Windows 7 memiliki sebuah fungsi yang dapat menjadi penyelesaian untuk pengguna yang menghadapi masalah penglihatan. Ini adalah disebabkan ada sesetengah tulisan dan gambar di skrin komputer yang terlalu kecil. Biasanya ia berlaku pada web internet, sebagian web internet memiliki tulisan yang kecil dan sukar dibaca.
Dengan menggunakan fungsi Kanta Pembesar atau Windows Magnifier ianya lebih memudahkan anda untuk dapat membacanya. Ianya juga adalah baik bagi mereka yang selalu membuat persembahan slaid menggunakan PC.
Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
1. Klik butang Start
2. All program
3. Accessories
4. Ease of Access
5. Magnifier
Anda akan melihat paparan kecil seperti dibawah pada skrin PC anda
Tekan tanda Plus pada paparan tersebut. Secara automatik paparan pada skrin akan di Zoom-in kan. Anda juga boleh menggunakan butang Windows dan butang ++ pada Keyboard serentak untuk membesarkan gambar/imej.
Cuba buka folder yang mengandungi gambar pada PC anda, dan klik pada gambar tersebut dan Zoom- in kan dengan menekan tanda Plus beberapa kali. Anda akan dapati gambar tersebut boleh di zoomkan beberapa kali ganda daripada gambar yang normal.
Ada pelbagai views untuk menggunakan Magnifier ini. Pada panel tadi, cuba klik butang Views. anda akan dapati beberapa pilihan muncul pada paparan seperti dibawah:
Full Screen – Kawasan yang dibesarkan (zoom) adalah seluruh skrin
Lens – Kawasan yang dibesarkan hanya yang ada di sekitar pointer mouse
Docked – Akan muncul kawasan tersendiri yang merupakan hasil zoom dari sekitar pointer mouse
Lens – Kawasan yang dibesarkan hanya yang ada di sekitar pointer mouse
Docked – Akan muncul kawasan tersendiri yang merupakan hasil zoom dari sekitar pointer mouse
Untuk normalkannya semula, sila klik pada ikon kanta pembesar dan klik tanda pangkah pada paparan panel tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan