09 Ogos 2008

Membuat Pintasan (Shortcut) MS Word Ke Status bar

Biasanya kita selalu menggunakan program MS Word untuk melaksanakan tugas-tugas seharian. Untuk memudahkan anda membuka MS Word setiap kali digunakan, maka adalah lebih baik jika ianya dibuat pintasan (shortcut) ke status bar PC anda. Caranya seperti berikut:

1. Klik butang Start

2. Klik  All Programs
3. Klik Microsoft Office
4. Klik kanan mouse pada Microsoft Office Word 2007
5. Klik pada Copy
6. Klik kanan mouse pada Skrin PC
7. Klik pada Paste Shortcut

8. Ikon pintasan (shortcut) MS Word telah berada di skrin

 9. Klik pada ikon Microsoft Office Word 2007  dan tarik ke Status bar seperti gambar dibawah

Kini ikon shotcut MS word tersebut telah berada di Status bar. Anda cuma perlu klik sekali sahaja pada program MS word tersebut untuk membukanya. Mudah bukan...!!

Anda juga boleh membuat pintasan (short cut) kepada Fail MS Office yang lain seperti Excel, Power Point dll dengan langkah-langkah seperti yang dinyatakan diatas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan