11 Ogos 2008

Membuat Menu Drop-down Dalam MS Excel

(Menggunakan MS Excel 2007)
Menu drop down ialah menu yang membolehkan pengguna memilih jawapan yang telah ditetapkan dan menjadikan worksheet kita lebih mesra pengguna dan interaktif. Contoh menu dropdown adalah seperti dibawah.
Gambarajah contoh

1. Buka Fail MS Excel
2. Taipkan senarai bulan dan tahun seperti contoh dibawah


3. Taipkan tajuk Bulan dan Tahun seperti kolum C dan E dibawah


4. Letak kan cursor mouse pada kolum B2 (seperti dibawah)
5. Klik pada Menu Data
6. Klik pada Tab Settings

7. Pilih 'List'
8. Pada Source - Klik pada butang tepi (seperti contoh dibawah)

9. Klik mouse pada cell Januari (E2) dan tarik hingga Disember
10. Pada Data Validation - klik butang tepi



11. Klik butang OK

12. Drop-down menu sudah tersedia pada cell B2
13. Klik pada butang dibawah untuk melihat senarai bulan yang dipaparkan.
14. Ulangi langkah-langkah diatas untuk masukkan Drop-down bagi Tahun.

Nota: Jangan lupa untuk sembunyikan (hide) kolum bulan dan tahun apabila telah selesai kerja anda. Caranya dengan mengklik lajur E dan F, Klik butang kanan dan pilih hide. Savekan tugas anda.

Lain-lain contoh adalah seperti gambarajah dibawah: