Rumahtangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumahtangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelumbutan isteri semata-mata.
Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt. pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardhu ain). Firman Allah swt bermaksud:
"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari seksa neraka."
Setelah kita mengetahui sifat-sifat seorang suami, perlu juga diketahui tugas dan tanggungjawabnya iaitu:
1. Menjadi pemimpin keluarga
2. Mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardhu ain
(wajib) iaitu tauhid, feqah dan tasauf.
Ilmu tauhid: Diajarkan supaya beriktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah. Mengajar sifat-sifat yang wajib, mustahil, harus bagi Allah dan Rasulullah saw. Rukun Iman, Islam dan lain-lainnya.
Ilmu feqah: Mengajarkan mereka supaya ibadah yang tunaikan itu menepati syariat Islam, seperti soal-soal kerukunan dalam sembahyang dan puasa. Mengenai perkara yang halal, haram, harus, makruh dan sunat.
Menerangkan kepada isteri mengenai haid, nifas dan wiladah malah perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta hukum hakam menyucikan najis
(mughallazah, mukhaffafah dan mutawassitah).
Contoh bagi mandi hadas besar (haid kering): Apabila darah haid itu kering menjelang waktu maghrib, hendaklah ia segera mengangkat hadas besar dan menggantikan dua waktu sembahyang fardhu yang tertinggal iaitu zuhur dan asar. Jika suci pada waktu Isyak maka hendaklah diqadhakan sembahyang asar dan maghrib. Begitulah seterusnya jika di waktu yang lain.
Ilmu Tasauf: Mendidik ahli keluarga supaya sentiasa berakhlak dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari dirosakkan oleh riak, sombong, bangga dan menunjuk-nunjuk serta mengadu domba. Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Tidak mendapati akan Allah oleh seorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil akan segala isi rumahnya."
Ini bermakna suami yang tidak mengajar isteri-isterinya mengenai perkara-perkara yang fardhu ain dan membiarkan mereka di dalam kejahilan.
3. Memberi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari sumber dan usaha yang halal. Ingatlah para suami, kewajipan kita terhadap mereka ialah melayani dengan baik dalam hal di atas. Sabda Rasulullah saw bermaksud:
"Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang)."
Berkata setengah ulama:
"Sesungguhnya sekali membeli pakaian anak isteri yang menyukakan hati mereka maka suami akan mendapat pahala selama 70tahun."
4. Tidak menzalimi anak isteri iaitu dengan
- memberi didikan agama secukupnya.
- Memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
- Menegur, menasihati dan menunjuk ajar jika mereka melakukan maksiat dan kesalahan.
5. Hendaklah memberi nasihat jika isteri gemar mengumpat, berleter serta melakukan sesuatu yang bersalahan dengan perintah agama. Selalulah ceritakan gambaran-gambaran wanita yang diseksa di atas perbuatan yang sedemikian.
Kaum wanita tidak digalakkan menziarahi ke rumah orang lain. Ini bukanlah bererti tidak boleh berziarah langsung. berziarah itu boleh tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Sedangkan lidah tergigit, inikan pula kita manusia biasa. Tambahan pula bila sudah hidup bersuami isteri, kena sabar dengan kerenah suami, kerenah isteri dan anak-anak.
Di antara perkara yang boleh membawa kepada kebinasaan berkahwin apabila suami tidak memberikan nafkah yang halal kepada ahli keluarganya. memandang ringan akan hak-hak keahlian mereka apatah lagi jika membiarkan mereka susah dan menderita. Rasulullah saw telah mengingatkan dengan sabda yang bermaksud:
"Memadailah seorang itu derhaka dan dosa bahawa menghilangkan ia akan hak orang yang wajib dinafkahinya."
Dosa yang paling berat sekali apabila suami tidak menunaikan mas kahwin kepada isterinya sepertimana yang dijanjikan. hal ini telah diperjelaskan oleh baginda dengan maksudnya:
"Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini perempuan dengan mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya ia tidak berniat untuk memberikan hak kepada perempuan tersebut (mas kahwin) kepadanya. maka ia meninggal dunia sedang ia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya maka ia akan menjumpai Allah di hari kiamat nanti dalam keadaan berzina."
Berkata pula Imam Ghazali: Kebinasaan berkahwin ini umumnya tiada sejahtera daripadanya melainkan orang yang alim akan ilmunya yang dapat memberi manfaat di hari akhirat. Mempunyai akal yang sempurna dan baik akhlaknya malah mengetahui dengan mata hatinya akan adat dan sikap seorang wanita itu. Sabar ia di atas segala kejahatan lidah isterinya dan tidak mengikut segala kehendak hawa nafsunya melainkan bermuafakat dengan perkara yang bertepatan dengan syariat.
Secara ringkas di sini dapatlah diertikan, seorang suami yang alim
(mengetahui) akan ilmu-ilmu keagamaan itu mestilah mendidik isterinya dengan penuh berhikmah. Tidak mengambil sesuatu tindakan yang melulu sebaliknya bukanlah bermaksud tunduk dan patuh di bawah telunjuk isteri. Malah bersikap lapang dada dalam menghadapi sesuatu masalah sebab Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuannya.
Sikap kita di alam bujang dan alam rumahtangga akan jauh bezanya baik yang lelaki mahupun perempuan. Apa yang lebih membimbangkan bila seorang lelaki itu telah memasuki gerbang rumahtangga di mana sikapnya di zaman bujang yang terkenal dengan kuat bersembahyang sunat, puasa sunat, bezikir dan bersedekah telah berubah. Berubah menjadi seorang yang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri. Bekerja keras untuk mengumpul harta dan kemewahan semata-mata untuk keluarga. lebih buruk lagi bila sifatnya yang pemurah tiba-tiba menjadi kedekut dan sombong dengan harta yang ada.
Inilah masalah yang perlu kita semua ambil perhatian. Bukan sahaja kepada golongan suami, isteri sendiri mestilah memainkan peranan membantu suami dalam mengatasi masalah tersebut. Bukannya mengungkit, menghasut dan memaksa suami melakukan itu ini yang di luar batas kemampuannya. Mencari rezeki untuk memudahkan keluarga memanglah digalakkan tetapi biarlah kena pada tempat, masa dan keadaannya, janganlah pula sampai tertinggal ibadah yang wajib! Sebab, telah berkata Abi Sulaiman Ad Darani r. t:
Barang yang membimbangkan akan dikau daripada mengingati Allah swt iaitu daripada ahlinya dan hartanya dan anaknya maka iaitu celaka atasmu.
Kesimpulan, bersikap sederhanalah dalam mengatur dan menyelenggarakan sebuah rumahtangga. Sentiasalah mengadakan perbincangan dengan isteri (tambahan kalau yang beristeri lebih dari satu) terutama dalam mujahadah mengikis nafsu mazmumah yang masih lagi berkarat di hati-hati kita. Seorang suami mestilah bersikap tegas di atas sikap anak isteri bila mengerjakan perkara mungkar yang berlawanan dengan syariat samada yang haram, makruh, harus ataupun perangai yang kurang beradab. Dayuslah seorang suami jika dia sama-sama menjadi tukang sokong sekaligus bersubahat dengan keluarganya. Allah sentiasa mengingatkan hamba-hambanya supaya bertolong-tolong dalam perkara yang mendatangkan kebajikan bukan sebaliknya kerana ianya mendatang dosa dan seteru.
Akhir kata dari saya, Allah telah mengingatkan para suami dengan firman yang bermaksud:
"Dan ketahuilah harta dan anakmu itu adalah fitnah."
Maka marilah kita jagai mereka agar selamat dari bala bencana dunia akhirat. Itulah keistemewaan kita sebagai suami, kelebihan satu darjat kaum lelaki itu dari wanita ialah darjat suami yang bertanggungjawab dan berkewajipan dalam mengeluarkan belanja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan