14 Ogos 2008

Tukarkan Teks Kepada Kolum Dalam MS Excel

(Menggunakan MS Excel 2007)

1. Buka fail baru dalam MS Excel
2. Isikan butir-butir data seperti Nama, Keahlian dan Kad Pengenalan seperti contoh dibawah


3. Klik pada kolum C (lihat gambar dibawah)


4. Klik pada menu Data
5. Klik Text to columns (lihat gambar dibawah)


6. Pilih Fixed width (lihat gambar dibawah)
 
7. Klik pada butang Next
8. Letakkan cursor / Klik mouse pada sebelah sebelah angka Tahun, Bulan dan Hari


9. Klik butang Next
10. Klik (hitamkan) pada ruangan Tahun dan pilih Text.

11. Ikuti langkah yang sama iaitu klik (hitamkan) pada ruangan Bulan dan pilih Text
12. Klik (hitamkan) pada ruangan hari dan pilih Text
13. Klik butang Finish
14. Lihat pada fail excel tadi, Secara automatik text dari satu kolum telah menjadi 3 kolum
15. Buangkan kolum yang terakhir dan tinggalkan kolum untuk Tahun, Bulan dan Hari sahaja.
16. Anda boleh menggunakan fungsi pada menu Data > Sort untuk menyusun tarikh lahir samada menaik ataupun menurun mengikut bulan lahir seperti senarai (lihat gambar dibawah)
17. Tukarkan (copy & paste) kolum untuk Tahun, Bulan dan Hari Menjadi Hari, Bulan dan Tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan