13 Ogos 2008

Menggunakan Fungsi Search Dalam Pencarian Fail / dokumen


Rasanya dah ramai pengguna komputer yang tahu skill asas ini. Tapi percayakah anda bahawa masih ramai dari kita yang masih tidak tahu menggunakan fungsi "SEARCH" yang terdapat dalam komputer masing-masing.

Dalam PC kita sebenarnya terdapat beratus malah beribu fail. Jika kita tidak ingat nama fail atau dimana kita simpan fail tersebut tentulah amat sukar untuk teliti satu persatu fail yang ada. Di sinilah kita aplikasikan kemahiran mencari fail menggunakan SEARCH.



Anda diberi empat pilihan sama ada mencari:
  • Picture, music or video
  • Documents ( untuk fail word, excel, pdf, pwerpoint dll yang sewaktu dengannya)
  • All files and folder ( untuk cari apa sahaja jenis fail atau folder)
  • Computer or people ( kalau nak cari komputer yang ada dalam rangkaian dll)
Buat pilihan mengikut apa yang anda mahu cari. Jika anda kata saya tak tahu fail tu jenis apa, Kliklah pada carian menggunakan All files.


Pada kotak All or part of the file name:
Taipkan nama fail yang anda cari...
atau jika lupa nama fail...
Taipkan sebahagian nama fail yang anda ingat.

Pada kotak A word or phrase in the file:
Taipkan satu perkataan yang anda rasa ada dalam kandungan fail yang anda cari..
atau...
abaikan sahaja kotak ini.
 Pada kotak Look in:
Klik pada butang tiga segi hitam tu untuk buat pilihan sama ada fail anda tu terletak dimana..
Selalunya kalu fail dokumen akan terletak di My Document
Jika tak ingat letak di mana klik sahaja Local Hard Drive (C:)
Jika ada banyak drives dalam komputer anda pilihlah semua seperti ini
Local Hard Drives (C:; D: ; E:)
Seterusnya klik pada butang Search
Hasil carian anda akan dipaparkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan