15 Ogos 2008

Buat Kupon Dengan Nombor Siri - Mail Merge

  • Buka Fail baru dalam MS Exel
  • Taipkan tajuk 'Nombor' pada Kolum A1 (lihat gambar dibawah)


  • Klik kanan mouse pada Kolum A (seperti gambar dibawah)
  • Pilih Formal cells


  • Pilih 'Text' pada Category
  • Klik butang OK


  • Taipkan Nombor 00001 (seperti gambar dibawah)
  • Selepas itu tarik pada pepenjuru cell berkenaan kebawah sehingga 1000 (lihat gambar dibawah)
  • Gambar dibawah menunjukkan No. Siri bermula 00001 hingga 1000
  • Savekan fail ini dalam MS Excel dengan tajuk 'Kupon1'
  • Tutup Fail Excel


  • Buka Fail MS Publisher dalam MS Office (lihat gambar dibawah)



  • Buka Folder 'Labels' (lihat gambar dibawah)

  • Pada menu Classic Designs pilih Medium (Avery L7161) seperti gambar dibawah

  • Taipkan maklumat kupon anda seperti di bawah ini. Gunakan Text Box untuk masukkan apa-apa maklumat yang dikehendaki seperti No. Siri, Bayaran dan lain-lain. Pada bahagian No. Siri besarkan Text Box untuk di isi nombor siri nanti.

  • Selepas itu klik / letakkan cursor disebelah No. Siri

  • Klik pada menu Tools > Mailings and Catalogs > Mail Merge



  • Tandakan pada 'Use an existing list'
  • Klik pada pautan 'Next: Create or connect to a recipient list'
  • Cari fail yang bertajuk 'Kupon1' yang telah dibuat dalam fail MS Excel tadi.
  • Klik pada fail Kupon1 berkenaan dan klik butang OK

  • Klik pada 'Sheet1' (lihat gambar dibawah)
  • Klik butang OK

  •  Klik butang OK (lihat gambar dibawah)


  • Klik pada perkataan 'Nombor'
  • Klik pada butang 'Next' (seperti anak panah yang ditunjukkan), klik lagi dan klik lagi...


  • Perhatikan sudah ada nombor siri yang telah digabungkan bersama MS Excel.
  • Savekan Fail MS Publisher dengan tajuk 'Kupon2'


  • Untuk mencetak, sila klik pada File > Print Merge
  • Klik pada 'Multiple pages per sheet'
  • Pada Page range - taipkan 1-50 (bilangan kupon)
  • Pada Number of copies - pilih 2 (untuk bilangan no.siri)
  • Selepas itu klik pada butang 'Print Preview'


  • Lihat hasilnya (seperti gambar dibawah),perhatikan nombor siri yang sama sudah ada dua pada kupon yang berlainan. Jika berpuas hati - klik butang 'Print' untuk proses mencetak.
Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan