17 Ogos 2008

Auto Recover Dalam MS Word

(Menggunakan MS Word 2007)

AutoRecover adalah salah satu ciri yang terdapat dalam Microsoft Word 2007 untuk menyimpan data secara automatik setiap jangkamasa waktu tertentu. AutoRecover amat berguna untuk mencegah hilangnya data akibat komputer hang, komputer restart sendiri atau sebab-sebab lain sebelum kita sempat menyimpan dokumen tersebut.

Secara default AutoRecover option telah aktif dengan jangkamasa waktu berkala setiap 10 minit. Untuk mengubah setting AutoRecover option ini kita dapat melakukannya dengan cara sebagai berikut :







1. Klik butang Office Button
2. Pada bahagian paling bawah sebelah kanan klik Word Option
3. Klik Save pada navigation tetingkap Word Option





4. Ubah setting interval waktu AutoRecover ini sesuai dengan keperluan kita, untuk keperluan percubaan ini kita set misalnya 2 minit.
5 Untuk setting yang lainnya kita biarkan saja secara default.

Untuk mencuba fungsi AutoRecover ini kita boleh simulasikannya dengan melakukan hal sebagai berikut :

1. Buka program Microsoft Word 2007
2. Buat file baru dengan nama AutoRecover.docx.
3. Taipkan apa-apa perkataan didalamnya misalnya: "Kelab Kesba Satu"
4. Klik butang save.
5. Taipkan apa-apa perkataan lagi misalnya "Kelab Kesba Dua"
6. Tunggu beberapa saat kira-kira 2-3 minit ( sesuai interval waktu AutoRecover yang telah kita set).
7. Tekan butang CTRL+ALT+DELL untuk membuka Windows Task Manager
8. Dalam tetingkap Windows Task Manager terpapar file AutoRecover.docx dalam keadaan running
9. Klik file tersebut dan tekan butang End Task
10. Tunggu beberapa saat sehingga muncul tetingkap End Program Microsoft Word. Klik End Now.
11. Buka lokasi penyimpanan default file AutoRecover di C:\Documents and Settings\"nama_user"\Application Data\Microsoft\Word\ akan terdapat file "AutoRecovery save of AutoRecover.asd"
12. Buka kembali program Microsoft Word dan sekarang disebelah kiri area kerja terdapat tetingkap Document Recovery




13.  Disini terdapat 2 file yaitu AutoRecover.docx [Autosaved] yang merupakan hasil penyimpanan dari AutoRecover dan AutoRecover.docx [Original] yang merupakan hasil penyimpanan kita yang menggunakan butang save.





14.  Close file AutoRecover.docx [Original] dan buka file AutoRecover.docx [Autosaved] untuk menyambungkan tugas kita.