Titipan coretan dari bekas mantan Pengarah KMNS - Tn. Haji Mohd Fahmi b. Mohd Yusof
I hate writing though I don't mind talking. I could talk for days telling you so many stories. Tetapi, diruangan ini saya ingin berkongsi pengalaman melalui dua buah cerita hasil pengalaman peribadi saya dan cerita yang pernah dititipkan oleh Tuan Guru saya sedikit masa dahulu.
Cerita I
Satu hari, Junjungan Besar nabi Muhammad (s.a.w) telah berbekam. Setelah selesai berbekam, baginda memanggil seorang sahabat untuk membuangkan darah bekam baginda. Sahabat tersebut mengambilnya dan pergi ke sana ke mari untuk mencari tempat yang paling sesuai untuk
dibuang darah tersebut.
Beberapa ketika kemudian, Baginda memanggil sahabat tersebut dan menanyakan di manakah darah tersebut telah dibuangkan. Sahabat menjawab, "Aku dapati tidak ada tempat yang sesuai di muka bumi ini untuk dibuangkan darahmu ya Rasul al-Allah. Aku muliakan darah itu kerana ia adalah darah seorang Pesuruh Allah. Aku tidak mahu darah tersebut dicemarkan oleh binatang, jin, syaitan, atau manusia jahat.
Lantas aku minum darah tersebut. Aku mohon maaf ya Rasul al-Allah". Baginda segera menjawab, "Engkau telah engkar dengan perintahku. Tetapi aku ingin memberitahumu, barang siapa yang mengalir di dalam tubuh badannya darahku, maka orang itu tidak akan dijilat oleh api neraka".

Ini adalah satu contoh cerita yang terasing. Cerita ini menggambarkan betapa seorang sahabat meletakkan kemuliaan kepada yang patut dimuliakan. Dan alangkah mulianya jika kita para pendidik
dapat mengambil iktibar daripadanya, dengan meletakkan kemuliaan pada profesyion yang kita junjung dan anak-anak didik yang kita pimpin.
Cerita II – Babak I
Tahun 1997. Anak saya, Elina berada di tahun akhir bidang Accountancy & Finance,Southbank University, London di bawah tajaan TNB.

Sejak semester dimulakan anak saya terpaksa menumpang tinggal di bilik rakan karib beliau, Wan Hidayah. Untuk mencari bilik yang sesuai dan persekitaran yang selamat, bukan satu perkara yang mudah di London. Saya menasihatkan supaya anak saya terus berusaha dan cekalkan hati kerana ini adalah ujian dari Allah.
Sebagai bapa dan ibu, kami berasa sangat risau, kerana saya hanya mempunyai dua orang anak perempuan. Kasih sayang yang saya tumpahkan, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak banyak yang dapat kami lakukan. Kadang-kadang tersebut dimulut saya, "If I were a millionaire…" Namun demikian, setiap malam saya titipkan doa memohon pertolongan dari Allah yang maha Esa. KepadaNya sahaja tempat kami mengadu.
Selang beberapa hari, datang tiga orang pelajar perempuan tingkatan 6 Atas dari Sekolah Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor (isteri saya adalah guru "pakar" Ekonomi di sekolah tersebut). Rumah mereka
jauh dari sekolah. Mereka keluar rumah sebelum terang tanah dan tiba di rumah hampir-hampir waktu Asar menjelang. Mereka ingin mencari rumah untuk disewa (mereka bukan dari golongan yang berada).
Keadaan mereka ke sekolah boleh saya ungkapkan sebagai; kalau hujan basah kuyup, kalau panas seperti bermandikan peluh. Tiba di sekolah sudah kelihatan tidak bertenaga. Sampai di rumah seperti sudah tidak bermaya. Menurut isteri saya, mereka adalah anak-anak yang baik, berbudi bahasa, berhemah tinggi serta sangat rajin belajar. Dan, saya sendiri percaya dengan falsafah yang dibawa oleh Thomas Edison: "Genius is one percent inspiration and ninety-nine percent perspiration. Saya katakan kepada isteri saya, "kita tolong budak-budak ini". (Semasa itu saya bertugas sebagai Pengetua di High School, Batu Pahat). Niat saya hanya ingin menolong.
Mulai hari itu sehingga satu minggu lamanya, setiap malam kami keluar untuk mencari rumah sewa. Takdir Tuhan telah menentukan, tidak ada rumah atau bilik untuk disewakan. Saya terasa amat kecewa
kerana tidak dapat menolong. Saya menggambarkan perasaan hati anak saya yang tidak dapat mencari tempat tinggal di London. Saya dapat bayangkan hancurnya hati ketiga-tiga pelajar tersebut.
Malam itu saya seperti dikejutkan dari tidur (mungkin kerana asyik memikirkan soal mencarikan rumah sewa). Tiba-tiba hati kecil saya seperti dibisikkan oleh satu suara; mengapa tidak kami sahaja
mengambil mereka tinggal bersama!. Saya suarakan suara hati saya kepada isteri saya. Beliau sangat bersetuju kerana sebelum inipun memang kami mempunyai ramai anak-anak angkat dan setengah daripada mereka tinggal sebumbung dengan kami. Lusanya, jadilah tiga orang pelajar itu anak angkat kami dan tinggal serumah. Apa yang kami makan, itulah juga yang mereka suapkan ke mulut. Kami hanya tinggal berempat sebelum ini; saya, isteri, ibu mertua yang telah berusia 90 tahun dan seorang pembantu rumah dari seberang.
Anak bongsu saya, Aimi pada masa itu berada di Tingkatan Dua di Sek. Men. Sains Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Terasa puas hati saya kerana dapat menyelesaikan masalah pelajar tersebut, yang kadang- kadang saya panggil the 3 musketeers, kadang-kadang the 3 mosquitoes. Mereka ke sekolah (hanya ¼ km) bersama isteri saya. Mereka mendapat `special tution' matapelajaran Ekonomi dari isteri
saya, yang mereka panggil Ummi.
Tuhan maha pengasih lagi penyayang. Pada malam selepas kami mengambil mereka tinggal bersama kami, saya mendapat panggilan telefon dari London. Anak saya telah mendapat bilik untuk disewa.
Tiba-tiba sahaja, rakan yang tinggal di situ berpindah, untuk memberi ruang kepada anak saya. Ini adalah satu kebesaran Allah.
Cerita II: Babak II
Cerita ini tidak habis disini. Kebesaran Allah sentiasa ada. Kami membuat MoU dengan 3 orang anak angkat kami. Mereka tidak perlu risau tentang yang lain. Tugas mereka hanya `belajar' dan pada tahun
hadapan lulus STPM dengan baik dan masuk Universiti. Kerana itu, kami cuba berikan segala bentuk kemudahan agar mereka boleh belajar dengan selesa. Pertama, saya belikan kelengkapan belajar mereka dari Court Mammoth. Kemudian kami belikan tilam. katil almari dan lain- lain. Kami seronok mendapat anak baru. Mereka belajar `round the clock'. Dan saya mendapat 15 kad pertandingan, kerana membeli barang keluaran Court Mammoth. Tiga gadis anggun kami itulah yang mengisi
borang dan menyediakan cogankata pertandingan. Esoknya, saya minta PAR di sekolah saya mengeposkan kad tersebut, (penyertaan disaat- saat terakhir).
Selang sebulan saya menerima sepucuk surat, berbunyi lebih kurang: "Anda dijemput ke H.Q Court Mammoth untuk Cabutan Bertuah. Hadiah pertama ialah sebuah rumah berharga RM170,000 di Bukit
Beruntung berserta RM30,000 kelengkapan rumah. Sesungguhnya kami tidak pernah mimpi untuk mendapat hadiah pertama itu. Berdoa untuk itu juga jauh sekali. Benarlah seperti apa yang pernah diucapkan oleh seorang rakan di Universiti pada tahun 1970 dahulu (sekarang beliau adalah KPPM kita yang dikasihi)). "Jangan harap kita akan dapat sesuatu kalau kita tidak pernah mimpikannya. Dan yang lebih penting jangan harap Tuhan akan memberikannya, kalau kita lokek menadah tangan untuk berdoa". Saya hanya dapat hadiah saguhati, RM 5000.00. Alhamdulillah. Dengan hadiah sebanyak itu saya belikan 1 set TV 29",dan alatan bilik tidur. Saya belikan juga satu biji kipas angin untuk PAR yang menolong mengeposkan kad pertandingan (P.S: Pagi itu bila kereta saya tiba di pejabat, PAR telah berjumpa saya dan mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut dan kemudian berkata "yang menang itu tentulah dari kad yang saya tolong poskan". Saya pegang tangan PAR saya dan bawa ke boot kereta saya. Saya berikan kipas angin yang dibelikan khas untuknya). Kami juga berikan RM 200.00 seorang kepada Jula Juli Bintang 3 kami (P.S: saya katakan kepada mereka: "budak-budak tak baik pegang duit banyak-banyak. RM 200.00 cukup).
Masa berlalu. Ketiga-tiga pelajar tersebut lulus STPM dengan baik. Hanim masuk USM, Diana masuk UKM. Rahimah walaupun boleh masuk Universiti tetapi ingin menjadi guru dan masuk Maktab Perguruan kerana itulah cita-citanya. Sekarang mereka sudah lulus dan bekerja. Setiap Harijadi,
Anniversary, Hari raya, mereka adalah antara orang yang terawal mengirimkan ucapan. Mereka juga sering telefon dan menjengok kami. Ini adalah kebesaran Allah. Kami bangga kerana dapat melakukan
sedikit bakti kepada sesama manusia.
Cerita II – Babak III
Sebelum saya dipindahkan ke KMNS, November 2001, perkara yang hampir sama terjadi sekali lagi. Anak bongsu saya, Aimi yang ingin sangat belajar di luar negeri, tiba-tiba mendapati peluang untuk itu telah tertutup rapat. Dari air muka anak saya, dapat saya rasakan wajah kekecewaan. Anak saya ditawarkan masuk Universiti Malaya dalam bidang Bio- Medic Engineering. Dan saya ajarkan anak saya erti `redha' dengan takdir Allah. Alhamdulillah. Anak saya sudah boleh menerimanya, Namun, saya tetap memohon. Memohon dan mengadu kepada Yang Maha Esa. Saya berpegang kuat dan yakin dengan sebuah hadis – yang pernah diajar oleh Tuan Guru saya: dari Ibnu Abbas r.a.: Doa adalah pembuka rahmat, wuduk pembuka solat dan solat pembuka syurga. Selama satu bulan itu, saya panjangkan tahajjud saya dan saya panjangkan sujud saya. Saya terus bermunajad. Pada masa itu
juga ada 3 orang pelajar perempuan Tingkatan 6 Rendah dari Sekolah Dato' Bentara Luar, berjumpa isteri saya untuk mencari rumah sewa. Isteri saya terus menerima mereka untuk tinggal bersama-sama kami. Kami dengan ikhlas, hanya ingin menolong apa yang mampu.
Tuhan maha berkuasa dan maha mendengar. Tidak berapa lama selepas itu, anak saya mendapat tawaran belajar di luar negeri, di bawah tajaan MARA. Sekarang anak bongsu saya itu berada di Vanderbilt University, Tennesee, US., di dalam bidang Bio-Medic Engineering. Dan ketiga-tiga pelajar tersebut masih tinggal di rumah saya di Batu Pahat, dan akan menduduki peperiksaan STPM tahun 2002 ini. Semoga mereka berjaya.
Saya sangat bersyukur dengan anugerah yang telah dilimpahkan dan akan dilimpahkan oleh Allah kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya kebaikan itu amat banyak. Dan, sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang kepada hambanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan