08 Ogos 2008

Mengecilkan Saiz Gambar/Foto Dengan MS Office Picture Manager

Gambar yang boleh dikecilkan ialah gambar yang bersaiz besar.

1. Buka Folder yang mengandungi beberapa keping gambar/foto
2. Klik kanan pada salah satu gambar tersebut - Pilih Open with - Pilih Microsoft Office Picture Manager

3. Sekiranya anda ingin mengecilkan saiz beberapa keping gambar, sila klik pada icon Thumbnail View dalam picture manager tersebut dan secara automatik gambar-gambar dalam folder yang anda pilih tadi akan tertera.


4. Pilih gambar-gambar yang ingin anda kecilkan saiznya - caranya ialah dengan menekan pada keyboard kekunci Ctr + butang kiri mouse.  Tekan Ctr + dan klik pada gambar-gambar yang anda kehendaki.


5. Setelah di pilih (select) gambar-gambar tersebut, sila klik pada Resize pada paparan sebelah kanan skrin

6. Tandakan pada Percentage of original width x height
7. Kecilkan (reduce) kepada 20 - 40%

Sekiranya anda ingin memasukkan gambar tersebut dalam laman web, anda boleh gunakan juga size pada Predefined width x height. Pilih Web-Small (448 x 336px) atau mengikut saiz yang anda inginkan.

8. Klik butang OK
9. Savekan
10. Anda akan dapati gambar-gambar tersebut telah dikecilkan mengikut saiz sebagaimana yang dikehendaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan