04 April 2012

Sukaneka Hari Keluarga 2012

Seperti kebiasaannya Sukaneka Hari Keluarga KESBA ini telah menghimpunkan semua ahli KESBA serta ahli keluarga masing-masing di dalam satu majlis. Ini adalah peluang yang jarang-jarang didapati oleh ahli KESBA dimana ahli dapat meluangkan masa bersama ahli yang lain disertai oleh keluarga masing-masing dan menjalankan aktiviti yang dirancang.













Orang Kuat rumah Hijau







































Inai macam maaaa..!



















































Comelnyerrr....!













Boleh makan ke aku ni..relaks..relaks..

See the leg man...!






Aik..? apasal terbalik nih..?

01 Mac 2012

Apa itu Google Drive?

 

Google kini menawarkan aplikasi terkininya Google Drive. Apa itu Google Drive ? Google Drive adalah perkhidmatan storan awan (cloud) yang membolehkan anda menyimpan dokumen , foto dan sebagainya. Menggunakan google drive membolehkan fail pada pc atau laptop anda terus boleh di synchronize dan disimpan terus dalam google drive. Maknanya anda boleh mencapai fail-fail anda di mana sahaja walaupun anda tidak laptop. Apa yang perlu dilakukan anda  anda hanya perlu memilih fail atau apa sahaja yang ingin di synchronize dengan google drive kerana google drive menawarkan secara percuma storan sehingga 5GB. APA yang ANDA perlu TAHU bagi yang BELUM TAHU , google drive terbina dalam GOOGLE DOC. Jika anda membuka gmail anda, pada Bar atas (lihat gambar bawah) biasa terdapat DOCUMENT namun setelah anda menggunakan Google drive, perkataan Document bertukar kepada Drive..

22 Februari 2012

Staf / Pensyarah KMNS didedahkan gaya baru penerbitan buletin



Sebahagian pensyarah serius menggunting bahan daripada akhbar untuk membuat reka bentuk majalah secara manual dalam Bengkel Penerbitan Buletin KMNS di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah, baru-baru ini.



KUALA PILAH 21 Feb. - Keinginan untuk menjayakan buletin yang bakal diterbitkan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di sini mendorong lebih 30 pensyarah dan kakitangannya menyertai bengkel sehari baru-baru ini.
Bengkel berkenaan yang bertujuan meningkatkan kualiti penerbitan selain keceriaan pada reka bentuk dan pengisian bahan dikendalikan oleh wartawan TV3, Faizal Abas dan Ketua Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan, Ainol Amriz Ismail di kampus tersebut.
Menurut Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas KMNS, Hasanuddin Yahaya, bengkel sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk melihat daya pemikiran dan garapan baru dari kacamata wartawan serta editor.
"Kita mahukan pembaharuan dalam penerbitan Buletin KMNS supaya ia lebih matang dan mampu menjadi tarikan kepada pembaca," katanya di sini baru-baru ini.
Bengkel penerbitan Buletin KMNS diadakan buat pertama kali oleh pihak kolej sebagai usaha mendapatkan maklumat betul daripada mereka yang terlibat dalam industri penerbitan.
"Mereka yang menyertai program ini dibimbing untuk mendapatkan bahan berita, letak gambar terbaik selain diajar membuat reka bentuk secara manual," katanya.
Jelas Hasanuddin, kerjasama yang baik antara 'orang media' dengan KMNS akan diteruskan pada masa hadapan khususnya dalam penerbitan buletin ini.
Dalam pada itu, editor buletin, Pamelyn Tan-Corsi berkata, bengkel itu telah menjana idea baru dalam menghasilkan buletin dengan konsep santai, kontemporari serta mudah dibaca berbanding tulisan yang panjang, gambar yang kecil serta ruang yang terlalu sendat.
"Saya mengharapkan kerjasama ini diteruskan kerana ia memberi inspirasi serta pengalaman baru kepada pensyarah di sini terutama dalam menghasilkan buletin yang lebih bertenaga," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia 22/02/2012