08 Ogos 2008

Tukarkan Huruf kecil ke huruf besar Dalam MS Excel



Command untuk excel ialah =UPPER(text).
Anda cuba sendiri dulu. Guna satu perkataan dulu.
Ini cuma latihan untuk anda untuk memahami fungsi =UPPER(text) .

Contoh:
1. Taip perkataan 'Saya makan nasi' kat lokasi cell A1.
2. Taip formula =UPPER(A1) kat lokasi cell A2.
3. Dengan automaticnya perkataan 'Saya makan nasi' dari lokasi cell A1 tadi, akan disalin di lokasi cell A2 dan seterusnya menjadikannya semua huruf besar 'SAYA MAKAN NASI' di lokasi cell A2.
4. Sementara perkataan dari lokasi cell A1 tadi kekal huruf kecil.
5. Kesimpulannya anda ada dua perenggan ayat di lokasi cell A1 dan juga di lokasi cell A2.
6.Dilokasi A1 adalah huruf kecil dan dilokasi A2 adalah huruf besar.


Saya bagi idea, adalah lebih baik create a new worksheet untuk meletakkan formula =UPPER(text) ini.
Contoh command dia adalah =UPPER(SHEET1!A1) atau =UPPER(SHEET2!A1) atau
=UPPER(SHEET2!B3).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan