Sama halnya dengan kes orang yang menghina tukang jahit, padahal bajunya sendiri dijahit, "Hmm, tukang jahit itu pegawai rendahan". Padahal kalau bajunya tidak dijahitkan oleh tukang jahit, tentu dia akan kerepotan menutup auratnya. Dia dihormati kerna bajunya diselesaikan tukang jahit. Lain lagi dengan yang menghina tukang kasut, "Ah, dia mah cuma tukang sepatu". Sambil dia kemana-mana bergaya pakai kasut.

Tidak layak seorang pemimpin merasa lebih dari yang dipimpin, kerana status pemimpin itu ada jikalau ada yang dipimpin. Misalkan isterinya bergelar master lulusan luar negeri sedangkan suaminya lulusan sekolah menengah, dalam hal kepemimpinan rumah tangga tidak bisa jadi berbalik dengan isteri menjadi pemimpin kelaurga. Dalam kes lain, misalkan di pejabatnyanya isteri jadi atasan, suami kebetulan stafnya. Saat dirumah beza urusannya. Seorang suami tetaplah pemimpin bagi isteri dan anak-anaknya.

Oleh itu, bagi para suami jangan sampai kehilangan kewajiban sebagai suami. Suami adalah tulang belakang keluarga, seumpama juruterbang bagi pesawat terbang, nakhoda bagi kapal laut, jurupandu bagi kereta api, pemandu bagi angkutan kota. Demikianlah suami adalah seorang pemimpin bagi keluarganya. Sebagai seorang pemimpin harus berfikir bagaimana mengatur bahtera rumah tangga ini mampu berkelok-kelok dalam mengarungi badai gelombang yang menerjang supaya dapat sampai bersama semua awak kapal lain untuk tiba di pantai harapan, suatu tempat di akhirat nanti, yaitu syurga.

Kerananya seorang suami harus tahu ilmu bagaimana mengharungi badai, ombak, relung dan pusaran air supaya selamat tiba di pantai harapan. Tidak ada salahnya ketika akan menikah kita merenung sejenak, "Saya ini sudah punya kemampuan atau belum untuk menyelamatkan anak dan isteri dalam mengharungi bahtera kehidupan sehingga bisa kembali ke pantai pulang nanti?!" Kerana menikah bukan hanya masalah mampu cari wang, walau ini juga penting, tapi bukan salah satu yang terpenting. Suami bekerja keras membanting tulang memeras keringat, tapi ternyata tidak solat, sungguh sangat rugi. Ingatlah kerana kalau sekadar cari wang, harap tahu saja bahawa garong juga tujuannya cuma cari wang, lalu apa bezanya dengan garong? Hanya beza cara saja, tapi kalau cita- citanya sama, apa bezanya???

Buat kita cari nafkah termasuk dalam proses mengendalikan bahtera. Tiada lain supaya makanan yang jadi keringat statusnya halal, supaya baju yang dipakai statusnya halal, atau supaya kalau beli buku juga dari rezeki yang statusnya halal. Hati-hatilah, walaupun di poket terlihat banyak wang, tetap harus pintar-pintar mengendalikannya, jangan sampai asal main comot. Seperti halnya ketika memancing ikan di tengah lautan, walaupun nampak banyak ikan, tetap harus hati-hati siapa tahu yang sangkut dipancing ikan yu yang justeru bisa mengunyah kita, atau nampak manis gemalai tapi ternyata ikan duyung. Ketika ijab kabul, seorang suami harusnya bertekad," Saya harus mampu memimpin rumah tangga ini mengarungi episod hidup yang sebentar di dunia agar seluruh anggota awak kapal dan penumpang bisa selamat sampai tujuan akhir, yaitu syurga". Bahkan jikalau dalam kapal ikut penumpang lain, misalkan ada pembantu, saudara atau yang lainnya, maka sebagai pemimpin tugasnya sama juga, iaitu harus membawa mereka ke tujuan akhir yang sama, yaitu syurga.

Allah Azza wa Jalla mengingatkan kita dalam sabdanya,"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..." (Q. S. At-Tahrim[66]:6)

Kepada pembantu jangan hanya mampu suruh kerja saja, kerana kalau saja dulu lahirnya Allah tukarkan, majikan lahir dari orang tua pembantu, dan si pembantu lahir dari orang tua majikan, maka si majikan yang justru sekarang lagi ngepel. Pembantu adalah titipan Allah, kita harus mendidiknya dengan baik, kita tambah ilmunya, mudah- mudahan orang tuanya bantu-bantu di kita, anaknya bisa lebih tinggi pendidikannya, dan yang terpenting lagi lebih tinggi akhlaknya.

Inilah pemimpin ideal, yaitu pemimpin yan bersungguh-sungguh mahu memajukan setiap orang yang dipimpinnya. Siapapun orangnya didorong agar menjadi lebih maju.

Subhanallah.........

Persiapan mencapai keluarga bahagia

Allah Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.

Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.

Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh- sungguh.

Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, beerti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A. Memilih pasangan hidup Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan.

Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh:
1. Jodoh merupakan takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk" Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan tuhan maka ada kebenarannya. Tetapiayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.

Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang."

Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.

2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan"

Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya. ak Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.

Kedua orangtua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut: 

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
ii. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil iii. Pasangan ideal dalam erti kata;

- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawa isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak v. Pasangan yang baik lahir dan batin

SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIPAN

A. Suami Teladan ialah:
- Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.

- Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak di senangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

- Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

- Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

- Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu;
1. Tubuh badan yang sempurna
- sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.

2. Akal fikiran yang sempurna
- berfikiran positif.

3. Pengetahuan agama yang sempurna
- untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup

4. Membelanjakan sebahagian harta
- mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B. Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri

1. Penuh kerinduan dan kasih sayang
2. Mencintai
3. Gagah dan berakhlak mulia
4. Kaya dan bijaksana
5. Memberikan cahaya kehidupan
6. Menegakkan kebenaran
7. Mulia di sisi Allah

C. Ciri-ciri Suami Teladan
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:
a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT

c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya

d. Menjaga hati dan perasaan isteri

e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri

f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan

g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka

i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan

k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya m. Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka n. Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

B. Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah

Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama islah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.

C. Suami yang diingini wanita

Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

D. Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud:
- dewasa fizikal
- dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri.
- dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya
- dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada.
- dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat.

2. Bekal menyara hidup

3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.

4. Sihat jasmani dan rohani Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

E. Memilih isteri idaman Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :
1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia: 

i. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya 
ii. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
iii. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
iv. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya 
v. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya 
vi. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya 
vii. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama viii. Tidak menuntut cerai atau talak.
ix. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti. 
x. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami. 
xi. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.