11 Ogos 2008

Memproses Fail PDF Lebih Pantas


Anda perasan atau tidak, setiap kali anda membuka fail berformat .pdf, fail tersebut mengambil masa yang agak lama untuk dibuka berbanding fail berformat .doc. Apa kata anda mengubah masa membukanya dari lambat kepada cepat. Mungkin semudah membuka notepad. Sesungguhnya menunggu sangat membosankan. blur

Berikut adalah cara² untuk mempercepat proses membuka fail .pdf. Sebelum memulakan proses ini, sila tutup semua fail .pdf dahulu.


1.    Buka My Computer dan pilih Local Disk (C:)

2.    Pilih Program Files -> Adobe -> Acrobat -> Reader

3.    Di dalam fail Reader, cari folder plug_ins.


4.    Klik kanan folder plug_ins dan pilih cut.

5.    Cari fail Optional dan paste plug_ins tersebut di dalamnya.

Sekarang anda buka fail .pdf anda dan lihat sendiri perbezaannya. Selamat maju jaya.