20 Ogos 2008

Menukarkan Huruf Kecil Kepada HURUF BESAR dalam MS Excel

 Buka Fail MS Excel dan taip senarai nama dibawah


1. Letakkan cursor pada cell B3
2. Taip formula =UPPER(A3) kat lokasi cell B3. (lihat gambar diatas)
    (A3 ialah merujuk kepada kolum dan baris diruang Senarai Nama Kecil yang hendak disalin)
3. Selepas itu tekan kekunci ENTER pada keyboard

4. Dengan automaticnya perkataan 'Siti Mariyah bt. Abu Naham' dari lokasi cell A3 tadi, akan disalin di lokasi cell B3 dan seterusnya menjadikannya semua huruf besar 'SITI MARIYAH BT. ABU NAHAM' di lokasi cell B3.
5. Sementara perkataan dari lokasi cell A3 tadi kekal huruf kecil.


6. Klik semula pada cell B3 dan pada pepenjuru sebelah kanan tarik kebawah (lihat gambar diatas)

Hasilnya telah ada secara automatik senarai nama yang lengkap seperti gambar diatas dengan huruf besar.

5. Kesimpulannya  ada dua perenggan ayat di lokasi kolum A dan juga di lokasi kolum  B yang mana dikolum A adalah huruf kecil dan dikolum B adalah huruf besar.

Command untuk excel ialah =UPPER(text).