10 Ogos 2008

Mengawal Formula atau Sel Dalam MS Excel

 (Tutorial ini menggunakan MS Excel 2007)

Semasa kita menggunakan formula dalam sel Microsoft Excel (MS Excel), ada kalanya formula yang telah susah-payah kita buat hilang begitu saja. Kemungkinan hilangnya formula atau entry yang ada di sel Ms Excel terjadi kerana kesilapan kita sendiri atau disebabkan oleh orang lain.

Untuk menghindari perkara tersebut di atas, ada baiknya anda melindungi/protect formula/sel tersebut. Berikut adalah langkah-langkah untuk mengawal formula/sel dalam Ms Excel

1. Buka fail MS Excel yang ingin di protect


2. Blok semua sel yang ada dengan menekan kekunci “Ctrl + A” untuk memilih semua sel dalam sheet aktif Anda.

3. Tekan Kekunci “Ctrl + 1”, Dalam kotak dialog “Format Cells” yang dipaparkan, klik tab “Protection“. Nonaktifkan (buangkan tanda cek) pada bahagian “Locked“, kemudian klik “OK“

4. Klik pada Cell yang ingin di buat protect (seperti contoh gambar diatas), klik butang kanan mouse pada cell tersebut dan pilih 'Format cells'. Tandakan pada 'Locked' dan klik OK.  Langkah ini adalah Untuk mengawal  cell yang anda inginkan.

6. Kemudian pilih menu “Review > Protect Sheet…“. Pada kolum password anda dapat mengisi password sebagai akses semasa melakukan perubahan pada sel yang berisi formula. Apabila kolum ini anda isi, anda akan diminta untuk mengulang semula mengisi passwordnya pada kolum conformation.

7. Savekan kerja anda. Sekarang lembaran kerja atau Sel MS anda telah terkawal. Untuk mengujinya cuba klik pada ruangan cell tersebut dan taipkan apa-apa nombor. Jika ada paparan mesej bermakna Cell anda telahpun diprotect.

Untuk nonaktifkan atau untuk melakukan perubahan pada sel formula yang sudah terkawal anda boleh nonaktifkannya dengan memilih (klik semula)  cell berkenaan dan pilih  menu “Review > Unprotect Sheet…“, kemudian Anda isikan password yang telah Anda buat.


UNTUK PROTECT KESELURUHAN CELL

Buka fail MS Excell
1. Tekan CTR+A
2. Tekan CTR+1
3. Klik pada butang 'Protection'
4. Buangkan tanda pada 'Locked'
5. Tekan CTR+A
6. Tekan CTR+1
7. Tandakan pada 'Locked'
8. OK
9. Klik Menu Review
10. Klik Protected Sheet
11. Masukkan 'Password' , klik OK
12. Masukkan 'Password semula' (sama seperti diatas)
13. Klik OK
Nota: untuk mengujinya klik mana-mana bahagian cell tersebut. Semuanya telah diprotect.