06 Ogos 2008

Memasukkan Nombor Muka surat dalam MS Word 2007

Jika anda perhatikan sebuah buku yang mempunyai  halaman yang banyak diberikan nombor pada setiap halamannya untuk mempermudah pencarian sesuai dengan kandungannya. Penomboran mukasurat biasanya menggunakan penomboran romawi (i, ii, iii, iv, v, dst) atau penomboran biasa (1, 2, 3, 4, 5, dst). Kedudukan nombor halaman biasanya berada pada bahagian header ataupun footer suatu halaman.

Untuk memberi nombor muka surat boleh dilakukan dengan cara :
Klik ribbon insert, group menu Header & Footer, Page Number. Seperti pada gambar dibawah ini.
  1. Pilih salah satu pilihan, yaitu Top Page atau bottom page.
  2. Dan juga pilih tempat nombor halaman di sebelah kiri (plain number1), tengah (plain number2)atau kanan (plain number3) kertas atau accent bar1.


Maka halaman anda secara automatik telahpun diberi nombor.

Untuk mengubah format penomboran halaman, ulangi langkah nomor 1 diatas, kemudian pilih Format page numbers.
Pilih format nombor pada number format
Pada page numbering, pilih continue previous section untuk meneruskan nombor halaman sebelumnya atau start at untuk memulai rangkaian baru dari nombor pilihan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan