Bukalah sebuah dokumen excel yang memiliki lembar kerja yang banyak. Lalu buat sebuah lembar kerja baru dan beri nama dengan Daftar Isi Kandungan.
1. Kemudian letakkan pointer di sel A1, Taipkan Daftar Isi. Lalu di sel A2 tekan kekunci CTRL + K atau klik dari menu insert > Hyperlink untuk memaparkan kotak dialog Insert Hyperlink.
2. Pada bahagian Link to, pilih Place in This Document. Dibahagian Cell Reference, pilih nama sheet (lembar kerja) yang ingin di link. Dan dibahagian Text to display taipkan teks yang akan dipaparkan pada daftar isi.
3. Ulangi langkah-langkah diatas hingga selesai.
4. Jika anda ingin pergi pada sel tertentu dalam sebuah sheet, semasa menambahkan hyperlink teks dengan tulisan A1 dapat diubah ke sel yang lain, misalnya ke sel A100.
5. Untuk paparan daftar isi yang lebih menarik, anda bolehlah berikan style melalui auto format dan gambar. Hyperlink juga dapat diberikan pada gambar.
6. Untuk menghapus atau mengedit hyperlink, anda cuma klik kanan pada teks di daftar isi dan pilih Remove Hyperlink atau Edit Hyperlink.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan