26 Ogos 2008

Menukarkan Pemformatan Default Dalam MS Word

Setiap kali anda membuka Microsoft Word,ianya telah tersedia dengan fon piawai Calibri (Body) dengan saiz 11 dan jarak baris 1,5. Bagi sesetengah daripada kita, ianya baik tetapi saya pasti kebanyakan kita tentu ingin menukar gaya default sepadan dengan keperluan mereka.


Jika anda ingin menukar kaedah default (lalai)  penggayaan Microsoft Word, di sini diterangkan caranya.

Langkah 1: Buka Microsoft Word dan klik pada anak panah kecil di bahagian Style di bawah menu utama dalam ribbon.

styles
Langkah 2: Dalam menu drop-down navigate ke bawah dan klik pada butang Manage styles. Butang ini terletak di tempat ketiga dari kiri.

manage styles
Langkah 3: Sekarang, dalam tetingkap Manage Styles, pergi ke tab Set Default. Di sini, anda boleh mengubah gaya font dan saiz, kedudukan perenggan dan jarak seperti yang anda mahu dalam semua dokumen-dokumen pada masa hadapan secara lalai (default).

create defaults
Langkah 4: Semak pada dokumen-dokumen pilihan baru yang berdasarkan template ini dan klik pada butang Ok untuk menyimpan perubahan .

Dari hari ini dan seterusnya dimasa hadapan, bila-bila masa anda membuka Word, ianya akan memuatkan dengan format yang telah ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan