10 Ogos 2008

Membuat Nombor Muka Surat Dalam MS Word 2007

Buka fail MS Word yang baru atau buka dokumen  word yang telah disimpan yang belum ada lagi nombor muka surat.Saya akan memilih sebuah fail yang mengandungi 97 muka surat.

1. Klik menu Insert
2. Pada group Header & Footer - pilih page number

3. Pilih Bottom of page number (anda boleh memilih mana-mana kedudukan nombor muka surat yang anda inginkan). Disini saya akan memilih Bold Number 1.


4. Klik pada Bold Number 1
5. Ketengahkan dan buangkan perkataan Page dan gantikan dengan menaip perkataan Muka Surat:
    (Sila berhati-hati semasa  memadamkan perkataan Page dan of - jangan padamkan bilangan number 1 dan 97)
6. Buangkan pula perkataan of dan gantikan dengan menaip simbol /
 7. Maka akan terpapar pada muka surat seperti ini  Muka Surat: 1/97, skroll ke muka surat dua akan terpapar seperti ini Muka Surat: 2/97 dan begitulah seterusnya telah terformat sehingga 97 muka surat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan