30 Ogos 2008

Menukar Simbol Mata Wang Daripada $ Kepada RM

Simbol mata wang piawai yang digunakan oleh Excel ialah $ tetapi ini boleh ditukarkan kepada simbol mata wang yang lain.
Langkah berikut menerangkan bagaimana simbol mata wang $ boleh ditukarkan kepada simbol Ringgit Malaysia (RM).

1. Klik butang Start pada taskbar Windows untuk memaparkan Start menu. Pilih Control Panel untuk memaparkan tetingkap Control Panel di bawah
 


2. Klik dua kali ikon Regional Settings dalam tetingkap Control Panel untuk membuka kotak dialog Regional Settings Properties.


Seterusnya klik butang “Customize” untuk memaparkan tetingkap berikut:


3. Klik tab Currency kemudian taipkan simbol RM dalam kotak Currency Symbol untuk menggantikan simbol $.

4. Klik butang OK.

5. Mulai dari sekarang, semua nombor yang diformatkan dengan format Currency (mata wang) akan memaparkan simbol RM (contoh: RM 4.50).

MENGGUNAKAN FORMAT MATAWANG


Dalam bahagian ini, kita akan tukarkan harga seunit dan jumlah ke format mata wang Malaysia (RM).
1. Tempatkan penunjuk tetikus pada sel D12.
2. Klik butang kiri tetikus dan seret penunjuk tetikus hingga ke sel E17 untuk menyerlahkan semua sel dalam kawasan dari sel D12 ke E17.
3. Klik Format pada menu utama kemudian klik Cells… untuk memaparkan kotak dialog Format Cells.
4. Klik tab Number kemudian klik Currency dalam bahagian Category untuk memaparkan kotak dialog berikut:
5. Jika RM tidak dipaparkan dalam kotak berlabel Symbol, klik butang anak panah pada kotak Symbol kemudian pilih simbol RM. Klik butang OK.
6. Sekarang nombor-nombor dalam kawasan yang terserlah akan dipaparkan dalam RM.
7. Ulangi prosedur tersebut untuk menukarkan format jumlah besar 33.3 ke RM. Helaian sekarang sepatutnya kelihatan seperti berikut:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan