07 Ogos 2008

Jadikan Google Sebagai Kalkulator


Tahukah anda bahawa enjin pencarian Google juga boleh bertindak sebagai kalkulator?? Kedengarannya seperti menarikkan?? Anda cuma perlu masukkan nombor Matematik ke dalam kotak pencariannya dan Google akan menjawab soalan anda. Wah, nampaknya Google bukan setakat berfungsi sebagai enjin pencarian saja.

Untuk membuktikan kebenarannya, anda perlu membuat ujikaji ke atas Google. Sila masukkan sebarang nombor Matematik ke dalam kotak carian dan tekan butang search. Sebagai contohnya, saya masukkan nombor seperti berikut :

7*8
Jawapannya = 56
Anda patut mencubanya sendiri. Jadikan Google sebagai mesin kira-kira anda pada waktu mesin kira-kira anda hilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan