25 Oktober 2009

Berkat Rezeki Kerana Sedekah

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib
(zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat
- bukan dunia untuk dunia)
10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja
(10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Islam dan Tidur

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang. Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran
(insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.

(Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.

(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerihatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang mansabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.

Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Gurauan Yang Dituntut Oleh Islam

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai 'al-mizah'. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; "Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia." (Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh 'menanggalkan' hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; "Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun." Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; "Malu adalah cabang daripada iman." Dalam sabda lain, baginda menyatakan; "Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya." Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; "Sesungguhnya orang beriman itu adalah bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya." (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.

21 Oktober 2009

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah

 

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti inijarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonyasendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlahsecara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya

11 Oktober 2009

24 perkara jangan dilakukan

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui.

Allah tambah nikmat jika bersyukur

SEDAR atau tidak, hidup manusia di alam fana ini tidak akan terlepas daripada menerima nikmat dan rahmat Allah.

Nikmat yang dikurniakan Allah kepada manusia adalah tidak terhitung banyaknya. Jumlahnya tidak dapat disukat dan ditimbang. Ini jelas dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud:-

"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -
(Surah an-Nahl, ayat 18)

Meneliti kejadian dan kurniaan anggota badan utama pada tubuh manusia seperti kaki, tangan, perut, mulut, telinga, hidung dan mata, sudah cukup bagi kita membuat kesimpulan betapa berkuasa, agung dan murahnya Allah serta betapa lemah dan tidak berdayanya manusia yang menghuni alam yang fana ini.

Anggota badan itu pula dijadikan Allah dengan rapi dan lengkap serta dapat bergerak dan berfungsi serentak pada waktu sama. Sambil melihat, kita dapat bercakap, mendengar, menghidu, berjalan dan sebagainya.

Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat yang kekal abadi.'

Secara umumnya, nikmat kurniaan Allah kepada setiap orang manusia dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

l Nikmat bersifat 'fitri' atau asasi iaitu nikmat yang dibawa oleh manusia ketika dilahirkan lagi.

l Nikmat mendatang iaitu nikmat yang diterima dan dirasakan sewaktu-waktu.

Nikmat bersifat fitri atau asasi itu digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur - berterima kasih." - (Surah an-Nahl, ayat 78)

Sesungguhnya manusia ini dilahirkan ke dunia dalam keadaan bertelanjang bulat. Tetapi dilengkapi dengan alat yang diperlukan dalam perjuangan hidup ini.

Dalam ayat di atas, yang dimaksudkan dengan kelengkapan itu ialah telinga, mata dan hati (akal).

Ada pun nikmat yang kedua iaitu nikmat yang dianggap mendatang itu ialah segala kenikmatan, kelazatan, kebahagiaan dan sebagainya yang diterima oleh manusia dalam perjalanan hidupnya.

Segala sesuatu yang ada dalam alam ini, bermula daripada tanam tanaman sampailah kepada binatang ternakan dan barang logam, semuanya diperuntukkan supaya dapat dimanfaatkan oleh manusia.

Keadaan dan kenyataan ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Dan sebagai tanda untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), Kami hidupkan dan Kami keluarkan dari dalamnya buah tanam-tanaman sebahagiannya mereka makan. Dan Kami adakan padanya kebun kurma dan anggur.

"Dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan buahnya. Semua itu bukanlah (hanya) usaha tangan mereka. Mengapa mereka tidak bersyukur." - (Surah Yasin, ayat 31 hingga 35)

Lumrahnya, seseorang manusia itu hanya akan menyedari nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya apabila nikmat itu hilang atau terlepas daripadanya (dicabut oleh Tuhan kembali).

Andai kata matanya rosak sebelah, kakinya patah, kakinya kudung atau seumpama itu berlaku ke atas dirinya, maka ketika itu barulah berasa sungguh-sungguh bagaimana nikmatnya mempunyai dua biji mata, mempunyai kaki dan tangan tidak cacat.

Sesungguhnya nikmat kesihatan betul-betul dirasai apabila kita sakit.

Seorang yang berkuasa atau berpangkat akan berasa nikmat memegang kuasa dan pangkat selepas jatuh atau dipecat daripada kekuasaan serta jawatan yang disandangnya hilang.

Seorang hartawan apabila jatuh miskin dan melarat, maka akan terasalah olehnya bagaimana besarnya nikmat kekayaan yang pernah dikecapinya itu.

Oleh itu peliharalah setiap nikmat diperolehi. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah Yang Maha Kuasa supaya nikmat itu akan terus dikekalkan-Nya.

Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin, semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.

Tanda seseorang itu bersyukur ialah apabila gembira wujudnya nikmat pada dirinya, yang melorongkan jalan untuk beramal ibadat dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Orang yang bersyukur kepada Allah akan memperbanyakkan ucapan syukur dan terima kasih kepada-Nya. Mereka akan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan akan membesarkan nikmat sekalipun nikmat itu kecil saja.

Sesungguhnya bersyukur kepada Allah adalah perbuatan wajib ke atas setiap manusia. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud:-

"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya." - (Surah an-Nahl, ayat 144)

Lawan syukur ialah kufur. Seseorang yang menggunakan nikmat ini pada tempat bertentangan dengan tujuan penciptaannya, maka sebenarnya mengkufuri nikmat Allah yang menganugerahkan nikmat itu kepadanya.

Seseorang yang memukul orang lain dengan tangannya, maka orang itu dikira mengkufuri nikmat, sebab tangan yang dijadikan Allah untuk mempertahankan diri daripada perkara yang mengancamnya bukan mencedera atau membinasakan orang lain.

Seseorang itu dianggap tidak menggunakan nikmat matanya kerana mengkufuri nikmat mata apabila menggunakannya untuk melihat wajah perempuan yang bukan muhrimnya.

Mata dijadikan Allah untuk melihat perkara mendatangkan kebaikan bagi agama dan dunia.

Sebab itu mata hendaklah dipelihara daripada melihat perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat.

Sikap syukur pula untuk keuntungan manusia sendiri. Tuhan tidak mendapat apa-apa keuntungan dengan perbuatan syukur yang dilakukan oleh hamba-Nya. Sebaliknya, Tuhan juga tidak akan rugi dengan sikap kufur dan engkar yang ditunjukkan oleh manusia.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud:

"Barang siapa yang bersyukur maka hal itu untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barang siapa yang engkar maka sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya dan Maha Mulia." - (Surah al-Naml, ayat 40)

Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih. Dia akan bertambah dekat kepada Tuhan dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Illahi yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama manusia.

Seseorang yang memperolehi kekayaan, maka kekayaan itu hendaklah digunakan pula untuk keperluan kebaikan seperti membantu fakir miskin, menolong orang yang memerlukan dan sebagainya.

Orang berpangkat dan berkuasa hendaklah melakukan kebaikan terhadap orang di bawah atau rakyat jelata.

Sesungguhnya bagi orang bersyukur maka nikmat yang diperolehinya semakin bertambah. Ini jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sedar akan pentingnya sikap ini, maka syukurilah nikmat kurniaan Allah kepada kita baik nikmat lahir atau batin.

Mudah-mudahan dengan berbuat demikian, maka nikmat itu akan kekal berterusan bersama kita dan hidup kita pula akan mendapat keredaan Allah baik di dunia atau akhirat.

Membina Rumahtangga Bahagia

Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendaksemulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunankami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihiitu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila- bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasaberdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri- isteri, kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah At Taubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami, selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan. Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami."

Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walau bagaimanapun sesiapa yang marah iniperlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujiakan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Rumahtangga Asas Negara Islam

Rumahtangga merupakan kelompok terkecil di dalam sesebuah negara. Ia dibentuk oleh dua atau lebih individu. Andainya negara diibaratkan seperti rumah, maka rumahtangga ialah asas atau tapaknya. Dalam memperjuangkan sebuah negara Islam, asas inilah yang perlu dibangunkan terlebih dahulu. Jika asasnya kukuh, akan kukuhlah negara yang ditegakkan nanti. Tetapi jika sebaliknya, negara yang dapat ditegakkan itu tidak akan bertahan lama. Ia akan runtuh kembali sebelum mencapai matlamatnya.

Negara atau kuasa memerintah adalah alat untuk menegakkan hukum hakam Allah. Matlamat akhirnya ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sebelum hukum-hakam Allah itu ditegakkan di dalam negara yang merupakan kelompok yang besar, ia perlu terlebih dahulu ditegakkan di dalam kelompok-kelompok yang kecil iaitu individu dan rumahtangga.

Tegasnya, perjuangan menegakkan negara Islam mesti bermula dari peringkat rendah. Ibarat tumbuhnya sebatang pokok; ia mesti bermula dengan benih, yang kemudiannya bertunas, membesar, membentuk batang, dahan dan ranting-ranting, seterusnya mengeluarkan daun, berbunga dan berbuah.

Inilah yang dikatakan sunatullah iaitu peraturan yang ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Peraturan ini tidak akan berubah kecuali dengan kehendak Allah sendiri, sepertimana firman-Nya yang bermaksud:

"Sekali-kali kamu tidak akan mendapati peraturan Allah itu
(sunnatullah) berubah, sekali-kali kamu tidak akan mendapati peraturan Allah itu bertukar ganti." -Al Fatir: 43

Dalam hal ini, kita sudah diberi panduan yang jelas. Lihatlah kejayaan Rasulullah membentuk individu, rumahtangga dan masyarakat Islam hingga membolehkan tertegaknya negara Islam di Madinah. Apa yang Rasulullah lakukan ialah menanamkan iman dan jiwa tauhid yang mendalam di dalam diri individu-individu. Mereka ini kemudiannya membentuk rumahtangga-rumahtangga Islam sebagai asas pembentukan sebuah negara Islam.

Apabila Rasulullah diperintahkan menyampaikan Islam ke tengah-tengah masyarakat Arab Jahiliah, orang pertama yang diajarkan tentang Islam ialah isteri baginda, Siti Khadijah. Kemudian Rasulullah mengajak sahabat yang rapat dan keluarga yang hampir dengan baginda. Jalan ini jugalah yang mesti ditempuh oleh pejuang-pejuang Islam. Lebih- lebih lagi, suasana masyarakat pada akhir zaman ini sudah menyerupai masyarakat jahiliah pada zaman Rasulullah mula dibangkitkan.

Oleh itu, adalah lebih utama menegakkan hukum-hakam Allah di dalam kolompok yang kecil sebelum menegakkannya di dalam kelompok yang lebih besar. Kalau rumahtangga pun belum berwajah Islam bagaimana kita boleh mengharapkan tertegaknya negara Islam. Malah, dalam keadaan ini, untuk melahirkan masyarakat Islam pun tidak mungkin. Di samping itu, adalah lebih mudah untuk mendidik individu-individu di dalam kelompok yang kecil daripada mendidik individu-individu di dalam kelompok yang lebih besar.

Pendidik amat penting kerana hasil daripada pendidikanlah manusia dapat menerima dan melaksanakan hukum-hakam Allah. Pendidikan jugalah yang dapat mengubah manusia daripada jahat kepada baik, daripada benci-membenci kepada berkasih sayang, dan daripada berperang sesama sendiri kepada bertolong bantu, yang semuanya bakal menjamin wujudnya sebuah negara yang "aman makmur dan mendapat keampunan Allah." _ (As Saba': 15)

Untuk mendidik manusia, rumahtangga merupakan institusi yang asas dan terpenting kerana di situlah bermulanya kehidupan setiap individu. Dengan kata lain, rumahtangga adalah gelanggang bagi melahirkan individu-individu yang terdidik dengan Islam. Apabila individu-individu telah terdidik, mudahlah mereka ditadbir, diperintah atau dicorakkan mengikut Islam. Allah berfirman yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api Neraka." - At Tahrim: 6

Memelihara diri dan ahli keluarga daripada api Neraka bermakna mengamalkan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala tegahan- Nya. Atau dengan kata lain, menegakkan hukum-hakam Allah. Jadi, Allah memperingatkan umat Islam supaya melihat ke dalam diri dan ahli keluarga masing-masing. Pastikan bahawa tidak ada sesuatu pada rumahtangga yang boleh menyebabkan diri dan ahli keluarga terhumban ke Neraka.

Jadikanlah rumahtangga sebagai sebuah gelanggang kecil, di mana suami ibarat ketua negara, isteri sebagai menteri manakala anak-anak sebagai rakyat jelata. Rumahtangga Islam akan lahir apabila suami menjalankan tanggungjawab dengan baik; isteri taat, menjaga meruah dan berwatak pendidik; dan anak-anak menurut kata serta berakhlak.

Sebagai pemimpin, suami bertanggungjawab memastikan ahli-ahli keluarganya (anak isteri) tidak melanggar hukum-hakam Islam. terlebih dahulu, suami mesti mengajar ilmu fardhu ain kepada anak isterinya, dan kalau dia tidak mampu, dia wajib menghantar mereka belajar dengan guru yang dipercayai. Sudah tentu, si suami itu sendiri mesti mengetahui sekurang-kurangnya asas ilmu fardhu ain yang meliputi bab aqidah, syariat dan akhlak.

Suami sendiri tidak banyak bergelanggang di dalam lingkungan rumahtangga kerana dia adalah milik masyarakat. Tetapi dia mesti menetapkan dasar-dasar, memberi panduan-panduan yang jelas dan membimbing anak isterinya ke jalan yang diredhai Allah. tegasnya, dia bertanggungjawab melahirkan suasana Islam di dalam rumahtangganya.

Di sinilah pentingnya peranan isteri sebagaai pembantu. Hanya wanita yang solehah dan bijaksana yang dapat membantu suaminya menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya. Rumahtangga merupakan gelanggang jihad yang paling utama bagi kaum wanita. Sebab itulah dikatakan rumah itu Syurga bagi wanita. Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"Apabila seorang wanita mendirikan sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga." - Riwayat Al Bazzar daripada Anas.

Seorang wanita umpama jantung di dalam rumahtangga. Jika jantung diserang penyakit, seluruh anggota akan lemah. Begitulah halnya jika isteri tidak menjalankan tugas dan peranan yang sepatutnya, terganggulah kelancaran perjalanan sesebuah rumahtangga, atau pincanglah rumahtangga itu.

Kaum wanita mesti bersiap sedia untuk melakukan tugas yang berat ini. Walaupun suami merupakan ketua keluarga, tetapi isterilah yang bertanggungjawab membereskan kebanyakan urusan dalam rumahtangga termasuk urusan pendidikan anak-anak dan menjaga kebersihan serta kesihatan keluarga.

Isteri mesti menganggap tugas ini satu tugas yang penting, bukan tugas sampingan. Justeru itu, apa saja yang dilakukan, ia mestilah seboleh mungkin mencapai tahap yang maksimum. Dia akan memikirkan, misalnya, bagaimana menyediakan makan minum yang murah tetapi mengandungi zat yang tinggi. Atau membeli pakaian dan perhiasan rumah yang walaupun mungkin mahal sedikit tetapi tahan lama, selagi tidak membazir dan bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada jiran tetangga. Rumah dihias secara sederhana seperti yang dituntut oleh Islam. Sementara itu, wang yang berlebihan diagihkan untuk perjuangan Islam atau untuk orang yang berhak menerimanya sebagai saham Akhirat.

Suami akan berasa terbantu jika isteri bijak menyelesaikan urusan rumahtangga, termasuk menyelesaikan segala masalah yang boleh diselesaikan sendiri tanpa merujuk kepada suami. Apatah lagi jika isteri pandai melayan suami dengan mencontohi sikap dan akhlak wanita-wanita solehah zaman dahulu (salafussoleh).

Misalnya, isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu, mencium tangan suami sebaik-baik suami masuk, menghidangkan makanan dengan tertib, menemani suami makan, menunaikan hajat suami jika suami berhajat dan kemudian melepaskan suami keluar rumah semula dengan senyuman paling manis di muka pintu. Inilah antara hiburan bagi seorang pejuang!

Dengan itu, suami pulang ke rumah dan keluar dari rumah dengan dada yang lapang. Keletihan atau beban tugas yang dibawa pulang akan terasa berkurang, dan tugas berikutnya akan dihadapi dengan kekuatan baru.

Sebab itu, tanpa institusi rumahtangga yang berwajah Islam, perjuangan menegakkan hukum-hakam Islam di peringkat yang lebih luas akan gagal. Pejuang agama yang urusan rumahtangganya sendiri belum beres tidak akan dapat berjuang dengan sepenuh hati. Dalam keadaan ini, janganlah negara, masyarakat Islam pun tidak akan mampu ditegakkan, disebabkan tidak ada persediaan jiwa dan fikiran.

Rumahtangga adalah juga tempat untuk melahirkan generasi bertaqwa. Anak-anaklah yang diharap membentuk tenaga-tenaga teknokrat untuk sebuah negara Islam yang dicita-citakan. Di sini, isteri berperanan sebagai pendidik, bukan sekadar penjaga. Seorang pendidik akan sentiasa terdorong untuk mengubah dan mencorakkan seseorang, manakala penjaga sekadar memastikan orang yang di bawah jagaannya cukup keperluan asasnya seperti makan minum dan pakaian.

Dalam mendidik anak-anak, seorang wanita mesti cuba melahirkan anak- anak yang beriman dan berakhlak. Maknanya, iman dan akhlak mesti dijadikan dasar pendidikan kepada anak-anak. Inilah juga yang seharusnya menjadi dasar pendidikan negara. Jika ia telah dapat diwujudkan di dalam institusi rumahtangga, mudahlah ia diwujudkan di dalam negara Islam kelak.

Oleh kerana ibu bapa adalah guru atau pendidik yang pertama dalam kehidupan anak-anak, ia mesti menunjukkan contoh yang baik. Anak- anak mudah mengikut sekiranya didikan yang disampaikan itu dipraktikkan sendiri oleh ibu bapanya. Tegasnya, pendidikan untuk anak-anak tidak terbatas di sekolah atau dalam suasana formal, sebaliknya mestilah bersambung di rumah atau dalam suasana tidak formal. Dan hanya rumahtangga yang berwajah Islam saja yang dapat melahirkan suasana pendidikan tidak formal yang sesuai bagi membentuk generasi beriman dan berakhlak, yang menjadikan Allah sebagai matlamat hidup. Sepertimana maksud sebuah firman Allah:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku." - Az Zaariat: 56

Antara akhlak yang perlu dipupuk di dalam diri anak-anak ialah sifat saling berkasih sayang. Ini amat penting sebagai asas mewujudkan ukhuwah Islamiah di peringkat negara. Ukhwah merupakan antara kekuatan asas umat Islam.

Selain itu, pergaulan anak-anak mesti dibataskan. Anak-anak lelaki jangan digalakkan bermain dengan anak-anak perempuan orang lain, dan begitulah sebaliknya. Apabila mereka besar kelak, perkara ini dapat dipraktikan semasa bermasyarakat. Bila wujud negara Islam, dengan sendirinya penyakit yang timbul akibat bergaul bebas dapat dicegah.

Rumahtangga jugalah tempat melahirkan anak-anak yang kuat jiwa dan sempurna akal. Anak-anak yang kuat jiwa mesti dilatih bersusah payah dan hidup secara sederhana.

Di kalangan wanita salafussoleh, Asma binti Abu Bakar terkenal sebagai wanita yang tegas dan mendidik anak-anak. Anaknya Abdullah bin Zubair dilatih sejak kecil supaya tidak takut kepada sesiapa pun melainkan Allah. Khalifah Umar ibnu Khattab pernah terserempak dengannya ketika Abdullah sedang bermain-main dengan kanak-kanak lain. Semua kanak-kanak lari melainkan Abdullah. Apabila ditanya, dengan berani dia menjawab:

"Jalan ini cukup luas untuk sesiapa lalu, di samping itu, aku tidak membuat kesalahan. Perlu apa untuk aku lari daripadamu, wahai Amirul Mukminin."

Anak-anak seperti inilah yang diharap menjadi penyambung perjuangan ibu bapanya untuk mendaulatkan Islam. Sekiranya kaum wanita berjaya melahirkan pelapis-pelapis seperti ini, bererti mereka telah berjaya dalam satu tahap menuju pembentukan negara Islam

Walaupun isteri berkewajipan mengatur rumahtangga, namun ini tidak bermakna ia tidak boleh langsung bergelanggang di luar rumah. Wanita dibenarkan bergelanggang di luar rumah asalkan tugas asasinya di rumah dapat diselesaikan. Maknanya, tugas wanita di rumah tetap merupakan tugas nombor satu, dan selagi tugas itu tidak selesai, wanita tidak boleh pergi kepada tugas yang lain seperti berdakwah.

Bagaimanapun sekiranya ada pengasuh yang boleh mengambil alih tugas mendidik anak-anak di rumah, dan wanita memang diperlukan keluar rumah untuk berdakwah, hal ini adalah dibenarkan. Di sinilah perlunya hidup berjemaah. Banyak masalah pengurusan rumahtangga boleh diselesaikan melalui jemaah.

Sebuah jemaah Islam yang baik ialah yang mempunyai unit khusus untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Jika suami keluar berjuang, isteri diletakkan di bawah tanggungjawab jemaah. Jika isteri turut bergelanggang di luar rumah, anak-anak menjadi tanggungjawab jemaah. Bagi wanita yang bermadu pula, soal-soal tadi dapat diselesaikan dengan bantuan madu-madunya. Dalam hal ini, poligami menjadi penyelamat masalah. Oleh itu, poligami merupakan sebahagian daripada hukum hakam yang perlu ditegakkan di dalam institusi rumahtangga.

Pendek kata, rumahtangga adalah asas bagi segala-galanya yang hendak ditegakkan di peringkat negara. tetapi hakikat inilah yang tidak diambil berat oleh pejuang-pejuang Islam hari ini. Rumahtangga pejuang Islam sendiri tidak mencerminkan rumahtangga Islam. Masih terdapat unsur-unsur jahiliah di dalamnya. Poligami masih tidak dapat dirasakan sebagai tuntutan agama. Anak isteri masih seronok bergaul bebas, dan anak-anak dibiarkan menceduk ilmu di sekolah yang berunsur sekular.

Pejuang-pejuang Islam sebaliknya ghairah mahukan kuasa memerintah negara dengan menyertai pilihanraya. Sedangkan pilihanraya bukanlah satu-satunya cara untuk menegakkan negara Islam. Masih banyak lagi jalan yang boleh ditempuh. Mengapa beria-ia mahu mentadbir negara kalau rumahtangga pun belum dapat ditadbir secara Islam yang syumul?

Cara terbaik untuk menegakkan negara Islam ialah dengan melahirkan sebanyak mungkin individu muslim yang mempunyai kesedaran dan kemampuan untuk mengamalkan Islam dalam setiap aspek kehidupan serta mampu pula ke arah itu. Dari situlah terbentuknya rumahtangga- rumahtangga contoh yang akan menyambung kepada pembentukan masyarakat dan seterusnya negara Islam. Semua ini mesti bermula dengan dakwah dan tarbiah (pendidikan). Inilah juga jalan untuk mengubah suasana dunia kepada suasana Islam.

Selain itu, jemaah Islam mesti mewujudkan perkampungan-perkampungan Islam contoh untuk menampung keluarga-keluarga ahli. Supaya dengan itu, mereka dapat bertolong bantu dalam suasana Islam. Di situ dapat dibangunkan sistem hidup berdikari, sekurang-kurangnya untuk memenuhi keperluan asa sesebuah rumahtangga seperti pengeluaran barang makanan Islam.

Jadi, terbentuknya negara Islam adalah natijah daripada tertegaknya hukum-hakam Allah di dalam rumahtangga, masyarakat dan jemaah. Prosesnya lembut tetapi tersusun rapi secara berperingkat-peringkat.

10 Oktober 2009

Muhasabah Diri

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.

Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan?

Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]

Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan !

Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah... Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.

Hikmat, Rahsia, fadilat mengamal bacaan Surah

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat
89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t

(23) SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba') Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Dosa Mengumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

10 September 2009

OpenOffice – Writer



Writer adalah pemproses perkataan bagi OpenOffice.org
Antaramuka OpenOffice.org Writer mempunyai banyak persamaan dengan MS Word berbanding Lotus

SmartSuite WordPro
Melancarkan Perisian OpenOffice.org Writer
1. Dari Desktop; Klik Start – All Programs – OpenOffice.org 2.0 – Writer

Bars
1. Titlebar – memaparkan tajuk dokumen
2. Menu Bar – senarai arahan-arahan yang terdapat di dalam OpenOffice.Org
3. Toolbars – mengandungi ikon dan pilihan yang memudahkan capaian kepada arahan-arahan di dalam OpenOffice.org
i. Standard Toolbars
ii. Formatting Toolbars
 4. Ruler – dipaparkan di bahagian atas dan juga kiri dokumen. Mempunyai pilihan 5 jenis paparan
(milimeter, sentimeter, inci, point dan juga pica)
i. Horizontal Ruler – menunjukkan kedudukan text dari kiri ke kanan
ii. Vertical Ruler – menunjukkan kedudukan text dari atas ke bawah untuk mengubah setting pada Ruler klik sebelah kanan Ruler dan pilih salah satu opsyen yang diberi
 5. Scrollbar – membolehkan dokumen digerakkan mengikut keselesaan pengguna.
i. Horizontal Scrollbar – Menggerakkan dokumen ke kiri atau ke kanan
ii. Vertical Scrollbar – Menggerakkan dokumen ke bawah atau ke atas
 6. Status Bar – Memberikan status halaman sesuatu dokumen

Melaksanakan Arahan Menu File
1. Membuka dokumen baru
3 cara untuk membuka dokumen baru
i. Menggunakan Shortcut Keys : CTRL + N
ii. Klik pada ikon New
iii. File – New :


Terdapat pelbagai pilihan diberikan:
Text Document – membuka dokumen perkataan yang baru
Spreadsheet – membuka spreadsheet yang baru
Presentation – membuka dokumen persembahan yang baru (autopilot persembahan akan dilancarkan sekiranya OpenOffice.org Impress belum dilancarkan
Drawing – membuka dokumen drawing yang baru HTML Document – membuka dokumen html yang baru Master Document – membuka master dokumen yang baru Formula – membuka dokumen formula yang baru
Labels – kotak dialog untuk membina labels akan dilancarkan
Business Cards – kotak dialog untuk membina business card akan dilancarkan

2. Menyimpan dokumen
3 cara untuk menyimpan dokumen
i. Menggunakan Shortcut Keys : CTRL + S
ii. Klik pada ikon Save
iii. File – Save (menyimpan dokumen) / Save As (Menyimpan dan menamakan dokumen) /
Save All (Menyimpan kesemua dokumen yang dibuka)

3. Menutup dokumen
3 cara untuk menutup dokumen
i. Menggunakan Shortcut Keys : ALT + F4
ii. Klik pada butang Close di bahagian atas sebelah kanan dokumen
iii. File – Close (untuk keluar dari OpenOffice.org – Writer: File – Exit)

4. Membuka dokumen yang telah disimpan
3 cara untuk membuka dokumen yang telah disimpan i. Menggunakan Shortcut Keys : CTRL + O
ii. Klik pada ikon Open
iii. File – Open
untuk membuka dokumen, browse lokasi folder, pilih file yang diinginkan dan klik Open. Pengguna boleh membuka dokumen dengan Mod Bacaan sekiranya tidak mahu mengedit dokumen tersebut dengan menandakan pada kotak Read Only Mode

5. Reload
Reload berfungsi mengembalikan dokumen kepada keadaan asal sebelum membuat sebarang perubahan (sehingga arahan terakhir save dilaksanakan)

6. Export As PDF
Kebaikan menggunakan OpenOffice adalah pengguna boleh membina Portable Document
Format (PDF) dengan percuma dan bebas.

7. Wizards
Membolehkan pengguna membina dokumen seperti surat, laman web, faks, persembahan dan sebagainya dengan menggunakan wizard yang disediakan.

8. Mencetak
Membolehkan pengguna mencetak dokumen melalui mesin pencetak

Melaksanakan Arahan Menu Edit
1. Undo/Redo
Membatalkan sebarang arahan terakhir yang dilakukan ke atas dokumen seperti memasukkan dan memadamkan teks/grafik, memformat dokumen/halaman dan sebagainya, sehinggalah arahan terakhir Save dilaksanakan

2. Repeat
Mengulang segala arahan yang terakhir dilaksanakan termasuklah memasukkan/memadamkan teks/grafik, format teks/grafik dan sebagainya.

3. Cut
Membuang/memadamkan teks/grafik di dalam dokumen. Arahan Cut berbeza dengan delete
kerana melalui Cut, grafik/teks boleh disalin dengan menggunakan arahan paste

4. Copy
Membuat salinan ke atas teks/grafik tanpa membuang teks/grafik tersebut

5. Paste
Memaparkan salinan yang telah dilaksanakan sebelumnya di tempat yang ditentukan di dalam sesuatu dokumen

6. Select
Memilih (highlight) terhadap sekumpulan teks/grafik/perenggan dan sebagainya untuk diformat, dibuang dan juga disalin (Copy/Cut & Paste)
cara untuk Select:
i. Menggunakan kunci Shift + Arrow (kiri, kanan, atas & bawah)
ii. Klik dua kali untuk highlight perkataan
iii. Tekan butang kiri tetikus dan lepaskan diakhir teks/grafik yang ingin dihighlight
iv. Kombinasi kunci Shift + tetikus : klik diawal teks/grafik + kunci Shift + klik diakhir teks/grafik
v. Menggunakan kunci CTRL + A untuk highlight keseluruhan dokumen
vi. Edit – Select All

Melaksanakan Arahan Menu View
Memberikan pilihan kepada pengguna untuk memaparkan dokumen mengikut keselesaan.
1. Print Layout
Dokumen dipaparkan dalam bentuk cetakan

2. Web Layout
Dokumen dipaparkan dalam bentuk laman web

3. Toolbars
Untuk memaparkan dan menghilangkan Toolbars yang ada, klik View – Toolbars – pilih
Toolbars yang diinginkan

4. Status Bars
Memaparkan status dokumen/halaman

5. Ruler
Kedudukan dokumen di bahagian atas dan bawah / kiri dan kanan ditunjukkan

6. Text Boundaries
Garisan sempadan di sekeliling dokumen memudahkan pengguna melihat had kawasan teks di dalam dokumen

7. Field Shading
Pengguna boleh menggunakan paparan ini supaya tidak keliru dengan penomboran di dalam dokumen

8. Non Printing Characters
Memaparkan Characters yang tidak akan dicetak di dalam dokumen semasa cetakan seperti ruangan

9. Full Screen
Membenarkan pengguna melihat dokumen dalam keadaan penuh, tanpa sebarang menu arahan, toolbars, ikon dan sebagainya. Pengguna dibenarkan mengedit dokumen di dalam mod ini.

10. Zoom
Membolehkan pengguna membesar/mengecilkan saiz paparan dokumen mengikut keselesaan mereka

Melaksanakan Arahan Menu Insert
1. Manual Break
Memasukkan samada Page Break (untuk ke halaman berikutnya), Column Break (untuk ke kolum berikutnya, bagi halaman yang mempunyai kolum) ataupun Line Break (untuk ke barisan berikutnya) di dalam dokumen

2. Field
Membolehkan pengguna memasukkan Page Numbers, Date, Time, Subject, Title, Author dan sebagainya.

3. Special Characters
Memasukkan aksara-aksara istimewa ke dalam dokumen

4. Hyperlink
Memasukkan link ke laman web, emel, dokumen atau dokumen baru.

5. Header/Footer/Footnote/Endnote
i. Header dipaparkan di bahagian atas dokumen
ii. Footer dipaparkan di bahagian bawah dokumen
iii. Footnote dipaparkan di bahagian bawah dokumen, berfungsi untuk menerangkan sifat yang bernombor (1,2,3....)
iv. Endnote dipaparkan di bahagian atas dokumen, berfungsi untuk menerangkan sifat yang bernombor (i,ii,iii...)

6. Envelope
Membolehkan pengguna menulis alamat dan pengirim seperti di atas sampul surat pada dokumen

7. Table
Memasukkan jadual ke dalam dokumen

8. Horizontal Ruler
Memasukkan garisan lintang dengan pilihan grafik yang diberi

9. Picture
Memasukkan grafik dari fail

10. File
Memasukkan dokumen lain ke dalam dokumen yang dibuka.

11. Formula
Membolehkan pengguna memasukkan formula matematik ke dalam dokumen dengan mudah.
i. Klik Insert – Object – Formula
ii. masukkan 12 over 4 = 3 (klik di bahagian dokumen)
iii. Masukkan 2 times 2 = 4
iv. y times y =2y
Latihan: Masukkan formula di bawah
i. 12 times 2 = 24
ii. 3 times 4 = 12
iii. %PI func e^{5x}
iv. int 4 x^5 + 2 x^4 + 6x dx
v. {df(t)} over {dt} = {partial f} over {partial x} {dx } over {dt} + {partial f} over {partial y}{dy } over {dt}
vi. x = { -b +- sqrt { b^2 - 4ac } } over { 2a }

Melaksanakan Arahan Menu Format
1. Characters
Pengguna boleh mengubah jenis Font, Effects, Position, Hyperlink dan juga Background bagi
Font

2. Paragraph
Membolehkan pengguna mengubah paparan perenggan di dalam dokumen
i. Klik Format – Paragraph
ii. Pengguna boleh mengubah Indent and Spacing, Alignment, Text Flow, Numbering, Tabs,
Drop Caps dan Borders

3. Bullets & Numbering
Membolehkan pengguna membuat senarai dengan menggunakan sistem pernomboran (1,2,3.. /
i,ii,iii... / a,b,c...) atau menggunakan grafik

4. Page
Format Page membolehkan pengguna mengubah saiz halaman
i. Klik Format – Page
ii. Klik tab Page
iii. Pada Page Format, klik pada Format kemudian pilih format halaman yang dikehendaki
(A4, saiz Width dan Height akan bertukar)
iv. Pada bahagian Orientation pilih Potrait atau Landscape
v. Margin – digunakan untuk menggambarkan sempadan dokumen (segala perkataan, pernomboran dan grafik diletakkan di dalam kawasan yang digambarkan oleh Margin)
vi. Melalui Format Page juga, pengguna boleh mengubahsuai Background dokumen, Borders,
Header, Footer dan juga Footnote

5. Change Case
Membolehkan pengguna menukar format teks (UPPERCASE dan lowercase)

6. Styles & Formatting
Memberikan pengguna pilihan untuk membuat dokumen yang mempunyai format halaman, perenggan, teks, kerangka dan pernomboran yang berbeza.

Latihan1: Membina sebuah dokumen yang mempunyai 2 format halaman yang berbeza
Buka Text Document yang baru
i. Klik Format – Styles and Formatting
ii. Klik Page Styles
iii. Klik New Style From Selection

iv. Di kotak dialog Style Name, masukkan Potrait klik OK
v. Ulangi langkah iii dan iv untuk Landscape
vi. Pada Styles and Formatting, Right Click Landscape (Pop Up Menu dengan 3 pilihan di paparkan New – Modify – Delete)
vii. Klik Modify;
viii. Di bahagian Orientation di Page Tab, klik Landscape dan OK
ix. Klik Insert – Manual Breaks – Page Break – Style – Potrait
x. Klik Insert – Manual Breaks – Page Break – Style – Landscape

Latihan2: Menyimpan Format sebagai template
i. Klik File – Save As
ii. Pada Save As Type menu klik OpenDocument Text Template (.ott)
iii. File Name : mytemplate
iv. Save In: My Document
v. Klik OK (Template akan disimpan)

Latihan3: Menggunakan template yang telah disimpan
i. Buka Text Document yang baru
ii. Pada Styles and Formatting, Klik Load Style (terdapat di New Style From Selection) iii. Klik From File, Browse My Document, Files Of Types: OpenDocument Template (.ott) iv. Klik mytemplate

Latihan 4: Membina Paragraph Style bernama Puisi, Tajuk dan Penulis
i. Buka Text Document yang baru
ii. Pada Styles and Formatting, klik Paragraph Style
iii. Right Clik di dalam kawasan Paragraph Style
iv. Klik New
v. Masukkan maklumat di bawah:

Name: Puisi
Linked With : None Alignment : Center Font: Tunga , Italic, 16pt Klik OK

Ulang langkah ii hingga iv. Masukkan maklumat di bawah:
Name: Tajuk
Next Style : Puisi
Linked With: Heading

Alignment: Center
Klik OK

Ulang langkah ii hingga iv. Masukkan maklumat di bawah:
Name: Penulis
Linked With : Puisi
Font : Blue Highway , Regular, 12pt
Klik OK
Masukkan Puisi di bawah:
Tajuk: Di Atas Mesin Taip

Jari-jari selari menari
berlari
ke kanan ke kiri mencari
ke sana ke mari
di atas mesintaip.

Kata-kata cinta meronta
terpeta
berbaris serata bertinta
mengganti airmata di atas mesintaip.

Sekuntum puisi rindu untukmu.

Penulis : Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah - Dewan Malaysia, London - 2/11/82
* Tips: Untuk mengaktifkan Style Paragraph, klik dua kali pada Style Saragraph yang diinginkan

Modify Style Puisi:
Font: Andalus, Italic, 15pt

Modify Style Tajuk:
Font: Algerian, Regular, 18pt
Font Color: Blue 1, Shadow Background : Grey

Melaksanakan Arahan Menu Table
1. Insert
Membolehkan pengguna memasukkan Jadual/Baris/Lajur (Table/Rows/Columns)

2. Delete
Membolehkan pengguna membuang Jadual/Baris/Lajur (Table/Rows/Columns)

3. Select
Highlight samada Jadual, Baris, Lajur atau Sel (Table/Rows/Columns/Cells)

4. Merge Cells
Menyatukan Sel-sel yang dihighlight

5. Split Cells
Membahagikan sel yang dipilih kepada beberapa sel mengikut kehendak pengguna

6. Protect Cells
Menghalang pengguna mengedit sel yang dilindungi

7. Merge Tables
Menyatukan jadual-jadual yang dihighlight

8. Split Tables
Memberi pilihan kepada pengguna samada hendak memisahkan jadual dengan Heading atau tanpa Heading
Klik dimana-mana di dalam jadual, klik Table – Split Table – Copy Heading (jadual akan terpisah menjadi 2, kedua-duanya mempunyai Heading)

9. Convert
Menukar jadual kepada teks / teks kepada jadual
Latihan: Menukarkan teks kepada jadual
isikan maklumat di bawah ke dalam dokumen OpenOffice.org Writer:

Dalam kebanyakkan kes, kenaikan minyak akan menyebabkan kenaikan harga bahan mentah sekiranya ini berlaku, harga barangan akan naik berlipat kali ganda

i. Highlight maklumat yang telah dimasukkan
ii. Klik Table – Convert – Text To Table; klik pada paragraph
iii. Masukkan maklumat di bawah

Perkara;Masa;Tarikh;Tempat
Mesyuarat Bulanan;3.00 PM;4/4/08;Bilik Kuliah 1
Kursus OpenOffice.org;;7-8/4/08;Makmal Komputer

iv. klik Table – Convert – Text To Table – Semicolons

Latihan: Tukarkan semula kedua-dua jadual yang diperolehi kepada bentuk teks

10. Sort
Mengisih data di dalam jadual

11. Formula
Membolehkan pengguna memasukkan formula ke dalam jadual

12. Table Properties
Membolehkan pengguna mengedit jadual berdasarkan pilihan yang diberikan

Tools
Word Completion
– Word Completion boleh menjimatkan masa
– Apabila pengguna memasukkan sesuatu teks, terdapat beberapa huruf muncul pada dokumen sebagai cadangan bagi teks yang dimasukkan.
– Sekiranya cadangan yang diberikan itu betul, pengguna hanya perlu menekan kunci Enter untuk menerima cadangan
– sekiranya ingin menolak cadangan, pengguna hanya perlu menaip huruf-huruf seterusnya seperti biasa
– Untuk menukar setting Word Completion klik Tools – Auto Correct
– Kotak dialog Auto Correct akan dipaparkan i. Klik pada tab Word Completion
ii. Check/uncheck pada Enable Word Completion (sekiranya Check, opsyen Word Completion akan diaktifkan)
iii. Append Space memaparkan cadangan di sebelah kanan huruf yang dimasukkan dan dihighlight
iv. Show As Tip memaparkan cadangan sebagai tip
v. Accept with membolehkan pengguna memilih kekunci yang mereka inginkan untuk menerima cadangan yang diberikan oleh Word Completion (End, Enter, Space dan Right)
vi. Min. word length – menentukan bilangan huruf minimun bagi perkataan
vii. Max entries – menentukan bilangan maksimum perkataan yang disimpan di dalam senarai
Word Completion

Option
– Melalui Option pengguna boleh menukar setting dokumen mereka
– Klik Tools – Options untuk melancarkan kotak dialog Option
– klik + untuk memaparkan senarai, dan - untuk menyembunyikan senarai
– Klik + pada OpenOficce.Org kemudian klik General; check pada Tips untuk mengaktifkan Tips
– User Data membolehkan pengguna memasukkan data mereka ke dalam OpenOffice.org
– Klik + pada Language Setting, klik Language untuk membolehkan pengguna menukar Locale Setting (Default Currency akan bertukar mengikut Locale Setting), dan Default Language yang mereka inginkan

SpellCheck
– Spellcheck membolehkan salah-eja perkataan ditandakan dan diperbetulkan
– perkataan yang tersalah eja akan digariskan dengan garisan merah. Apabila kesalahan dibetulkan, garisan merah tersebut akan hilang
– 2 cara untuk mengaktifkan Spellcheck :
i. Melalui Ikon Spellcheck
ii. Tools – Spellcheck

– Spellcheck juga membolehkan pembetulan ejaan dilakukan semasa memasukkan perkataan.

Latihan1: Membetulkan ejaan perkataan yang salah
i. Masukkan derection, tekan Spacebar (perkataan derection akan digaris merah)
ii. Klik Tools – Spellcheck:
Pada bahagian Suggestion hanya terdapat perkataan-perkataan cadangan dalam Bahasa Melayu
(ini kerana Language Setting pada Option telah ditukar ke Bahasa Melayu)
Untuk membetulkan perkataan Inggeris, klik pada ruangan Dictionary Language, pilih English
(USA). Senarai cadangan akan bertukar ke English. iii. Pilih direction, klik Change
iv. Masukkan sembelan dan tekan Spacebar (perkataan sembelan akan digaris merah)
v. Right Click perkataan sembelan; dari senarai pop up menu yang dipaparkan pilih sembilan
di bahagian bawah senarai pilihan terdapat:
Spellcheck – membuka dialog spellcheck
Add – menambahkan perkataan ke dalam kamus
Ignore All – pilihan untuk tidak membetulkan kesalahan ejaan
Auto Correct – memberikan senarai cadangan

Latihan2: Menambah/Membuang perkataan dari senarai Spellcheck
i. Masukkan perkataan sembelan
ii. Right Click perkataan sembelan
iii. Klik Add – Standard dic (Perkataan sembelan disimpan di dalam kamus, dan garisan merah akan hilang tanpa pembetulan)
iv. Klik Tools – Option – Language Setting – Writing Aids
v. Di bahagian User Defined Dictionaries klik Standard[All]
vi. Klik Edit, pilih perkataan sembelan, klik Delete. Kemudian Close
vii. Perkataan sembelan kembali digariskan

Thesaurus (Synonim)
– Masukkan sesuatu perkataan
– Klik Tools – Language – Thesaurus
– Pada Meaning – pilih maksud perkataan
– Pada kotak Synonim pilih maksud yang diinginkan, klik OK
– Perkataan yang dimasukkan akan ditukar dengan perkataan yang dipilih di dalam Synonim